My College Fund

5 cara buat lebih keuntungan - Dr. Azizan Osman


Beberapa bulan lepas Dr. Azizan Osman ada merakam video menceritakan banyak tips untuk usahawan. Antara bahagian kecil yang diceritakan adalah  "5 cara bagaimana usahawan buat duit" dalam sebuah video rakaman beliau.

Tanpa menceritakan panjang lebar, berikut adalah 5 cara yang dikatakan beliau:

  1. Mempunyai jualan yang tinggi atau banyak
  2. Mempunyai pelanggan yang ramai
  3. Mempunyai pembeli/pengguna berulang
  4. Meningkatkan harga
  5. Mengurangkan kos

Dr. Azizan kongsi 9 tips bina perniagaan online. Anda tentu tak sangka apa yang No. 1?





Bagi orang biasa mereka memang tak sangka, dalam banyak-banyak perkara, mendaftarkan nama domain adalah yang pertama. Ia lebih utama daripada mendaftarkan syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Apa itu nama domain?

Anda boleh baca panjang lebar tentang apa itu nama domain di Wikipedia, tapi secara ringkasnya nama domain adalah nama dotCOM-dotCOM yang orang selalu sebut tu. - CUMA NAMA SAHAJA (dan bukannya laman web) - Selain dari dotCOM [.com], terdapat juga akhiran lain seperti [.net], [.biz], [.my], malah kini ada lebih 1000 tambahan akhiran lain seperti [.guru], [.ninja], [.online], [.top], [.xyz] dan macam-macam lagi.

Kenapa anda perlu cepat dapatkan nama domain?

Nama domain yang belum dimiliki boleh dibeli dengan harga rendah, contohnya: [.com] kebiasaannya dijual dalam RM 60 hingga RM70. 

Nama domain premium pula adalah nama domain yang telah dimiliki dan pemiliknya ingin menjual nama domain tersebut dengan harga yang lebih tinggi. Ada antaranya telah dijual hingga jutaan dollar. Anda boleh rujuk wikipedia untuk senarai ringkas nama domain yang dijual pada harga tinggi.

Tangkapan skrin laman media sosial rasmi Dr. Azizan Osman di mana Dr. Azizan kongsi 9 Tips Membina Perniagaan Online Secara Professional (diakses pada 16 Ogos 2016)
Jadi. kat mana nak dapatkan nama domain?

Kat mana lagi... kat SENANG.ONLINE lah ... bukan sahaja anda dapat nama domain, malah kami beri bukan satu, tapi DUA (2) akaun emel PERCUMA dan beberapa perkhidmatan lain. Harga kami TANPA GST! Apa lagi, dapatkan nama domain perniagaan anda sebelum dikebas orang!

"Jangan Percaya..." - Dr. Azizan Osman


Korang dok dengar sangat Azizan Osman kan? Jangan percaya! Kalau tak percaya kata saya, cubalah tanya mereka yang pernah datang program Dr. Azizan Osman baru-baru ini tentang ajaran kerohanian beliau.

http://debatmalaysia.com/2015/06/inilah-nasihat-dr-azizan-osman-kepada-6000-kakitangan-mas-yang-diberhentikan-kerja-yang-mengejutkan-ramai/
Dr. Haji Azizan Osman
foto dari: DebatMalaysia.com

Pada Mei 2016, saya mengikuti kursus beliau... Memang mengejutkanlahkan... kita penat-penat bayar kursus, penat-penat salin nota, penat-penat berkampung 3 hari 2 malam, penat-penat korbankan cuti hujung minggu dan hari ibu, Dr. Azizan boleh kata "JANGAN PERCAYA KATA-KATA SAYA". 

Of course lah ramai yang menangis meraung pada program tersebut. Yang isteri menangis kepada suami, yang anak menangis kepada ibu, yang artis vogue-vogue popular pun menangis kat husband retiss yg kurang popular. (Anda tak percaya?, silalah bertanya kepada mereka yang pernah hadir kursus Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan)

https://www.facebook.com/azizanosmanofficialpage/photos/a.158969550906277.36806.156440364492529/456223821180847
Poster sebenar dari syarikat beliau pun suruh kita jangan percaya
Poster online satu kursus Dr. Azizan Osman yang telah saya crop.
sumber: media sosial rasmi Azizan Osman
Kata-kata "Jangan Percaya Cakap Saya, Tapi Buat Jer" Dr. Azizan adalah lebih bermaksud:

  • Jangan bersusahpayah nak memikirkan logik, rugi dan kenapa ianya perlu dibuat. Buat sahaja apa yang Dr. Azizan pesan... dan tengoklah kesannya ke atas perniagaan anda. 

  • tak perlu percayakan cakap beliau, lihat sahaja bukti yang ada (i.e. mereka yang berjaya). Kalau rasa mereka yang berjaya di kerana mengamalkan ilmu yang dikongsi Azizan Osman, maka buat je pesan beliau, insya Allah berjaya.
Ini dibuktikan dengan ramai bekas-bekas pelajar beliau yang kini telah berjaya.

petikan muka 236 buku Mudahnya Berniaga oleh Dr. Azizan Osman
Sudah tentu ramai yang berjaya mengikuti nasihat Dr. Azizan Osman. Antaranya mempunyai laman web nama domain sendiri. Yang mana dalam 'tulisan' beliau, boleh disimpulkan yang Dr. Azizan menyatakan bahawa perniagaan yang hanya mempunyai instagram dan facebook bertaraf amatur, dan nampak tidak profesional.

Nak ada domain sendiri, bukannya mahal... kalau dotCOM cuma RM60/tahun iaitu RM5/sebulan atau kurang dari 20sen sehari. Bukan itu sahaja, SENANG.ONLINE berikan anda dua akaun emel percuma 'dotCOM' syarikat anda untuk anda berkomunikasi dengan bangganya. Contohnya: kalau anda miliki MamatEnterprise.com atau JoyahKaripap.com ... anda boleh buat akaun boss@MamatEnterprise.com  atau tokei@JoyahKaripap.com . Tak mainlah @gmail.com atau @yahoo.com ... 7 lagi perkhidmatan percuma yang kalau kat luar bernilai lebih ribuan ringgit.

Apa tunggu lagi, jangan tunggu pesaing perniagaan perniagaan anda! Layari SENANG.ONLINE sekarang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...