My College Fund

Bagaimana nak buat akses banyak akaun dalam satu instagram?


Ini berita gembira terutamanya bagi peniaga online di instagram (ig). Kini anda tak perlu leceh dan bersusah payah login-logout login-logout dari akaun ig persendirian ke akaun ig perniagaan anda. 

Instagram kini menyediakan sokongan pelbagai akaun sekali jalan.

Untuk memudahkan anda buat setting tersebut, Mr.Rizman.net dan Kawtim.com telah mendapat kebenaran lisan Clickuz.com untuk berkongsi panduan yang menarik, dan kalerful ini.

Lepas ni bolehlah berniaga dengan rancak lagi.











*berbanding menggajikan pakar IT

Tak sangka! 93% usawahan enterprise gulung tikar kerana tinggalkan 3 perkara mudah ini!

Abang Abu Mekanik Wang berkongsi tiga sebab kenapa yang 93% usahawan (yang masih lagi) enterprise gulung tikar.

Beliau menyarankan usahawan enterprise "jaga kewagan" dan jangan mengabaikan faktor berikut:
1) Rekod Seharian
2) Pemfailan
3) Perbelanjaan

Beliau menceritakan dengan lebih lanjut:
"
1) Rekod Seharian 
Pastikan ianya disimpan dan dicatat.

2) Failkan
Simpan semua transaksi photostat dan simpan bila nak expand enterprise ke Sdn Bhd. Ia lebih mudah

3) Expenses
Jumlah perbelajaan bulan sekarang dan bulan mendatang disediakan supaya dapat ketahui jumlah sebenar.
"
Dalam laman media sosialnya, Abang Abu turut mengajak anda datang berjumpa dengan beliau bermain sejenis permainan dam duit ciptaan oleh Robert Kiyosaki (mentor kewangan no.1 dunia).

Untuk maklumat lanjut tentang kelas dan permainan ini. Sila taip CF dan whatapps ke 0136111364 (Riena) atau 0197774805

Dapatkan nama domain, agar pelanggan mudah mengingati perniagaan anda.

Lima rahsia yang mempengaruhi jualan di instagram

Salah satu cara perniagaan online adalah menggunakan platform Instagram. Bagaimanapun, bagi kebanyakkan peniaga, membuat jualan di instagram bukanlan mudah. Salah seorang kenalan saya, Cik Zunaidah (dikenali sebagai June) berkongsi lima RAHSIA yang mempengaruhi jualan anda di instagram. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cik June yang membenarkan saya berkongsi artikel dari laman sosial beliau.

Berikut, dalam italic, adalah tulisan beliau dari laman sosial beliau untuk manfaat kita bersama:

Lamanya saya tak berkongsi ilmu di wall saya..semoga sahabat sihat sejahtera semua ya..☺☺☺

Hari ini saya nak kongsi teknik-teknik jualan di Instagram..

Ada 5 faktor yang patut anda ambil berat jika nak buat jualan di Instagram (IG)

1 : Pemilihan produk
Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna IG ni muda remaja. Jadi anggaran umur mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang berusia memang slow jika di IG. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa weh..

2 : Gambar
Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang lain. Tak lah asyik gmbr ala2 katalog produk je. Dalam IG, kebanyakkan pengguna suka masuk IG sbb mereka suka tengok gambar2 unik. Bukan nak tgk katalog barang. Jadi, jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Dalam IG gambar jadi penambat hati mereka.

3 : Ayat jualan.
Sama macam point diatas, dalam IG orang bukan nak tengok katalog barang, jadi cuba lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak menjual je. Sesetengah mereka masuk IG sbb nak lari dari Facebook (FB) yang ramai sangat orang dok menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

4 : Penggunaan ‪#‎tags‬.
Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam IG ni, dan mereka cari barang berdasarkan #tags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nka cari produk, apa yang anda cari. Contoh, jika saya nka cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu ‪#‎sayajual‬ tu. #sayajual tu famous di kalangan peniaga je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post je weh. Kau jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok letaklah ‪#‎akuyangpakaikauyangpanas‬. Silap-silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas, terus tak ada orang beli. Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block IG kau sebab panas tengok asyik nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan anda dan juga pengguna IG yang lain.

5 : Followers
Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan jualan dalam IG. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

Nak belajar lebih lanjut tentang 4 elemen penting ni?
- Gambar
- Ayat jualan
- Penggunaan hashtag
- Targeted followers

Boleh baca lanjut di sini yaπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
http://bit.ly/teknikjualaninsta_millioninsta
.
‪#‎superladyisback‬
‪#‎millioninsta‬

Terima kasih Cik Jun. Bagi yang ingin membaca artikel ini dalam media sosial beliau, bolehlah klik pautan ini.


dotkomkan perniagaan anda dengan KAWTIM.COM

Bagaimana gandakan BR1M ke +6%, +120%, atau RM1,000,000 (RM1 juta)

Assalamualaikum wmt. wbr.

Bulan lepas, kerajaan telah mula mengagihkan BR1M. Ada yang mendapat RM200, ada pula yang mendapat RM400. Tapi BR1M kalau pakai gitu, habis la kan.

Berikut merupakan petua/idea untuk menggandakan wang BR1M anda.

1) Berniaga
Gunakan wang BR1M yang anda perolehi sebagai modal berniaga. Sebagai keselamatan, beli barang yang jika anda tidak boleh jual, anda boleh pakai. Sekurang-kurangnya tidak membazir. Sekiranya setiap bulan anda boleh untung 10%, jika anda menerima BR1M RM400... pada akhir tahun anda mencipta RM480 menjadi RM880 (kiraan ringkas).

2) Melabur dalam saham amanah,
Berniaga ada risikonya. Sekiranya anda takutkan BR1M anda hangus dalam perniagaan, anda boleh memilih jalan yang selamat dengan melabur dalam saham amanah PNB seperti Amanah Saham Bumiputera. Bagi yang bukan bumiputera, PNB telah menyediakan Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Wawasan 2020, dan Amanah Saham 1 Malaysia. Seingat saya, paling rendah dividen yang diberikan adalah 6%. Jadi, jika anda simpan BR1M RM400 anda, pada hujung tahun nanti duit itu nanti menjadi RM424 (kiraan ringkas).

3) Simpanan berperaduan (ni yang RM1,000,000 tu)
Kini banyak bank menyediakan simpanan berperaduan. Bank tidak memberi faedah rendah kepada setiap penyimpan, sebaliknya mengumpulkan faedah rendah tersebut dan memberikan hadiah yang tinggi nilainya kepada pelanggan bertuah. BR1M anda mungkin menjadi RM1,000,000 atau kereta mewah dengan menyertai simpanan ini. Sekiranya tidak berjaya, nilai BR1M anda masih selamat. Salah satu contoh simpanan yang anda boleh sertai adalah Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Itu sahaja tiga idea daripada saya bagaimana untuk anda meningkatkan BR1M anda. Semoga Allah menambah-nambahkan rezeki anda.

Sekian, terima kasih

dotcomkan perniagaan anda dengan KAWTIM.COM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...