My College Fund

BizClub / BizMalaysia di 8tv


Inisiatif BizClub / BizMalaysia yang dibawakan En. Nas Sobri merupakan antara dua inisitif yang telah dipilih Digital Malaysia untuk diketengahkan dalam rancangan 8TV Quickie.

di Starbucks: wifi percuma hanya untuk pelanggan sahaja

Starbucks terkenal kerana memulakan revolusi wifi percuma di Malaysia, kini menukar cara mereka memberikan wifi percuma. Pelanggan perlu membeli di starbucks (dalam kes saya, secawan kopi) dan katalaluan terpapar di dalam resit.

Kata laluan tersebut sah untuk tempoh dua jam.

(nota terkini: 2015: Starbucks telah kembali ke wifi percuma untuk semua)

Ayam & daging expired dibekalkan ke KFC & McDonalds?




Wah tak sangka ayam yang tamat tempoh dibekalkan ke restoran makanan segera McDonald's, KFC, dan lain-lain di negara Jepun, China, Taiwan, Thailand (malah ada yang kata dieksport di USA)...

Menurut laporan berita, daging dan ayam tersebut dibekalkan oleh sebuah kilang di China.

Pihak berwajib di negara China telah mengambil tindakan terhadap hal ini.

Rangkaian restoran yang terbabit dilaporkan telah berhenti mengimport dari pembekal yang bermasalah ini.



Saya percaya, KFC, Pizza Hut, dan McDonald's di Malaysia menyediakan produk halal dan sudah tentunya tidak mengimport daging dari pembekal tersebut. Syukurlah Malaysia tidak terlibat.

Kawan-kawan (especially yang non-muslim tu) yang suka pergi jalan-jalan oversea tu (especially China), hati-hati ya bila memilih makanan

Apapun diharap pihak yang terjejas namanya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara ini.

#1gol1ringgit

Saya akan mendermakan RM1 untuk setiap gol yang dihasilkan di dalam perlawanan Piala Dunia malam ini (Brazil vs Belanda)...

3 gol, so RM3

Kepada siapa saya boleh derma untuk Palestin?


Di sini saya berikan dua contoh yang dikongsikan kepada saya oleh rakan-rakan dalam Facebook.

AQSA SYARIF (www.aqsasyarif.org.my)
Maybank Islamic (* Swift code: MBBEMYKL): 5515-7500-4299
Bank Islam: 12-092-01-003490-4

AMAN PALESTIN (www.amanpalestin.net)
Bank Islam: 12-029-01-004788-0
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2

Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin (www.amanpalestin.net)
Bank Islam: 12-029-01-005989-5
Bank CIMB: 8600460353

Anda juga boleh menderma melalui SMS dengan menaip

PALESTIN 1 (untuk RM1, anda boleh juga masukkan 2-10 untuk RM2 hingga RM10)

kemudian hantar ke

39111
.
.
.

(video) Angin kencang melanda Pulau Pinang


Rakaman video angin kuat melanda Pulau Pinang 30/6/2014. Rakaman diambil menggunakan telefon pintar.

(video) Malaysia di FIFA World Cup 2014 (FIFA Online 3)




Pada tahun 1999, FAM mensasarkan untuk layak ke Piala Dunia 2014. Siap ada orang simpan keratan akhbar lagi nak tunjuk kat FAM. Ya, selepas tahun 2007, kita mempunyai pasukan bola yang terhebat dalam sejarah sejak 1990. Malaysia menang pingat emas Sukan SEA dua tahun berturut-turut, 2009 & 2011 dan menjuarai AFF Piala Suzuki 2010. Malangnya Malaysia tidak layak...

Tapi anda semua boleh lepas geram dengan bermain FIFA Online 3.

Hehe macam tak percaya plak boleh main sebagai Malaysia dalam Piala Dunia kali ini.

Berikut adalah contoh tangkap skrin...


Tu dia Malaysia... Dua lak tu...


Tu dia Khairul Fahmi Che Mat


Nindia... video... selamat menghabiskan 10 minit kehidupan anda...

Main blog, dapat $1000 sebulan?

OK - bulan 6 kembali lagi - so lagi sekali saya kongsi pasal buat duit tanpa berniaga... (menggunakan blog)

Antara sebab mengapa saya suka BLOG daripada FACEBOOK adalah kerana anda boleh mendapat pendapatan pasif daripada blog. Dalam bahasa orang biasa, pendapatan pasif ini lebih kurang, "tidur pun dapat duit". Dalam facebook anda perlu berniaga untuk mendapatkan pendapatan. Dengan blog, sekiranya anda bukan peniaga, anda juga berpeluang mendapat pendapatan pasif.

Secara ringkasnya, cara mendapatkan wang dari blog ada saya tulis di bawah ini:
Salah sistem blog adalah BLOGGER yang diuruskan Google Inc. Untuk mendapatkan BLOGGER, anda perlu ada akaun Google (atau akaun GMail). Di bawah ini adalah panduan bagaimana untuk mendapatkan e-mel Goodle
Ingatkan saya seorang je yang berkongsi tentang cara mendapatkan duit ini. Ada juga orang lain yang menulis tentang ia. Oleh kerana saya tak sempat nak tulis dan kongsi. Saya takdelah dapat $1000 sebulan, bertahun juga sayamenunggu untuk dapat $100. Jadi di sini saya berkongsi pautan satu blog seseorang yang katanya boleh dapat $1,000 (RM 4,100) sebulan (selamat mencuba!).

Awas: cubaan mencuri identiti e-mel (phishing)

Di bawah merupakan satu contoh emel yang cuba mendapatkan maklumat nama pengguna dan kata laluan anda.

Kebiasaannya, pihak emel jabatan tempat anda bertugas tidak akan mengeluarkan emel yang meminta sebarang maklumat tersebut sebegini.

Sila berhati-hati dengan email penipuan seperti ini dan JANGAN SESEKALI klik pada pautan seperti dalam  contoh emel di bawah dan mendedahkan maklumat akaun anda kepada sesiapa sahaja.

Harap maklum.


From: pentadbir sistem [mailto:nicolas.rouault@apf.asso.fr]
Sent: Monday, April 21, 2014 9:19 AM
Subject: amaran

Peti mel anda telah melebihi had penyimpanan 2.GBDitubuhkan oleh pentadbir itu kini 2.30 GB, tidak boleh
menghantar atau menerima mesej baru sehingga anda mengesahkan semula e-mel anda
Klik pautan di bawah untuk mengesahkan e-mel anda

http://serviciodecorreo3.webs.com/

terima kasih

pentadbir sistem

Mesej yang anda cuba cetak dilindungi dengan Pengurusan Hak Maklumat. Penghantar tidak memberikan anda hak yang diperlukan untuk mencetak mesej.

Sebagai orang IT, maklumat ini...

Klik pautan di bawah untuk mengesahkan e-mel anda
http://serviciodecorreo3.webs.com/

...agak tidak masuk akal. OK macam ni la... kata la emel korang adalah namaanda@syarikatanda.com ... so, pengesahan kenalah buat kat laman web http://www.syarikatanda.com/apeapelakatbelakangni ... dan bukannya http://serviciodecorreo3.webs.com

oleh kerana webs.com tu bukan syarikatanda.com ... surela tipu kan?

7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada usahawan Islam

Hmm sedang belek-belek facebook, terjumpa pula "7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kepada usahawan Islam" ... so saya copy paste masuk blog saya, semoga di masa depan korang senang nak cari guna Bing/Google/Yahoo.

Amanat ini dibahagikan kepada 7 tajuk besar.
#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan
#2 – Kejayaan Perlukan Masa
#3 – Jangan Putus Asa
#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu
#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri
#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri
#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

yang selebihnya ada di bawah ni...

Kadar Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Berikut adalah kadar tol yang akan dikenakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (atau nama lamanya, Jambatan Kedua Pulau Pinang) yang akan bermula pada 12.00 pagi 1/4/2014. Walaupun 1 April, ia bukan April Fool

Permohonan Jururawat USM 2014 kini dibuka
Telefon 1-300-888-876

Universiti Sains Malaysia kini membuka peluang kepada rakyat Malaysia mengikuti program-program pengajian kejururawatan di USM.


Permohonan boleh dibuat dengan memohon di LAMAN WEB
mulai pertengahan Mac ini

TELEFON:
1-300-888-876




TIPS-TIPS SOALAN TEMUDUGA JURURAWAT BOLEH DIDAPATI DENGAN MEMBACA DI 
http://jururawat.net
penafian: tips yang disediakan di Jururawat.net tiada kena mengena dengan mana-mana pihak seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, dan mana-mana hospital. Sebarang kerugian daripada informasi yang tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas mana-mana pihak.

iklan



Tol Percuma Jambatan Kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah)

jadi antara beribu-ribu pengguna pertama Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 1 pagi 2/3/2014.

Pukul 11malam 1/3/2014. Jem teruk sampai ke Queensbay


Nasib baiklah naik moto, boleh selit sampai nak masuk jambatan


Lepas tunggu lama sampai pukul 12:01am barulah jambatan dibuka, tapi belum clear lagi, tapi untuk petugas cek dulu, contohnya kalau ada anjing kena langgar, diorang letak atas divider dulu. Lepas tu pukul 1am barulah semua clear dan kenderaan awam dibenarkan lalu.

Mula-mula naik dah terkejut pasaipa slow? tengok2 ada polis. Polis buat roadblock ke? tak Polis nak arahkan moto masuk line moto...

Barulah semua OK. Sepanjang perjalanan kami kawa moto perlahan, rakam jambatan... sempatlah rakam sebab banyak moto, jalan pun kena slow-slow


Sampai ada daratan, berenti sat, perit hidung, jerebu baru start, topeng memang tak bawa la. Sedang berenti tu, saya tengok hujung sana ada tol. snap pic selfie dulu.


Lepas sampai hujung, masuk balik jambatan... Aiseh, tol la pulak... kena berehti, ingatkan kena bayar, rupanya free.... kenapa tak naik je terus palang alang-alang dah free. Aku rasa sebab diorang nak tau berapa banyak kenderaan yang guna jambatan ini dalam sebulan. Barulah JKSB boleh buat berapa tol nak dikenakan.

Sepak Takraw ciptaan Pulau Pinang?

Dalam filem LIBAS, lakonan Rosyam Noor & Scha al-Yahya, diceritakan bahawa ada satu pertandingan sepak takraw underground yang brutal dengan wakil Thailand dan Malaysia berebut menjadi juara dan seterusnya gelaran negara pencipta sepak takraw.

Begitulah pengetahuan kita tentang sejarah, hinggakan tidak confident yang permainan sepak takraw moden (atau nama sebelum ini Sepak Raga Jaring) dicipta oleh anak Pulau Pinang.

Anda semua boleh mendapatkan maklumat seterusnya dengan melayari infotakraw.com

Rahsia cara masukkan diri anda dalam iklan filem The Lego Movie

Filem The Lego Movie baru je keluar tengah malam Khamis baru-baru ini. Anda boleh kejutkan rakan-rakan anda dengan menunjukkan iklan The Lego Movie yang dibintangi oleh diri anda ... macam video yang saya ni



Bagaimana nak buat?

Berikut adalah step yang saya lalui...

1) pergi ke theLEGOmovie.com

2) klik SIGFIG Creator

3) Klik NEW

3) Pilih yang paling serupa dengan diri anda

4) Siap / Jika anda tak suka, anda boleh tukar

5) Setelah puas hati, salin kod yang tertera

6) Pergi ke page mula tadi, kemudian pilih Pilih PUT YOURSELF IN THE MOVIE

7) Klik Begin

8) Masukkan kod SigFig anda yang diberikan semasa langkah (5) dan isikan nama anda

Komputer akan siapkan video tersebut

Video anda akan dipaparkan di sini, dan anda boleh memuatturun ia untuk eksyen dengan kawan-kawan anda

Inilah antara contoh rupa video tersebut bila dah siap




Aku dalam filem The Lego Movie

Hehe... korang dah tengok cerita The Lego Movie tak? Hehe aku 'ada' dalam filem tu tau... 
hehehe 'Warner Bros' bukan sahaja menyediakan poster, malah menyediakan wallpaper dan cover facebook lagi...

poster
Facebook Cover
Computer Wallpaper
...Eh korang kata poster The Lego Movie di atas tu super impose? haa takpe... tengok trailer filem youtube di bawah ni..



hehehe 'Warner Bros' bukan sahaja menyediakan poster, trailer, malah menyediakan wallpaper dan cover facebook lagi...

Dalam masa yang sama saya ada jual ini


anda semua boleh beli di KAWTIM.com.my

Laju manakah 4G berbanding 3G?


Kini 4G telah dikeluarkan, dan dikatakan lebih laju berbanding 3G. Selaju manakah 4G? Hotlink dalam facebook mereka telah mendedahkan maklumat pebandingan kelajuan antara 3G dan 4G.

Video Streaming (190 saat / 21 saat = 9.1x )
Muat-turun muzik (15 saat / 1.3 saat = 11.5x ) ... aku rasa 15 minit tu, salah taip
Muat-turun video (60 saat / 5.3 saat = 11.3x )
Muat-naik PDF (60 saat / 5.3 saat = 11.3x )
Muat-naik video (240 saat / 21 saat = 11.4x )

Jadi bolehlah diandaikan di sini yang 4G adalah 11 kali ganda lebih laju daripada 3G.

10 password paling senang nak kena hack 2013

Hmm, korang pernah kena hack tak? Hmm kadang-kadang hackers ni tak payah nak hack pun. Silap-silap bila nak masuk komputer korang, hackers cuma perlu cuba 10 password di bawah ni je.

Rank2013 Password Rank2012
1 123456 2
2 password 1
3 12345678 =
4 qwerty 5
5 abc123 4
6 123456789 new
7 111111 9
8 1234567 13
9 iloveyou 11
10 adobe123 new

Kalau korang gunakan password seperti di atas, nasihat saya adalah, cuba tukar password lain.

Sumber:http://amanz.my

Jom belajar pengaturcaraan komputer dengan pengasas facebook, twitter, microsoft, dan lain-lain individu terkenal


Nak belajar pengaturcaraan? Alang-alang belajar pengaturcaraan, apa kata belajar dengan pengasas Facebook, Twitter, Microsoft, dan lain-lain individu terkenal di CODE.org. Hmm budak tadika pun boleh belajar pengaturcaraan di code.org

Utara Malaysia bakal dilanda Angin Salji Sabtu ini

Kini orang dok heboh pasai salji di Mesir la, salji di Vietnam la, Salji di Indonesia la, kini ada cerita salji nak mai Perlis pulak? Betui ka salji nak mai Perlis? Saya ada terbaca Facebook dan blog Harian Blogger bercerita tentang satu fenomena kejadian yang bakal menimpa negeri Perlis. Fenomena angin salji atau winter winds (atau terjemahan tempatan angin timur) ini akan menimpa negeri Perlis pada Sabtu 25 Januari 2014 ... apekah? Adakah kita akan menerima salji seperti di Mesir dan pergunungan Indonesia?


Gambar hiasan dari blog MISLULLABY

printscreen dari facebook (klik gambar untuk baca lebih jelas)



kemaskini 27/1/2014 - Berita TV (RTM) dah tunjuk fenomena ini. Pada Sabtu tersebut, Perlis mencatatkan suhu serendah 16°C. Terengganu, turut merasai sejuk. Berita tersebut memberitahu yang jualan baju sejuk laris pada minggu tersebut. Tiada salji turun pada hari tersebut

kemaskini 27/1/2014 - Pada tengah malam Ahad tersebut, saya turut merasai angin sesejuk duduk di dalam aircond tatkala saya sedang makan open-air di Seberang Prai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...