My College Fund

Frekuensi Radio FM di Pulau Pinang


 RadioPemilikFrekuensi 
 Mutiara RTM
  • 95.7 MHz dari Bukit Penara untuk George Town, Seberang Perai, Selatan Kedah (Kulim, Bandar Baharu and Selama) dan Utara Perak (Parit Buntar, Bagan Serai, and Semanggol)
  • 90.9 MHz dari Bukit Genting untuk Balik Pulau
  • 93.9 MHz dari Gunung Jerai untuk utara pulau (Batu Feringgi, Tanjung Bungah, Teluk Bahang), utara Seberang Prai (Kepala Batas) dan beberapa bahagian Kedah tengah (Yan, Sungai Petani, dan Gurun)
 KoolMedia Prima 
  • 90.2 MHz (Bukit Penara) 
 IKIMIKIM
  • 102.7 MHz 

bagaimana nak dapat duit free RM360 Program Subsidi Petrol

Penerima bakal menerima sehingga RM360 setahun (maksima RM30 sebulan) melalui program ini.

Kerajaan akan menghapuskan subsidi petrol di pam mulai 1 Januari 2020, dan memberikan subsidi petrol ke dalam akaun bank penerima. 

Jom check sama ada anda layak terima atau tak.
  1. pergi ke laman web PSP di htp://psp.kpdnhep.gov.my dan kemudian klik semak kelayakkan
  2. isikan no kad pengenalan tanpa sengkang, baca pengakuan, jika setuju tick saya faham dan setuju, kemudian pilih semak.
  3. keputusan akan dikeluarkan sama ada anda layak menerima PSP atau tidak

Berapa Rizab Emas Malaysia dalam RM?


Rizab Malaysia ada 38.9 Tan emas.
Kalau 1 gram emas RM 200
38,900,000 gram X RM 200
RM 7,780,000,000
Emas: RM 7.78 Billion
Hutang: RM 1 Trillion

Kerja tanpa gaji lebih sebulan, kakitangan awam buat coin sendiri


Tu dia... undi lagi... sure menyesal undi kasi menang hari tu. Inilah padahnya kalau termakan kata-kata tersalah pilih kerajaan. Akibatnya diri sendiri merana. Dia kat atas tu sedap la, tak sentuh gaji pun harta-harta bisnes-bisnes berjuta-juta, berbilion-bilion. Dikhabarkan, kini sudah lebih 33 hari kakitangan kerajaan (bahagian tertentu) Amerika Syarikat kerja takdak gaji ni. Diorang tensyen sampai buat coin sendiri tuh. Ambillah iktibar daripada kejadian di Amerika ini. Next election jangan silap pilih, nanti kita juga yang merana.

dari boingboing.net



https://edition.cnn.com/2019/01/23/politics/challenge-coins-secret-service-government-shutdown/index.html

Rupa-rupanya challenge coin ni dah wujud lama dah https://en.wikipedia.org/wiki/Challenge_coin

Kenapa mat salleh ni nyanyi Standing in the Eyes of the World? Rupa-rupanya lagu Ella tu...



Jeng-jeng-jeng... lagu lejen Ella yang dinyanyikan masa Sukan SEA 2017 kat Kuala Lumpur tu kalau korang nak tahu, (especially yang muda-muda lahir tahun 2000 ke atas ni) pernah dinyanyikan oleh Ella pada 1998. Tahun tu ada Sukan Komanwel kat Kuala Lumpur masa itu kalau korang nak tahulah...

...tapi kenapa sama dengan yang mat salleh ni nyanyi erk?...



sama kan? siapa tiru siapa eh?

kenapa lagu Ella tu tajuknya "Standing in the Eyes of the World" dan bukannya diterjemah "Berdiri di atas Mata Dunia"?

rupa-rupanya lagu Ella yang Standing in the Eyes of the world tu takde issue pun dengan David Gates... takde isu siapa tiru siapa. Masa 1998 dulu aku dah beli single lagu ini yang mengandungi kedua-dua versi Ella dan David Gates dalam satu kaset (masa tu mampu beli kaset jer... CD mahal gilozz).

edit 10/2/2020
cd cover 

Butiran lanjut tentang CD ini boleh didapati di sini

Gambar CD boleh didapati di

Bukan mudah menjadi jururawat

#Jururawat: Nak jadi jururawat ni bukannya mudah... masa saya dulu...
1) Result SPM kena OK...
2) Sebelum diterima ada ujian kertas
3) Ada temuduga
Masa belajar pula minima 6 semester. Tetapi tidak seperti kursus lain di universiti, kejururawatan tidak banyak cuti... ...hanya 1-2 minggu sahaja cuti ini adalah cuti antara semester.
Tidak seperti di universiti, dalam kejururawatan, jika gagal walau satu mata pelajaran, walaupun semua A, tetapi ada satu F, selepas diberi peluang, perlu mengulang seluruh semester dengan semua yang A tu direset semula jadi kosong.
...bukan senang nak jadi jururawat

Negara kekurangan jururawat*, dengan nisbah 1:297** ... rata-rata jururawat di Malaysia menanggung 49.5% lebih beban berbanding saranan Dunia WHO (1:200)... saya tidak hairan jika kualiti perkhidmatan tidak setaraf dunia.

Jururawat kita sebenarnya berkualiti, jika tidak, masakan jururawat Malaysia menjadi rebutan di Singapura malah di sesetengah negara, gaji permulaan yang diterima jururawat dari Malaysia adalah RM10,000 sebulan****, 20% melebihi gaji bagi jururawat dari beberapa negara ASEAN dan Selatan Asia...

Dengan gaji mula 5 kali ganda di luar negara, dan kurangnya penghargaan di dalam negara (seperti yang tular dan sohor kini baru-baru ini), padanlah ramai jururawat-jururawat memilih untuk keluar negara...

...padanlah masa saya belajar dahulu, ada kontrek ikatan RM50,000 sekiranya lari...

sekian terima kasih

*(http://www.utusan.com.my/berita/nasional/negara-kekurangan-jururawat-1.480717)
**(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/05/11/nisbah-jururawat-penduduk-malaysia)
***(https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/16/jururawat-malaysia-jadi-rebutan-hospital-singapura)
****(https://www.hmetro.com.my/node/160340)

Hijrah Kewangan


Salam Maal Hijrah.

Actually nak tulis apa yer pasal hijrah kewangan ni... blur pulak idea...

Bila tahun baru, orang akan sembang pasal azam, bila 'hijrah', sambil cerita sirah Nabi Muhammad s.a.w., orang akan sembang tentang konsep pengorbanan untuk berpindah kepada keadaan yang lebih baik.

Merdeka Wang: Bhgn 0


MERDEKA KEWANGAN

Assalamualaikum wmt. wbr.

Julai 2018, dua minggu selepas raya, saya dimasukkan ke wad kerana mendapat serangan jantung kali pertama. Dalam kesakitan, terfikir yang banyak perkara yang saya belum buat. Apa yang saya tinggalkan untuk dunia ini bila saya tiada. Maka dengan itu, saya berfikir untuk berkongsikan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini kepada dunia.

Pengetahuan ini mungkin telah diketahui, dan boleh difikirkan oleh orang ramai walaupun tidak perlu membaca buku-buku kewangan tokoh-tokoh besar. Tetapi saya percaya yang perkara-perkara yang saya ingin berkongsi ini akan memberi manfaat kepada lepasan sekolah yang masih belum merasa duit gaji atau yang masih belum terkena hutang sana-sini.

NIAT/RANCANGAN/MATLAMAT

Saya percaya, bila anda mula membuka blog ini, anda mungkin terfikir tentang kewangan anda atau menyimpan wang. Bagaimana untuk menyimpan wang, kenapa sebelum ini bagaikan tak berjaya menyimpan. Pada saya masalah ini mungkin daripada tiada niat, matlamat dan perancangan.

Saya teringat yang tingkatan saya perlu mengadakan hujung minggu bekas pelajar pada 2016. Pada 2006 kami dah mula berkumpul dan mula berbincang dan merancang. Dan entah pada tahun bila kami merancang untuk mengutip RM 1,000 daripada setiap kami.

Bayangkan lebih kurang 100 orang kami untuk belanja semua yang pernah belajar di sekolah kami dari 1957 ke 2015. 59 tahun darab 100 orang!

RM1,000 seorang bukannya jumlah yang sikit untuk kumpul diberi kepada orang. Kadang-kadang nak simpan RM50 dalam ASB pun rasa berat. inikan pula RM1000, tambahan pula bila ada hutang-hutang lain.

Bila tinggal tiga tahun lagi, saya mula gusar berfikir bagaimana untuk kumpul RM1000 ini. Bagaimana nak simpan tiap-tiap bulan. Kemudian saya terperasan, ada 365 hari setahun dan saya ada 3 tahun untuk capai RM1000, jadi saya ada lebih daripada 1095 hari untuk capai sasaran. Maknanya dalam masa 3 tahun ini, saya cuma perlu simpan tak sampai RM1 sehari. Dan kalau saya simpan RM1 sehari, saya bakal ada RM1095! Saya boleh beri RM1000 3 bulan awal dan RM95 tu bolehlah buat duit tol ke sekolah saya.

Di sini bolehlah diringkaskan yang nak buat apa benda pun kena ada niat. untuk ini niat saya adalah untuk simpan. matlamat: RM 1000 (dalam masa 3 tahun) dan caranya (rancangan) adalah dengan menyimpan RM1 sehari selama 1000 hari.


Tips menabung & berjimat ala kerajaan PAKATAN HARAPAN


Kini sudah lebih sebulan rakyat telah memilih gabungan parti baru untuk mentadbir Malaysia. Banyak inisiatif-inisiatif diperkenal dengan tujuan untuk memulihkan ekonomi negara. Apa kata kita ambil inspirasi ini untuk menabung membantu ekonomi keluarga sendiri.

Berikut adalah cara untuk kita menabung yang difikirkan saya diinspirasikan daripada inisiatif-inisiatif kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Harapan.

Potong gaji 10%

Seperti yang kita tahu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan yang gaji baginda dipotong 10%. Menteri-menteri pun ambil keputusan untuk potong gaji. Jadi apa salahnya kita gunakan ilham ini untuk potong 10% gaji kita dan masukkan terus ke dalam tabung. Anda boleh potong sendiri 10% dari keseluruhan pendapatan, atau 10% dari gaji sahaja tidak termasuk elaun-elaun macam menteri-menteri Pakatan buat tu.

Masuk tabung sebulan gaji

Ada pemimpin-pemimpin politik mengishtiharkan 100% gaji pertama mereka dimasukkan ke dalam tabung harapan. Anda boleh juga menggunakan ilham dari cara ini iaitu memasukkan 100% ke dalam tabung anda. Tapi kalau 100% sebulan, tak makan lah kita...

Jadi saya cadangkan panjangkan tempoh. contohnya sekiranya gaji sebulan RM1,800, simpan RM150 sebulan selama 12 bulan untuk capai RM1800 dalam masa setahun, atau simpan RM50 sebulan selama tiga tahun.


100% pertama masuk tabung.

Sama macam di atas, . Anda boleh juga menggunakan ilham dari cara ini iaitu memasukkan 100% ke dalam tabung anda. Tapi kalau 100%, teruklah kita...

Jadi saya cadangkan simpan duit lain... contohnya simpan 100% terus 'duit raya' yang diberi kerajaan itu. Bagi yang tak dapat duit raya, cuba tak guna elaun bulan ini, dan simpan 100% elaun bulan ini sahaja.

Pinjam Duit macam Tun Dr. Mahathir

Tun M ingin meminjam duit dari Jepun untuk antaranya membayar hutang negara. Ada pihak yang menghentam ini sebagai perbuatan menambah hutang. Bagi yang mengetahui (terutamanya jika anda baca buku biografi Tun Mahathir), Jepun memberikan pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah, ada kalanya tak sampai 1%. Jadi apa salahnya jika pinjam dari yang 'bunga' 1% untuk bayar yang 'bunga' 5-7%.

Bagi yang ada hutang, gunakan teknik ini. Buat pinjaman dari pihak yang memberikan kadar 'keuntungan' atau faedah rendah, untuk membayar pinjaman yang kadar faedah tinggi. Sebagai contoh, buat pinjaman peribadi untuk bayar kad kredit.

Simpan perbezaan 'keuntungan' yang diselamatkan.

Buat Tabung Harapan Keluarga

Hehe, oleh kerana kini musim raya, buat tabung ini dan minta anak-anak turut menyumbang duit raya ke dalam tabung ini untuk meringankan hutang keluarga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...