My College Fund

Memulakan perniagaan: kelebihan mendaftar di SSM berdasarkan pengalaman saya.

Assalamualaikum. SELAMAT TAHUN BARU 2016!
Apa azam baru anda tahun ini? Tentunya ada daripada anda ingin menambah rezeki. Antara cara menambah rezeki adalah dengan berniaga. Dan antara cara perniagaan adalah dengan berniaga secara atas talian.

Saya terbaca di media sosial yang ramai antara netizen, terutamanya yang berniaga atas talian merungut apabila diwajibkan mendaftar dengan SSM.

Sebenarnya benda ini bukannya baharu, tapi sebelum online-online ni ada, memang setiap perniagaan sudah wajib mendaftar dengan SSM.

Bukannya mahal, bermula dari RM30 setahun je. Kiranya RM5 sebulan lah. RM30 tu untuk pendaftaran nama sendiri (nama anda bin/binti nama ayah). Tapi kalau anda nak nama glamer macam drama-drama korporat tu, anda dikenakan RM60 setahun. Contoh nama seperti Kaya Rich Enterprise, Kaya Rich Marketing, atau Kaya Rich Trading. Tapi untuk pendaftaran baru, tambahan RM10 (tahun pertama) dikenakan sekali sahaja.

foto dari http://ruzanaibs.blogspot.my/2014/12/5-manfaat-peniaga-online-berdaftar.html
Berikut merupakan kelebihan yang saya perhatikan:

Kelebihan #1 - Nama Unik
Bila anda mendaftar di SSM, nama perniagaan itu sudah menjadi milik anda, orang lain tak boleh register selagi yuran tahunan itu dibayar. Contohnya sekiranya anda mendaftar Kaya Rich Enterprise, orang lain tak boleh nak nama sama. Kalau mereka nak juga nama "kaya rich" tu, terpaksalah tambah jadi "Kaya Rich Marketing, atau "Kaya Rich Trading". Mungkin juga terpaksa tukar susunan ke "Rich Kaya", atau mengubah ejaan ke "Kaya Reach"

Kelebihan No 2 - Perniagaan Anda Lebih Diyakini
Dengan banyak penipuan di internet ni, pengguna menjadi takut membeli di internet. Pembeli tegar akan beralih kepada nama-nama besar yang lebih diyakini. Dengan mendaftar di SSM, anda menunjukkan kepada pengguna yang anda serius berniaga. Nama perniagaan, pemilik, dan alamat akan tersimpan di SSM. Jadi ada masalah, senang sikit penguatkuasa nak cari. Dengan mendaftar, sekurang-kurangnya pembeli rasa lebih selamat.

Kelebihan No 3 - Bukti perniagaan yang sah di sisi undang-undang
Antara benda yang kerajaan tanya bila bagi geran atau bank bila bagi punjaman perniagaan adalah sijil pendaftaran perniagaan dari SSM. Pendaftaran perniagaan di SSM adalah salah satu bukti yang anda berniaga. Jika tidak, anda sama je macam orang lain. Bank swasta mungkin memberikan borang lain (contohnya borang kad kredit, atau borang pinjaman persendirian / personal loan)

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang SSM ni, bolehlah layari FAQ laman web SSM di https://www.ssm.com.my/ms/faq-view

KAWTIM.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...