My College Fund

Laju manakah 4G berbanding 3G?


Kini 4G telah dikeluarkan, dan dikatakan lebih laju berbanding 3G. Selaju manakah 4G? Hotlink dalam facebook mereka telah mendedahkan maklumat pebandingan kelajuan antara 3G dan 4G.

Video Streaming (190 saat / 21 saat = 9.1x )
Muat-turun muzik (15 saat / 1.3 saat = 11.5x ) ... aku rasa 15 minit tu, salah taip
Muat-turun video (60 saat / 5.3 saat = 11.3x )
Muat-naik PDF (60 saat / 5.3 saat = 11.3x )
Muat-naik video (240 saat / 21 saat = 11.4x )

Jadi bolehlah diandaikan di sini yang 4G adalah 11 kali ganda lebih laju daripada 3G.

10 password paling senang nak kena hack 2013

Hmm, korang pernah kena hack tak? Hmm kadang-kadang hackers ni tak payah nak hack pun. Silap-silap bila nak masuk komputer korang, hackers cuma perlu cuba 10 password di bawah ni je.

Rank2013 Password Rank2012
1 123456 2
2 password 1
3 12345678 =
4 qwerty 5
5 abc123 4
6 123456789 new
7 111111 9
8 1234567 13
9 iloveyou 11
10 adobe123 new

Kalau korang gunakan password seperti di atas, nasihat saya adalah, cuba tukar password lain.

Sumber:http://amanz.my

Jom belajar pengaturcaraan komputer dengan pengasas facebook, twitter, microsoft, dan lain-lain individu terkenal


Nak belajar pengaturcaraan? Alang-alang belajar pengaturcaraan, apa kata belajar dengan pengasas Facebook, Twitter, Microsoft, dan lain-lain individu terkenal di CODE.org. Hmm budak tadika pun boleh belajar pengaturcaraan di code.org

Utara Malaysia bakal dilanda Angin Salji Sabtu ini

Kini orang dok heboh pasai salji di Mesir la, salji di Vietnam la, Salji di Indonesia la, kini ada cerita salji nak mai Perlis pulak? Betui ka salji nak mai Perlis? Saya ada terbaca Facebook dan blog Harian Blogger bercerita tentang satu fenomena kejadian yang bakal menimpa negeri Perlis. Fenomena angin salji atau winter winds (atau terjemahan tempatan angin timur) ini akan menimpa negeri Perlis pada Sabtu 25 Januari 2014 ... apekah? Adakah kita akan menerima salji seperti di Mesir dan pergunungan Indonesia?


Gambar hiasan dari blog MISLULLABY

printscreen dari facebook (klik gambar untuk baca lebih jelas)



kemaskini 27/1/2014 - Berita TV (RTM) dah tunjuk fenomena ini. Pada Sabtu tersebut, Perlis mencatatkan suhu serendah 16°C. Terengganu, turut merasai sejuk. Berita tersebut memberitahu yang jualan baju sejuk laris pada minggu tersebut. Tiada salji turun pada hari tersebut

kemaskini 27/1/2014 - Pada tengah malam Ahad tersebut, saya turut merasai angin sesejuk duduk di dalam aircond tatkala saya sedang makan open-air di Seberang Prai.

Mungkinkah Jetman dalam filem James Bond?


"Hang biar betul... takkanlah cerita jepun Jetman nak masuk movie James Bond / Mission Impossible / Jackie Chan... ", mungkin itu yang akan diperkatakan orang tapi actually yang aku maksudkan bukan jetman Jepun tu, tapi Jetman yang ini...


Meh kita tengok mamat Peranchis ni atau namanya Yves Rossi terbang dengan alat Jetman beliau



Meh kita Jetman lawan kereta Rally (sedutan Top Gear BBC)



Apa pandangan korang, agak-agak nanti ada tak alat ni digunakan dalam James Bond akan datang?

Google Maps Street View kelihatan merakam Pulau Pinang


Baru-baru ini saya terserempak dengan kenderaan Google Maps Street View di Pulau Pinang. Nampaknya dalam masa beberapa bulan lagi kita boleh Pulau Pinang dalam Google seperti mana kita berada di tempat tersebut. (nota: Google Maps Streets View tidak merakam di dalam USM, kenderaan tersebut parking di sana agar pemandunya boleh solat Jumaat)

Untuk memahami apa itu Street View, anda bolehlah menonton youtibe ini

Astro bagi tonton filem percuma hingga 15 Februari


Pengguna dengan decoder Astro b.yond boleh menikmati filem A-List di SECARA PERCUMA hingga 15 Februari ini. Filem-filem tersebut boleh ditonton di saluran 456 (A-List).

Filem yang ditayangkan di dalam saluran A-List ini merupakan filem-filem yang memenangi anugerah-anugerah perfileman. Kebiasaannya filem-filem ini bukanlah filem-filem Amerika yang anda selalu tonton.

maklumat lanjut boleh didapati di http://www.astro.com.my/a-list

video youtube pengguna Android bergaduh dengan pengguna iPhone


'Permusuhan' antara pengguna sistem android dan pengguna iOS (iPhone) membuka peluang satu lagi syarikat telefon membuat iklan yang menarik. Sila tonton.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...