Berikut adalah cara untuk kita menabung yang difikirkan saya diinspirasikan daripada inisiatif-inisiatif kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Harapan.
Potong gaji 10%
Seperti yang kita tahu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan yang gaji baginda dipotong 10%. Menteri-menteri pun ambil keputusan untuk potong gaji. Jadi apa salahnya kita gunakan ilham ini untuk potong 10% gaji kita dan masukkan terus ke dalam tabung. Anda boleh potong sendiri 10% dari keseluruhan pendapatan, atau 10% dari gaji sahaja tidak termasuk elaun-elaun macam menteri-menteri Pakatan buat tu.
Masuk tabung sebulan gaji
Ada pemimpin-pemimpin politik mengishtiharkan 100% gaji pertama mereka dimasukkan ke dalam tabung harapan. Anda boleh juga menggunakan ilham dari cara ini iaitu memasukkan 100% ke dalam tabung anda. Tapi kalau 100% sebulan, tak makan lah kita...
Jadi saya cadangkan panjangkan tempoh. contohnya sekiranya gaji sebulan RM1,800, simpan RM150 sebulan selama 12 bulan untuk capai RM1800 dalam masa setahun, atau simpan RM50 sebulan selama tiga tahun.
100% pertama masuk tabung.
Sama macam di atas, . Anda boleh juga menggunakan ilham dari cara ini iaitu memasukkan 100% ke dalam tabung anda. Tapi kalau 100%, teruklah kita...
Jadi saya cadangkan simpan duit lain... contohnya simpan 100% terus 'duit raya' yang diberi kerajaan itu. Bagi yang tak dapat duit raya, cuba tak guna elaun bulan ini, dan simpan 100% elaun bulan ini sahaja.
Pinjam Duit macam Tun Dr. Mahathir
Tun M ingin meminjam duit dari Jepun untuk antaranya membayar hutang negara. Ada pihak yang menghentam ini sebagai perbuatan menambah hutang. Bagi yang mengetahui (terutamanya jika anda baca buku biografi Tun Mahathir), Jepun memberikan pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah, ada kalanya tak sampai 1%. Jadi apa salahnya jika pinjam dari yang 'bunga' 1% untuk bayar yang 'bunga' 5-7%.
Bagi yang ada hutang, gunakan teknik ini. Buat pinjaman dari pihak yang memberikan kadar 'keuntungan' atau faedah rendah, untuk membayar pinjaman yang kadar faedah tinggi. Sebagai contoh, buat pinjaman peribadi untuk bayar kad kredit.
Simpan perbezaan 'keuntungan' yang diselamatkan.
Buat Tabung Harapan Keluarga
Hehe, oleh kerana kini musim raya, buat tabung ini dan minta anak-anak turut menyumbang duit raya ke dalam tabung ini untuk meringankan hutang keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan