My College Fund

RM10 boleh kumpul modal RM10,000 kurang 3 tahun


Salah satu sebab/alasan yang digunapakai untuk membantutkan niat untuk berniaga adalah tiada modal.

Pinjaman bank pula, ada yang memerlukan kita berniaga 6 bulah dahulu sebelum boleh memohon permohonan. Tambahan pula, jika tidak berjaya, kita terpaksa menanggung bukan sahaja bayaran balik hutang, malah dengan 'bunga'nya sekali.

Mungkin itulah sebabnya mengapa Mark Cuban menyatakan yang hanya yang bangang akan memulakan perniagaan dengan pinjaman (wang).

Tahukah anda, dengan mengenepikan RM10 dan hanya meneruskan kerja-kerja 'makan gaji' macam biasa, anda boleh menggumpul modal RM10,000! Dah la tu, tak payah pinjam bank pulak tu! Nak tahu caranya macam mana?

RM10 takkan tak boleh kot, rokok RM17 sekotak boleh jer beli... (Rizman.net tidak menyokong rokok)

OK, caranya begini, dengan ketepikan RM10 setiap hari selama 1000 hari (iaitu kira-kira 2 tahun 9 bulan), anda akan mempunyai RM10,000 untuk digunakan sebagai modal perniagaan anda.

Sekiranya anda sudah tahu, maaflah kerana buang masa anda. Saya menulis ini untuk mereka yang belum tahu, tak terlintas, atau yang sudah tahu tapi dah tak ingat cara ini.

OK. Sekarang, anda sudah tahu bagaimana untuk mengumpul modal. Kini bolehlah merancang untuk berniaga apa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...