My College Fund

Cara dapatkan Windows 10 percuma

Windows 10 boleh didapati secara percuma. Berikut adalah bagaimana anda boleh dapatkannya. (terjemahan dari laman web Microsoft)


TEMPAH (RESERVE)
  1. Untuk menempah (reserve) kemaskini (upgrade) percuma anda, klik pada ikon Windows 10 yang terletak di sebelah kanan bawah dulang sistem.
    • Sekiranya anda tidak dapat melihat ikon Windows 10, cuba jalankan kemaskini Windows (Windows Update). Pasang sebarang kemaskini yang disyorkan dan yang diperlukan Windows 7 atau Windows 8 PC anda. Sekiranya anda masih tidak dapat melihat ikon tersebut, sila dapatkan bantuan dari Microsoft (klik sini).
      Right bottom corner of the desktop with a circle around the Windows icon
  2. Setelah anda berada di dalam aplikasi Get Windows 10, klik “Reserve your free upgrade” dalam tetingkap aplikasi (app window).
  3. Masukkan e-mel anda jika anda mahu pengesahan tempahan ini.
  4. Windows 10 akan dimuatturunkan ke dalam peranti anda. Anda akan diberikan notifikasi apabila ia siap. Anda boleh membatalkan tempahan anda pada bila-bila masa. (Rujuk microsoft untuk maklumat lanjut (1))

KEMASKINI (UPGRADE)

Setelah anda membuat tempahan untuk memuat-turun Windows 10, anda akan diletakkan dalam senarai menunggu. Tunggu untuk pemberitahuan daripada aplikasi Get Windows 10 yang akan tiba dalam masa beberapa hari atau minggu. Setelah dapat, anda boleh menaik taraf serta-merta (atau pada masa yang sesuai).


NIKMATILAH WINDOWS 10 (ENJOY)

Anda kini mempunyai Windows 10 percuma. (tanpa perlu me-lanun)

Bagaimana untuk tipu 'memiliki' Android terkini? (Marshmallow)


Android versi terkini, Android Marshmallow telah diumumkan Google. Sementara menunggu telefon pintar anda dapat versi ini, anda boleh trick rakan-rakan anda yang kononnya anda telefon anda sudah upgrade dari Lollipop ke Marshmallow.

Berikut adalah caranya:

  1. Pergi ke laman web ini http://www.slashgear.com/gv/android-marshmallow-6-0-wallpaper-gallery/
  2. muat turun wallpaper yang disediakan ke dalam telefon anda
  3. set-kan gambar itu menjadi wallpaper dalam telefon anda
  4. tunjuk henfon anda kepada kawan-kawan (terutamanya yang gila update)

Haha... saya dah laksanakan trick di atas ke dalam tablet saya, cantik kan :D

25¢ je nilai RM1 kita

Inilah nilai seringgit kita... 25cent je. Inilah yang terjadi bila kadar tukaran Ringgit Malaysia ke dollar Amerika mencecah RM4.00 untuk setiap $1.00.




Bagaimana nak edit terus website dari server dengan notepad++


Tempat saya bekerja tidak menyediakan software cpanel. Leceh nak kena download, edit upload melalui SFTP. Google-google, jumpa la tips macam mana nak buat.

Aku dapat dari sini:
http://www.pcmech.com/article/edit-files-live-via-ftp-with-notepad-how-to/

Notebook vs Netbook vs Tablet

Satu hari ini ada pensyarah datang jumpa saya bertanyakan tentang komputer jenis mana yang boleh dia beli. Dia nak guna komputer ni untuk membuat kajian (research).

Hari ini komputer ada beberapa jenis, untuk pensyarah itu, dia boleh pilih dari beberapa jenis ini
  1. Desktop PC = Komputer Peribadi
  2. Laptop Notebook = Komputer riba
  3. Netbook
  4. Ultrabook
  5. Tablet

Desktop PC
  • Ini jenis komputer yang ada atas meja pejabat. Jenis yang orang beli pada 1990-an hingga pertengahan 2000-an. 
  • paling bagus untuk buat kerja
  • lebih berkuasa berbanding notebook dan tablet (pada harga yang sama)
  • lebih murah berbanding notebook dan tablet (pada power yang sama)
  • sukar dibawa merata

Laptop Notebook
  • Antara sebab wujudnya notebook ini adalah apabila adanya keperluan untuk buat kerja luar waktu pejabat, dan membawa kerja merata-rata
  • bagus untuk buat kerja
  • kurang berkuasa berbanding desktop (pada harga yang sama)
  • mahal berbanding notebook (pada power yang sama)
  • mobiliti tinggi

Netbook
  • Netbook ni ibarat laptop kecil, dengan benda yang paling cokia dan murah.
  • Walaupun idea ni dah lama wujud, tapi bila Acer Eee-PC laku di pasaran, maka syarikat2 IT lain pun berlumbalah buat netbook.
  • Komputer pertama kebanyakan orang pada 2005-2010 (sebab murahnya netbook, maka muncullah idea nak bagi netbook kat rakyat).
  • tak bagus untuk buat kerja
  • tidak berkuasa berbanding notebook
  • murah berbanding notebook
  • mobiliti: lebih kecil dan lebih ringan

Ultrabook
  • Bila orang nak power macam PC dan ringan macam netbook, maka munculnya ultrabook
  • masalahnya dengan ultrabook ni, ianya mahal berbanding notebook biasa
  • orang biasa (macam saya) paling kuat pun mampu beli notebook je

Tablet
  • Tablet pertama tidak dicipta oleh Apple. Bahkan saya memiliki tablet-PC keluaran HP. Saya memiliki touch screen lama sebelum Microsoft mengeluarkan Windows 8.
  • Bila Apple berjaya dengan iPad, maka syarikat IT sekali lagi berlumba membuat macam iPad, menggunakan OS Google Android yang percuma.
  • Kini sudah ada tablet yang lebih murah, maka orang dah tak beli netbook

So since pensyarah tadi kata dia nak buat untuk research yang biasa-biasa pakai Microsoft Office jer, so... saya sarankan beli NOTEBOOK biasa-biasa di kedai. Yang jenis RM1,500 hingga RM2,000 pun dah OK dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...