My College Fund

Pendapatan baru Jururawat U29 boleh cecah RM 7,075.95 sebulan


Jururawat U29 lepasan diploma kejururawatan berpeluang mendapat pendapatan mencecah RM 7,075.95 sebulan mengikut kiraan baru daripada surat tawaran jawatan yang semua jawatan kerajaan yang mengikut JPA/SPA. Pengiraan adalah berdasarkan gaji maksima + elaun-elaun termasuk elaun kritikal.



*berbanding menggajikan pakar IT

MAHU E-BOOK LENGKAP INI PERCUMA? DOWNLOAD CEPAT! Tawaran Terhad! - eBuku Percuma - Magnet Kekayaan & Kejayaan


MAHU E-BOOK LENGKAP INI PERCUMA? 

Dalam post baru-baru ini saya ada kongsikan senarai ringkas 15 magnet kekayaan dan kejayaan yang saya dapati semasa menghadiri seminar Mudahnya Berniaga 2016. Kini anda boleh fahami dengan lebih lanjut lagi kerana Dr. Azizan Osman baharu sahaja tadi mengumumkan untuk memberi e-buku ini secara percuma. Ya... tiba-tiba je angin dia macam tu...

Anda perlu CEPAT kerana menurut Dr. Azizan, beliau kini tengah ada mood nak beri percuma.



*berbanding menggajikan pakar IT

Terlepas seminar Mudahnya Berniaga? Takpa, saya kongsikan 15 rahsia Magnet Kejayaan & Kejayaan dari seminar itu.


Berikut adalah LAGI ringkasan ilmu yang Dr. Azizan Osman sampaikan semasa Seminar Mudahnya Berniaga.

15 MAGNET KEJAYAAN/KEKAYAAN

  1. mempunyai mentaliti yg betul
  2. mempunyai matlamat yg cukup jelas (hingga anda boleh gambarkan - contoh nak bila KLCC ada pelan dan ilustrasi pelukis)
  3. mempunyai mentor yang terbukti berjaya
  4. mengetahui apa misi besar (the big why) dia perlu berjaya
  5. mempunyai model/tiru orang yang berjaya
  6. berkata, "saya MESTI berjaya"
  7. menguasai (mastery) dalam perkara-perkara berikut
    • potensi diri
    • hidup
    • masa
    • wang
    • kerjaya
    • bisnes
  8. menguasai emosi diri dengan ELMU
  9. mesti sentiasa mensyukuri nikmat Allah - buktikan dengan menjaga solat esp solat berjemaah awal waktu di masjid
  10. mempunyai strategi dan sistem
  11. mempunyai tindakan/tenaga luar biasa
  12. mempunyai tindakan/tenaga yang berani
  13. mempunyai tindakan/tenaga yang konsisten
  14. mempunyai niat yang betul
  15. mempunyai inspirasi yang jelas


"Fast Action, Fast Result"


*berbanding menggajikan pakar IT

Minta resit GST dapat modenas? biar betul!


Wow tak sangka, minta resit GST boleh dapat motor, tablet, baucer, peti sejuk, TV mesin basuh... wow... ...tapi itulah yang saya nampak di laman web SME Corp.


Maklumat lanjut tentang peraduan ini bolehlah didapati di http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/slides/1437-jom-minta-resit-gst


*berbanding menggajikan pakar IT

Pendedahan! Patutlah bertambah kaya, anak arwah jutawan kosmetik ini pernah buat kerja kotor di luar negara rupanya!

bergambar bersama Puan Erni Dekritawati Yuliana Buhari (@rita_sosilawati) di TM SME BizFest 2016
"Hang bolehlah, arwah mak hang jutawan", Begitulah fikiran saya yang sudah dilambakkan dengan drama-drama TV cerita korporat Malaysia. Ingatkan memang macam tu jenis mereka ini... Memang saya tak sangka rupa-rupanya Puan Erni Dekritawati Yuliana Buhari (@rita_sosilawati) ini tidak memilih kerja dan pernah berjawatan tukang cuci di sebuah hospital di luar negara dimana beliau ditugaskan mencuci darah pesakit, dan lain-lain yang kotor di hospital. (Patutlah kaya, rajin dan tak berkira rupanya!)

Itulah antara pendedahan yang didedahkan Puan Erni (Rita) semalam dalam ceramah yang bertajuk "Cabaran itu Peluang" anjuran TM di sebuah hotel ternama di Georgetown, Pulau Pinang.

Sedikit pengenalan berkenaan dengan Puan Erni (Rita)

Puan Erni merupakan anak sulung kepada Allahyarhamah Dato' Sosilawati Lawiya. Beliau memiliki Sarjana dalam Pengurusan dan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Nottingham Trent, UK. Sejak dari sekolah lagi, Puan Erni telah menunjukkan kepimpinan teladan dan telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah dan trofi.

Dilengkapi dengan kecantikan dan pengetahuan, naluri perniagaannya telah dipupuk dari usia muda. Sebagai seorang wanita yang berkarisma, beliau ingin mengembangkan Nouvelle Visage (perniagaan yang diasaskan oleh arwah ibunya) ke dimensi yang lebih luas,

Apa yang Puan Erni (Rita) sampaikan semalam

Dalam ceramah semalam (kelmarin kata orang utara), beliau berkongsi kisah pengalaman 'dipaksa' berniaga semasa kecil dan tidak memilih kerja semasa belajar di universiti (UK) seperti membuat kerja-kerja 'kotor' rencam jadi tukang cuci hospital. Semasa di NV Malaysia beliau bermula menjadi operator telefon, kemudian naik satu-satu tingkat kerja sebelum jadi Pengarah Urusan. Dengan melakukan semua kerja di dalam perniagaan arwah ibunya, Puan Erni mengetahui semua selok-belok urusan perniagaan dalam syarikat tersebut.

Untuk meningkatkan hasil perniagaan, beliau menyarankan peniaga menggunakan kuasa internet dan jangan kedekut duit untuk pengiklanan. Beliau turut menyarankan usahawan bermula dengan pengiklanan internet. Beliau juga turut menyarankan agar peniaga dan usahawan berkongsi masalah sesama industri dalam menyelesaikan sesuatu isu (contohnya: sijil/lesen tertentu lambat dikeluarkan).

Kerana kesuntukan masa, beliau hanya sempat menjawab dua soalan dari peserta. Dalam sesi soal jawab, beliau telah menyarankan agar usahawan memperuntukkan 30% untuk pemasaran dan menggunakan testimoni pelanggan & teknik pemasaran internet dalam usaha untuk meningkatkan jualan seterusnya membesarkan perniagaan.

11 Halangan kenapa orang itu tidak boleh berjaya (Seminar Mudahnya Berniaga Dr Azizan Osman)


Berikut adalah ringkasan ilmu yang Dr. Azizan Osman sampaikan semasa Seminar Mudahnya Berniaga.

11 Halangan kenapa orang itu tidak boleh berjaya
  1. sikap ego
  2. sikap skeptikal
  3. sikap takut (untuk mencuba atau berubah)
  4. rasa tak layak dapat
  5. tidak berkeyakinan
  6. sikap suka bertangguh
  7. suka beralasan
  8. suka menunggu, (mahu nanti, sepatutnya nak SEKARANG)
  9. berkawan dengan kawan negatif
  10. tidak bersungguh-sungguh
  11. salahkan Tuhan dan agama


"Fast Action, Fast Result"


*berbanding menggajikan pakar IT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...