My College Fund

Tidur Berbantalkan Lengan Suami

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.

(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…FAKTA

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

Sperma Cinta

Weh! apa yang aku merapu lucah-lucah nie...

Oh! ini rupanya sperma cinta. Baru dua tiga hari lepas aku nampak dan reply sikit hashtag #SpermaCinta dan #SengihKerang dalam twitter. Rupanya Sperma Cinta dan Sengih Kerang merupakan dua 'blook' (buku-blog) keluaran Lejen. Setiap satunya berharga RM20.

kisah DAP jual tanah

Masih aku ingat lagi dulu di Masjid Bayan Baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata nak cuba settlekan masalah utama penduduk Pulau Pinang 1) perumahan 2) tempat berniaga 3) peluang berniaga ... Tanah yang depa jual ni, bagi PDC buat perumahan kos rendah macam Halaman Kenanga pun bagus, rakyat macam aku ni bolehlah merasa rumah yang dekat dengan tempat kerja. Rzmie dalam blognya berbincang tentang punca harga rumah yang tinggi Pulau Pinang dan turut mencadangkan beberapa penyelesaian untuk masalah ini.

Japanese Soba

Secret Recipe - Stir-fried Japanese soba with chicken slice, crispy celery, straw mushroom, and carrot in Japanese soy sauce... RM 13.50. Banyak giler sayur... Not a typical Malaysian taste

Makan tengah hari murah. Seluruh Malaysia


Menu Rakyat 1 Malaysia membolehkan anda menikmati hidangan tengah hari yang ekonomi pada harga RM4 sahaja. Gambar yang saya pos ini merupakan contoh makanan MR1M yang saya order.

Semai budaya menabung anak anda dengan buku ini.

Buku wang saku 2012 telah diterbitkan. Buku ini sesuai untuk mendidik anak-anak anda di sekolah rendah, sekolah menengah merancang kewangan atau menabung. Buku Wang Saku diterbitkan dalam versi Pelajar Sekolah Rendah, dan Pelajar Sekolah Menengah.

Aku ternampak buku ini dijual di Borders, Pulau Pinang. Ia dijual dengan harga RM 1.50
GEORGETOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu satu-satunya universiti yang diberikan status Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex), akan menganjurkan Hari Terbuka USM selama tiga hari bermula Jumaat ini. Timbalan Pendaftar Pejabat Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah berkata, program yang akan diadakan di Kompleks Eureka universiti itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat terkini berkaitan kemasukan ke institusi tersebut. "Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Matrikulasi, Diploma dan calon-calon di wilayah utara yang mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian ke USM boleh menghadiri Hari Terbuka berkenaan mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata, USM turut menawarkan khidmat rundingan, permohonan aplikasi dalam talian dan taklimat kemasukan kepada orang ramai dan calon bagi kemasukan 2012-2013 sepanjang program berlangsung. – BERNAMA

Mercedes-Benz 'cipta' kereta halimunan


Mercedes-Benz kami mencipta kelainan kali ini dengan tidak menunjukkan kereta baru mereka, tetapi 'menghilangkan' kereta mereka yang mesra alam itu.

Idea yang sama pernah saya fikir untuk mencipta jeket (kot) halimunan 360°.

Najib batal SBPA, tapi COLA dan gaji naik


Perdana Menteri pagi tadi telah mengumumkan pembatalan SBPA dan menggantikan dengan Skim Saraan Malaysia yang ditambah baik (SSM+) muat turun di sini untuk teks penuh beliau.

Menurut beliau, dalam SSM+ penjawat awam 1-54 akan mendapat kenaikan 13% disamping kenaikan
tahunan sepertimana yang dicadangkan dalam SBPA iaitu dari RM80 - RM360. Guru-guru tetap mendapat kenaikan secara time based sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012. Dan kenaikan RM50 bagi mereka yang menerima COLA (kawasan B dan C, kawasan A tiada kenaikan RM50)

Ringkasan Pelarasan Gaji

  • Gaji naik
    • 13% = Gred 1 - 54 (kita semua)
    • 9% = Gred Utama C,B,A 
    • 8% = Gred Turus 3 & 2
    • 7% = Gred Turus 1 & KSN
  • Kenaikan Gaji Tahunan
    • Gred 1 - 54 => ikut SBPA (naik RM80 hingga RM320)
    • JUSA => kekal ikut SSM
  • COLA (Elaun Kos Sara Hidup)
    • Kawasan A = kekal RM300
    • Kawasan B = naik RM50 kepada RM250
    • Kawasan C = naik RM50 kepada RM150
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...