Lebih kurang setahun lalu, En. Nas Sobri mengajak aku singgah kat Nasi Kandar Beratur, itu pun lepas kami pergi makan Nasi Kandar Line Clear.
Pertama kali aku datang, masa tu time orang dah tak beratur. Giloz dah pukul 3 pagi dah. aku terfikir, ape kebende la Nasi Kandar beratur ni. Since baru lepas makan nasi kandar, so aku memang tak order la kat Beratoq tu. Tambah kedai pun kecik semacam jerk.
Then beberapa bulan lepas, semasa dalam pengambaran filem Appalam. En. Afdlin Shauki, menerusi facebook dan twitternya. Asyik dok mention kedai ni je, siap 'racun' Farah Fauzana lagi. Kata Afdlin "...teringa-ringat je telur sotong..."
So satu malam tu, maybe sebulan dua yang lepas, aku pun pergi ke kedai tersebut pekena nasi kandar berlaukkan telur sotong yang Afdlin Shauki dok teringat-ringat tu.
Sebab bila aku menu pilihan Afdlin tu, aku rasa cam kureng je, especially since PAPADOM pun takde. Jadi aku pun tambah daging (tiada dalam gambar). Hmm baru la mari atau orang KL kata, barulah ada "kick!". So apa yang bestnya sangat nasi kandar ni?rasa macam takde apa pun. Aku pun balik tertanya-tanya...
...satu hari aku jumpa akhbar tahun 2008, dan terus dapat jawapan persoalan aku itu. Antara sebab Nasi Kandar Beratur ni best sebab mereka masak baru. Tak macam sesetengah kedai, yang menurut kenalanku, "tiada istilah buang. Lauk atau sayur yang lebih di masak sekali dengan yang baru".
...sekali sekala bila nak makan nasi (especially yg kandar), teringat-ringat je Nasi Baratur (ceh, memang betul la kata bro Afdlin... "asyik teringat-ringat" je. Satu malam nanti, kalau free nanti, aku makan kat beratur lagi.
Lastly aku letak gambar nasi ni lagi, agar anak Penang keje KL yang pegi keje naik basikal tu terliur dan balik kampung halamannya di Pulau Pinang ni. hehehe... jangan marah...
macam best jek nasi kandar ni..kena datang penang ni mau try jugak ni
BalasPadamsila sila sila
BalasPadam