My College Fund

Gaji baru! kata 13%, tapi kenapa lebih? silap kira ke?


Semalam, ramai yang menerima gaji kemudian terpinga-pinga mendapati gaji kenaikan gaji tiba-tiba 'terlebih'.

Untuk memudahkan pengiraan, kita akan abaikan elaun-elaun, dan kita akan bundarkan gaji untuk memudahkan anda mencongak.

Kalau ikut mesin kira online gaji baru SSM (tambah baik) JPA staf (gred 29) yang gajinya RM2000. Akan menerima RM2260 selepas kenaikan 13%. Tapi kenapa jadi RM 2405? Mana datangnya RM 145 tu? Takkanlah bonus? Masa bila Najib umum bonus?  Kenapa pula rakan sejawat yang jawatan sama, 'P' sama dan 'T' yang sama kureng RM145?

Setelah saya bertanyakan kawan-kawan dan carian internet, rupa-rupanya kita tidak mencongak pergerakan gaji tahunan yang baru.

Jadi untuk memudahkan fahaman, kronologi kenaikan gaji baru ini adalah seperti berikut.

RM2000 - gaji Mac
RM2260 - selepas 13%
RM2405 - selepas pergerakan gaji tahunan (bagi yang bergerak Januari dan April).

Kawan yang tak merasa RM2405 tu, akan menikmati jumlah tersebut pada Oktober ini (kerana PGT beliau pada bulan oktober).

Video kesan gegaran gempa bumi di Pulau Pinang


30saat terakhir gegaran pertama gempa bumi di tengah laut Barat Aceh / Utara Sumatera. Sila perhatikan yang cermin bergoyang. Harapnya video ini menggalakkan orang-orang lain berkongsi video dalam youtube

Merasai gegaran gempa bumi barat Aceh 11 April 2012

mesej pertamaku sejurus gegaran gempa bumi
Kira-kira 4:45PM, ketika sedang berbaring tadi, aku terasa gegaran. Takkanlah ada orang goncang katil? Tengok-tengok cermin dan kipas pun turut bergoyang.

UPDATE: 6:47PM GEMPA BUMI SUSULAN

Ini adalah 1st time rasa tremors. 2 kali sebelum ini, aku sedang nyenyak tidur.

Lepas 30 minit ... twitter trending - (tweetscoop.com)
Gempa bumi berukuran 8.7 

Georgetown atau George town?

 
Ya. saya setuju dengan Nor Amin Ahmad, terutamanya tentang ejaan Georgetown (yang dieja George Town sama ada oleh MPPP atau Kerajaan Negeri). Di luar negara banyak nama Georgetown dieja sebagai Georgetown.
Posted by Picasa

Bacaan Malam Jumaat - Mudahnya Berkahwin dalam Islam

 
Malam-malam Jumaat yang sunyi ni eloklah kiranya menambahkan pengetahuan anda dengan buku ini.

Bila membaca buku ini, anda seolah-olah rasa macam membaca bab perkahwinan dan perceraian buku teks rampaian Pendidikan Islam je. Rasa macam nak marah je. Perasaan marah saya reda bila saya cek (periksa di) belakang (buku), harga buku ini hanyalah RM5.00 . Ya cuma RM 5.00 sahaja. OK la untuk membayar segala kos-kos penerbitan buku ini. At least kos gambar sepasang pengantin di dalam gambar itu harus di bayar, nak design meka depan buku, cetak lagi, kos penerbitan ... so memang murah dah...

Penerangan dalam buku ini cukup ringkas. 72 muka surat sahaja. Sekurang-kurangnya, ini adalah alternatif bagi sesiapa yang ingin membaca bab nikah-cerai buku teks Pendidikan Islam tapi segan nak bawa buku teks tersebut.

Saya syorkan agar buku ini dijadikan buku yang disertakan sekali dalam sebarang kursus perkahwinan... (kaya hang nooo Muzayyanah Abdullah)
Posted by Picasa

Terima Coklat Cinta

Sedang bertugas semalam, tiba-tiba tiga orang siswi tersipu-sipu malu datang kepada aku dan memberi coklat dengan lakaran LOVE ini. Kata mereka coklat ini dibuat handmade (dengan penuh kasih sayang). Hehe belum pun petik, tiga sudah mari... ^_^ kalau petik... datang satu lagi, cukuplah kuota 4 hehe

Memang sedap coklat yang mereka buat ni. Gula pun bukan main...

Lepas makan dan lunch, ada pening-pening sikit. (Gula high pulak dah...)

So berbalik kepada tiga orang gadis tadi... kami pun berbual-bual, dan hakikat sebenarnya terbongkar...


Rupa-rupanya ini merupakan sebahagian daripada Kempen Terima Kasih yang diadakan pada 2 April 2012 oleh pelajar-pelajar.

Apa pun terima kasihlah kerana bagi coklat.

Woi! minyak naik woi! naik 10sen!

Tak disangka-sangka, tengah rakyat Malaysia dok relek-relek nak balik kerja jumpa anak bini kat rumah. Tetiba ada plak berita pasal minyak naik! Malah berita ini telahpun disahkan oleh media arus perdana, Utusan Malaysia  dan The Sun.

Macam biasalah reason standard... minyak dah naik ke $120 (120 dollar) setong.

So berapa yang naik? 10 sen! Seposen pun parah tau buat kami yang bajet ciput.

Erk sorry aaa ... rupanya yang naik tu RON97 sahaja. RON97 naik 10sen ke RM 2.90. Tapi RON95 untuk rakyat jelata masih tetap RM1.90 ...

ha ... ha ... lega ...

Tiara Jacquelina patahkan cubaan culik

Tiara Jacquelina dalam facebook-nya telah memesan kepada para peminatnya dan seluruh rakyat Malaysia agar hari-hati dengan ancaman penculikan. Penculik kini lebih licik, malah akan menggunakan cecair/pil khayal, malah siap dengan rambut palsu dan pakaian lain untuk menculik. Harap ambil iktibar

daripada facebook Tiara Jacquelina
Please share this. Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m......embelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!


Jom tengok gaji baru SSM 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan pekeliling baru mengenai pengiraan gaji kakitangan awam yang baru.
Malah siap ada kalkulator online mengira berapa gaji baru yang bakal anda perolehi.
Antara yang saya sempat baca adalah contoh bagaimana pengiraan gaji selepas pergerakan gaji tahunan (PTG).
Berita baik bagi kita semua adalah kita akan diberi kenaikan 13% terlebih dahulu sebelum diberi PTG.
Sebagai contoh, staf ni kategori bawahan dan PTG beliau adalah pada April.
Gaji pada 31/12/2011 adalah RM1,000.00.
Gaji Januari 2012 akan naik kepada RM 1,130.00.
Lepas tu, bila gaji bulan April beliau akan naik RM 85* (*kot) kepada RM 1,215.00.
Senang cerita, korang baca sendirilah pekeliling di http://docs.jpa.gov.my/ssm/#pengiraan

Dari Blog kepada Buku


Dari menulis blog, ke penulis novel/buku. Gaya penulisan blog-blog popular seperti:

Brader Leplep (bilamentolmenyala.blogspot.com), Bozu (iniblogkechai.blogspot.com), Lord Zara (shafaza-zara.blogspot.com), Fikri Misti (fikrikacak.blogspot.com) dan Shahir (msaherr.blogspot.com), Nami Cobb Nobbler, (tehtarikgelasbesar.blogspot.com), Amal Hamsan, (realifiksinisme.blogspot.com), Para penulis terfaktab (terfaktab.blogspot.com)

Kini ditumpahkan ke dalam novel/buku

Sperma Cinta, Kitab Terfaktab, Awek Chuck Taylor, Kontrol Histeria, Angus: Himself, Hero, Heroin, Pompangpompang, Bayang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...