My College Fund

Duit masuk walau blog dah tidak kemaskini

Ada rakan-rakan blog yang merancang nak tutup dan delete blog sebab mereka sudah tidak minat nak berblog. Tahukah anda yang sudah senyap boleh menjana sedikit pendapatan?

Sekiranya anda membiarkan blog anda wujud dan ada letak iklan sama ada adsense, advertlets, nuffnang ... mungkin akan ada orang klik iklan dalam blog anda dan seterusnya mendatangkan pulangan kewangan kepada anda. Tapi kalau sekiranya anda delete blog... orang dah tak boleh klik iklan, jadi pendapatan terus kosong.

Sebaiknya anda beritahu yang anda sudah tidak minat berblog. Sebagai contoh tajuknya "Ini adalah post terakhir" dan nyatakan sebab anda. Sekurang-kurangnya orang tidak tesnyen tiada update... sebagai contoh "malas dah nak main blog, sekarang dah ada facebook" misalnya.

kesimpulannya:

Ada blog X Ada klik iklan = Ada duit
Tiada blog X Tiada orang klik iklan = tiada duit

Guna Google, Google bagi cek duit... kali kedua dah ni

Alhamdulillah, dapat cek dari Google. Jadi la untuk survive tengah bulan ni, especially jarak antara gaji nak dekat. Mungkin akan ada orang cemuh kata, dapat sikit ja... tapi dengan $100 tu sekurang-kurangnya boleh bayar kad kredit untuk bulan ni... atau untuk orang yang tiada kad kredit, boleh buat bayar bil untuk 3 bulan hehe...

Bagi saya, saya nak gunakan untuk bayar hosting tahunan kepada website yang menjana pendapatan ini... (atau dalam bahasa orang biasa... "buat rolling modal")

Jadi, bagaimana saya boleh dapat cek dari Google ni?

Mudah sahaja, klik di sini untuk mengetahui caranya

.

Laman web permohonan masuk USM kini dibuka

Laman web permohonan masuk ke USM (Pohon@USM) kini telah dibuka untuk bakal-bakal siswa.

Panduan (dalam bahasa inggeris) boleh didapati di SINI

Panduan (dalam Bahasa Melayu / Malaysia) boleh didapati di SINI

Menangi iPhone / iPad percuma dengan top-up RM10 Hotlink


Hotlink nak bagi 150 bijik produk apple yang terdiri dari iPhone5, The New iPad, iPhone4S, dan iPad Mini sepanjang Januari ini. Apa korang kena buat adalah top-up RM10. Lepas tu kalau korang pelanngan ke 10, 20, 30... (dan seterusnya), Maxis akan hantar sms untuk korang...

Maklumat lanjut ada di sini... hotlink.com.my/150devices

Rebat RM200 dah dapat, sekarang dapatkan SMS dan Call percuma pula

OK... korang dah dapat telefon murah (rebat RM200) kan? Mesti korang kalau boleh nak call dan sms pun kalau boleh free kan? Boleh je... teruskan membaca

Tahun 2011, antara sebab Blackberry popular adalah kerana semua pengguna blackberry boleh SMS (atau istilah tepatnya BBM) tanpa had kepada semua pengguna blackberry tanpa terhad kepada telco tertentu. (telco adalah istilah untuk syarikat pengendali talian telefon seperti Maxis, Celcom, DiGi, TuneTalk, dan Umobile). Diinspirasi daripada kejayaan BBM. Beberapa perisian telah dicipta untuk membolehkan mesej tanpa had kepada semua telefon dan semua telco.

Dua daripadanya adalah Whatsapp dan Viber

lagi bagus kalau install WhatsApp dan Viber dalam telefon korang
WHATSAPP

Whatsapp membolehkan pengguna 'sms' kepada telefon lain secara percuma. Mesej dihantar secara percuma melalui internet/wifi/3G. Tidak seperti SMS yang kalau ada percuma pun, terhad kepada telco atau bilangan tertentu... Whatsapp tiada had.

Anggaplah Whatsapp tu Yahoo Messenger dalam henset anda, tetapi menggunakan no telefon sebagai ID.

Whatsapp membenarkan anda try percuma perkhidmatan mereka selama setahun, kemudian langgan $1.99 setahun dikenakan.

Whatsapp ada dalam Android, Blackberry, iPhone, Symbian OS, Windows Phone.

VIBER

Hmm ada tak yang bagi free 'sms' dan free call? Ya! ada ... Viber.

Sama macam whatsapp, tapi korang boleh buat panggilan, siap panggilan antarabangsa lagi, percuma* lak tu

Whatsapp ada dalam Android, Blackberry, iPhone, Nokia, Windows Phone, dan BADA OS.

Tadi kata FREE! tapi bukan ke 3G tu kena bayar!

Ya memang kena bayar, tapi kalau nak free pun boleh, pergi la starbucks ke kedai mamak, atau tempat yang bagi wifi percuma. Korang dapat guna free kat situ.

Kurengs
  • Kedua-dua WhatsApp dan Viber memerlukan internet / wifi / "2G ke atas" di kedua-dua belah pihak untuk berfungsi
  • Mesej tidak selaju SMS
  • Call tidak berapa clear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...