My College Fund

Potensi tingkat jualan 500% dengan IOT - Internet of Things


Baru-baru ini saya terbaca akhbar tentang IOT dan saya bincang tentangnya antara rakan-rakan bisnes.



Apa itu IOT?

Anda boleh cari online atau rujuk wikipedia untuk penjelasan lanjut. Secara mudahnya di zaman IOT maknanya barang-barang biasa akan disambungkan ke internet.

Kini memang sudah ada peranti yang disambungkan ke internet seperti komputer dan telefon. Bukannya perkara besar pun. Memang kita dah biasa dengan benda ini disambung ke internet. Idea untuk sambungkan kereta, motor dan rumah pun sudah menjadi idea biasa.

Bayangkan banyak lagi alat yang tak terduga akan disambung ke internet. Sebagai contoh, mesin ambil tekanan darah, atau bacaan guna, atau alat penimbang berat. Lepas kita ambil BP, cucuk 'baca gula', ambil berat... automatik sampai ke doktor di hospital.

Dianggarkan pada tahun 2020, akan ada 25 bilion peranti akan disambung ke internet. Dengan penduduk dunia dianggarkan dalam 6 bilion. Jadi puratanya, seoranng akan ada 4 hingga 5 peranti.

Apa bagusnya untuk bisnes kecil macam kita? 

Senang sahaja... ...pada tahun 2020, kita berpotensi buat jualan hingga 500% bagi setiap ringgit yang kita buat sekarang. Pelanggan akan boleh terdedah dengan jenama kita 5 kali ganda daripada sekarang.

Soalannya, adakah bangsa kita sudah bersedia?

Daripada pemerhatian saya, Dapatlah disimpulkan ramai daripada bangsa saya sendiri yang belum. walhal bangsa lain dah mendahului. Ada banyak lagi yang saya boleh cerita, tapi ianya mungkin tak sesuai untuk disembang dalam bacaan umum.

Kalau jumpa saya, bolehlah berdiskusi.

BUKALAH MATA, KALAU TAK MAHU TERUS KETINGGALAN!

Borang Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Kerajaan


Assalamualaikum wmt. wbr.

Oleh kerana ada yang bertanya, maka... saya kongsikan...

Bagi lepasan SPM. Ramai yang tidak tahu di mana untuk mendapatkan borang untuk memohon jawatan dalam bidang perkhidmatan awam (atau bahasa mudahnya: kerajaan).

borang online boleh diisi di sini

Anda akan dimaklumkan bila ada kekosongan jawatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...