My College Fund

Cinta Jutawan Rumpai Laut Goreng Thailand


Filem The Billionaire (Top Secret: Wai Roon Pan Lan) merupakan filem yang dihasilkan daripada kisah benar seorang jutawan rumpai laut goreng di Thailand. Kisah yang menceritakan bagaimana seorang pelajar berusaha berniaga dari umur 19 tahun, akhirnya menjadi jutawan umur 26 tahun.

Filem ini, kalau difilemkan, dibuat di Malaysia dan menggunakan formula menamakan tajuk filem & drama Malaysia, tajuk filem tersebut mungkin menjadi seperti yang di atas.

So korang tengok je la melalui link youtube di bawah ni. Moga menjadi inspirasi jadi usahawan.

treler


filem penuh (sarikata BAHASA)

full film (ENGLISH subtitle)


UPDATE TERKINI

Buku mengenai tauke muda jutawan boleh didapati secara percuma dengan membeli Tao Kae Noi Seeweed di gedung-gedung terpilih.

Best ke Tune Hotel? (KL downtown Tune Hotel review)


Tune Hotel - Downtown KL

Saya berkesempatan untuk menginap di Tune Hotel - Downtown KL. Berikut adalah pandangan dan penilaian saya...

This is my review of Tune Hotel in KL Downtown. (please forgive me for my broken English). For your information, as it sisters-company AirAsia, Tune Hotels are known for popularize budget hotel industry in Malaysia.

Tune Hotel terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, mudah untuk anda berjalan-jalan. Tambahan pula Monorel hanya lima minit berjalan kaki untuk anda ke pusat membeli belah yang lain. Pada waktu malamnya, ada hawker melayu jual pelbagai makanan. Gerai-gerai ini tutup pada pukul 1 atau 2 pagi. Sementara tunggu makanan, korang boleh berkaraoke selagu dua.

This hotel is situated in the heart of Kuala Lumpur (KL), so it is easier for you to travel around in KL. Monorail is just 5 minutes walking distance. Malay hawkers selling food at night until about 2am. While waiting for food to be serve, you can (pay to) sing a karaoke.

Dalam Tune Hotel ni ada 7-eleven (beroperasi 24jam), San Francisco Coffee (8am-5pm), dan Gerai makanan segera Sri Kulai (8am-??). Tentang Sri Kulai ni, apa yang dia jual adalah, makanan frozen yang dipanaskan / microvawe. Anda boleh mendapatkan nasi ayam atau spageti sejuk-beku yang dipanaskan.

There are 7-eleven (operating 24 hours), San Francisco Coffee (8am-5pm), and a fast-food outlets that sells Sri Kulai brand halal microwavable frozen meal.

Apa yang bagusnya, anda boleh menggunakan internet secara PERCUMA selama 30 minit di PC yang disediakan di lobi. Tapi memang kot disengajakan untuk korang berdiri dan tiada kerusi. Sama ada betul atau tidak, selepas 30 minit korang boleh renew lagi. Tapi bab wifi, baik turun bawah ke lobi guna internet.

You can use internet for free at the computer provided at the lobby. The password for the free internet only lasts for 30 minutes. You can ask for another free 30 minutes internet. It is noticeable that they intentionally do not provide chairs for these PC. You can pay for in-house wifi, but at the time I patron this hotel, my advice is just use the free internet at the lobby. 

Kalau pandai, korang boleh dapat offer murah. Tapi kalau korang datang ad hoc (tidak book online), korang kena caj RM110 sebilik (twin bed). Tu tak masuk towel dan benda-benda lain. Aircond kalau korang tak amik pun takpe, kipas dah sejuk dah.

The price for per night is RM110. That is if you are coming walk-in and ad-hoc. You can get for less if you book online earlier.

TV, walaupun pakai astro, tapi bilangan channel korang dapat lagi kurang daripada yang nJoi bagi. Kualiti, macam VisionFour yang korang jumpa kat hotel-hotel. Aku rekomen, tak payah TV.

You can save for opting-off air-condition, TV, and wireless-internet.

TuneHotel telah bundlekan semua tambahan ini dengan harga yang agak murah... so pandai2 la korang nak bajet.



Macam ini la bilik yang aku duduk hari tu. twin bed.


Bilik ni, double bed. Dua orang max. Mana korang nak selit sorang lagi :D.


Luas ni la Tune Hotel.

.
Bilik air (pemandangan dari dalam ke luar & luar ke dalam)


Pak guard bukan warganegara sedang menjaga pintu lobi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...