My College Fund

Afdlin Shauki: Papadom vs Setem

vs
AKu dah menonton filem Papadom dan kemudiannya Setem. Pada ketika blog ini ditulis, filem Setem telah ditayangkan manakala filem Papadom masih lagi belum direlease ke pawagam.

Secara perbandingan jenaka-jenaka Afdlin Shauki lebih baik dalam Papadom berbanding filem Setem... Berbaloi menonton Papadom. Gandingan Afdlin dan Norkhairiah memang mantap.

So pergilah tengok...best... bawak family sekali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009



Assalamualaikum wmt. wbr.



Di kesempatan sempena Ramadhan dan Syawal yang akan menjelma, saya menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau membuatkan anda tersinggung selama kita mengenali sesama kita. Harap halalkanlah makan dan minum saya, dan yang terambil, dan terhutang. Moga Ramadhan ini membersihkan segala segala kesalahan kita.

S E L A M A T . H A R I . R A Y A
M A A F . Z A H I R . B A T I N

Terima kasih kerana membaca blog ini, dengan ini saya dengan suka hatinya memberikan duit raya sebanyak satu dollar BPS


sudi-sudilah mencetak

Balik Kampung oh oh oh! - gambar dari rezdrake.blogspot.com
Bagi yang balik kampung tu hati-hati bila memandu di jalan raya... Kalau mengantuk, berhenti di RnR dan tidur...



Yang kumpul duit banyak tu... ingat-ingat la aku kat sini, huloq seikat RM5 kat aku cukup la.. hehe

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Berbuka Unusual

Dah amalan unusual. Berbuka pun kena unusual la kan? Tak semestinya, tapi dah rezeki la katakan.

Minggu lepas aku dijemput berbuka puasa di Hotel Equatorial. Kena bayar RM78 setiap seorang, yang masuk perut, sikit jer.

Beberapa hari selepas majlis, duit aku dipulangkan. Dengar cerita ada la hamba ALLAH yang sedekah belanja... ...maybe dia belanja aku aje kot... hmm tak tau la... Terima Kasih.
.
.
.
.
.

yang hadir...


...yang dikenakan...


Bergambar kenangan (gambar aku jugak yang takdak...)



APEX University Business Unusual, Ramadhan: Amalan Unusual


APEX University: Business Unusual
Ramadhan al-Mubarak: Amalan Unusual

Itulah tajuk sempena tazkirah Ramadhan yang telah diadakan di PPKT baru-baru ini.


Tazkirah tersebut telah diadakan di Bilik Seminar (a.k.a. bekas bilik rezdrake kerja, makan, tidur, study, 'beriadah' dan macam-macam history rezdrake dalam sini)

Tazkirah Ramadhan PPKT

  APEX university: Business Unusual, Ramadhan al-Mubarak: Amalan Unusual
 
Posted by Picasa

USM di perlawanan akhir piala FAM

Ramai yang tanya gambar perlawanan akhir Piala FAM 2009 antara USM vs Pos Malaysia. jadi di sini saya sertakan sedikit gambar.

Lihat juga previous pos tentang match ini yang saya tulis beberapa bulan lepas.


Kesebelasan utama USM semasa final match menentang Pos Malaysia


Inilah barisan penyokong pasukan USM


Sebelum perlawanan & Separuh Masa penyokong USM dok relax aje la...


...tapi masa lawan... fuhh... semangat...


Team USM berbaju merah, berhempas pulas defend dan attack. Keeper pun cemerlang menepis serangan Pos Malaysia.


Last-last Pos Malaysia jugak yang menang dengan 1 gol, hai... melayang RM60,000
(gambar ini hampir sama dengan gambar di Akhbar Kosmo! Online)

Lagi gambar di Picasa

Kelab PPKT ehem-ehem di Tupah Merbok


Kelab PPKT telah ehem-ehem... menganjurkan satu aktiviti sumbang bakti. Aktiviti ini tercetus apabila keputusan untuk mendermakan 30 buah PC terpakai kepada Pusat Giat Ilmu Merbok yang diusahakan oleh seorang pesara USM, iaitu Pak Su Ramli. Memandangkan bulan Syawal akan menjelma, Kelab telah mengumpulkan baju2 baru dan terpakai dari ahli2 yang ingin menyumbang dan telah menghantar semua hasil sumbangan pada 10 September 2009.

Merbok ni area-area dekat dengan Tempat Perkelahan Tupah yang infamous tu...

Untuk lebih lanjut, silalah ke blog ini

Minggu ICT PPKT 2009

PPKT telah mengadakan Minggu ICT 2009. Sempena minggu ini PPKT telah menjemput beberapa staf dan syarikat teknologi untuk memberikan 'tech talk' dan 'technology update'.


En. Abdul Rashid menyampaikan cenderahati kepada penceramah, En. Zamri


Wakil Maxis membuat demonstrasi iPhone 3GS kepada pengunjung


PPKT juga turut mengadakan kelas komputer amal dengan mengadakan kelas produktiviti pejabat dan membina laman blog kepada AJK Masjid dan pelajar sekolah.



Encik Ruzaimi berkongsi teknik-teknik rahsia perisian produktiviti pejabat, manakala En. Syahril sedang melayan pertanyaan peserta


En. Mohd. Razif sedang berkongsi rahsia blog-blog yang menarik

Simple Connection to Sybase with PHP

click here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...