My College Fund

19,306 Tonton Live Youtube Sambutan Ambang 2014 bersama Ustaz Azhar Idrus di Butterworth


Hmm tahun baru ni malas la pulak nak jalan-jalan. Nak pergi sambut Ambang 2014 pun malas nak drive... eh ada siaran langsung di youtube? hehe ini sudah bagus, tak perlu nak susah-susah parking...

Pada event tersebut, selain pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, turut menyerikan majlis adalah...
  • Ustaz Syed Nurhisyam
  • Kumpulan Shiro (pelakon filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang)
  • Kumpulan nasyid SAUJANA
  • Hafizh Shahrin, pelumba antarabangsa Moto2
  • Syamsul Yusof, Pengarah Terbaik, Penyunting Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 2010 - KL Drift 2
  • Mohd Pierre Andre, Pelakon dan Pengarah Filem

Anda boleh tonton LIVE di sini ... terima kasih kerana ZonKita ZonKuliah


kutip derma dapat RM6,000* sebulan


Sinar Harian muka surat 21 hari ini menceritakan tentang bagaimana mereka menyamar sebagai pemungut derma dan berjaya 'menipu' RM75 dalam masa dua jam sahaja.

Hasil pengiraan saya, sekiranya perkara tersebut dilakukan selama 8 jam sehari, 24 hari sebulan, kutipan yang disasarkan dapat dikumpul adalah sebanyak RM7,200.

Cuba bandingkan RM7,200 dengan gaji sebulan anda. Saya tutup di sini untuk anda membuat kesimpulan sendiri.

Fakta:
2 jam = RM 75
jadi, 1 jam = RM 75 / 2 = RM 37.50

Teori:
Sehari:
Orang biasa bekerja 8 jam sehari (tidak termasuk 1 jam rehat)
RM 37.50 x 8jam = RM 300/hari

Seminggu:
Orang biasa bekerja 5 hari seminggu (tidak termasuk 1 jam rehat)
RM300 x 5 = RM 1,500

Sebulan:
Dalam sebulan, minima ada 4 minggu.
RM1500 x 4 = RM 6,000

Setahun:
darab 12 bulan
RM 6,000 x 12 = RM72,000

Tips berjimat 2014

Assalamualaikum, wmt wbr...

1 Januari 2014 nanti, banyak benda bakal naik. Kerajaan telah mendengar keluhan rakyat, dan malam tadi Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah penjimatan untuk sektor awam.

Selain itu, di sini saya berikan sedikit tips berjimat untuk menghadapi 2014. Maaflah, tulis main point je. (nak kena pulun siapkan kerja akhir tahun, sorry)

MAKAN DAN MINUM
  • orang kata masak di rumah menjimatkan, sebagai contoh, ada rakan sekerja saya suka makan Subway. Beliau tidak membeli di Subway, sebaliknya beliau ambil inspirasi dari subway dan buat sendiri sandwich beliau di rumah.
  • Bandingkan harga, beli yang murah. Menakjubkan, dengan tawaran yang dibuat oleh restoran makanan segera seperti KFC dan McDonalds, anda akan dapati set menu mereka lebih murah daripada yang dijual di restoran nasi kandar.
  • Beli di kedai yang menawarkan Menu Rakyat 1 Malaysia. Pada mula diperkenalkan, Harga makanan MR1M adalah: RM2.00 untuk Sarapan Pagi dan RM4.00 untuk Makan Tengah Hari ... Senarai restoran yang menawarkan MR1M boleh didapati di sini -- http://www.kpdnkk.gov.my/menu-rakyat-1malaysia
ASTRO
  • kaji balik penggunaan astro anda, anda mungkin tidak menonton pakej-pakej mahal. Mungkin anda boleh potong ke pakej terendah. Contohnya, jika anda selalu menonton bolasepak di kedai mamak, hinggakan tidak menonton di rumah, jadi apa perlunya pakej bolasepak?
MINYAK DAN PENGANGKUTAN
  • Mungkin boleh bertukar kepada motor atau naik basikal.
  • Ada rakan saya menambah tangki gas petroleum. Menurut beliau penggunaan gas menjimatkan kos pengangkutan.
  • Penggunaan kereta hybrid juga dapat menjimatkan minyak. 
  • rancang perjalanan.
    • rancang perjalanan anda untuk buat banyak persinggahan dengan satu perjalanan.
ELEKTRIK
  • tahukah anda yang bil elektrik anda jadi PERCUMA jika bil bawah RM20.00? Well ni zaman Pak Lah lagi dah kerajaan umumkan. Apa kata cuba jimatkan elektrik dengan off mana-mana yang tak perlu.
  • Saya berjaya kurangkan bil elektrik rumah saya kepada bawah RM20 sebulan. Nak tahu apa rahsianya? Saya tukarkan pemanas air 24jam dengan cerek elektrik biasa. 
  • menurut Encik Ruzaimi, plag elektrik yang telah dimatikan tetapi tidak dicabut juga menggunakan sedikit elektrik

TELEFON DAN INTERNET MUDAH ALIH
  • kini semakin banyak telco menawarkan komitmen rendah. Kini caj telefon yang tinggi sudah tidak memberi kesan kepada pengguna, asalkan internet rendah... jika anda tidak mengambilkira caj internet, anda kini boleh telefon dan SMS dengan PERCUMA menggunakan aplikasi seperti BBM, Line, Whatsapp, dan WeChat)
  • gunakan MIFI. ... menggunakan MIFI anda boleh berkongsi internet anda kebiasaannya hingga 5 peranti (jadi anda tak perlu ada 5 simcard yang ada internet). 
    • Sebagai perbandingan, sekiranya ada membayar internet minimum RM30 untuk 5 simkad (dan katalah telco tu bagi 1GB utk RM30), anda kena topup RM150 ... tetapi dengan satu simkad, ada boleh dapat 5GB dengan harga RM68 (amat beza dengan RM150 kan)
  • Ada telco bagi internet percuma, walaupun perlahan... sekurang-kurangnya cukuplah untuk anda whatsapp/twitter/facebook dari telefon low-end anda.
    • malah kini ada telco bagi 1GB internet laju PERCUMA setiap kali top-up.

Harga Ais bakal naik mulai 1 Januari

Harga bagi ais tiub (yang boleh dimakan - ais yang anda dapat bila memesan minuman di restoran) bagi seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal dinaikkan 50sen setiap bag atau RM2.50 setiap bongkah besar.

Kenaikkan terpaksa dilakukan kerana pengusaha dikatakan tidak mampu lagi menyerap kenaikan kos elektrik, minyak disel, implementasi gaji minima, dan lain-lain kos.

Pada pandangan saya, selepas ini harga minuman sejuk bakal naik.

jom pergi seminar keusahawanan di PenBEX

Assalamualaikum. Minggu ni korang buat apa? Kalau takde apa-apa bolehlah ke PenBEX. Bagi yang nak memantapkan perniagaan bolehlah menyertai seminar pembangunan keusahawanan yang diadakan.


23 Disember - Hari Terbuka PKS / Micro SME Open Day
24 Disember - Bengkel Pembungkusan dan Penjenamaan & Seminar Persijilan Halal Malaysia
25 Disember - Langkah Pertama Menuju Keusahawanan
27 Disember - Pembentangan Rancangan Perniagaan oleh peserta dari Politeknik Seberang Perai
29 Disember - Seminar Keusahawanan Global (Laluan Jutawan)


Sedang anda berada di sana, silalah datang ke booth BizClub yang bersebelahan dengan dengan booth RTM (Mutiara FM)

Borang 'kertas' dan borang online BR1M 2014


Permohonan BR1M 2014 secara online telah dibuka hari ini (23-1-2014). Tapi bagi yang tidak berapa pandai dalam komputer, jangan risau... kerajaan perihatin dan menyediakan borang 'kertas' untuk anda cetak.


Borang kertas BR1M 2014 boleh dimuaturun di sini:
https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Borang%20Permohonan%20BR1M%202014.pdf

Bagi yang celik IT, anda boleh mengisi borang BR1M anda di sini:
https://ebr1m.hasil.gov.my

PenBEX - Ekspo Usahawan Bumiputera di Koridor Utara - mai dah...


Ekspo usahawan bumiputera terbesar di koridor utara, iaitu PenBEX kini kembali, dan untuk tahun kedua di tapak rasmi di DTU Kubang Menerong, Tasek Gelugor selama 9 hari bermula Sabtu 21hb hingga 29hb DISEMBER 2013.

PenBEX merupakan singkatan bagi Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (Penang Bumiputera Entrepreneurs Expo). PenBEX dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) sebagai platform tahunan untuk usahawan Bumiputera memasarkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

Kalau dah boring mai Pesta Pulau Pinang, boleh la mai sini...









Peta ke Dataran Transformasi Usahawan, tempat berlangsungnya PenBEX

Siti Nurhaliza dan 10 lagi menang Anugerah ICT NEF-Awani 2013


Kuala Lumpur - Dato' Siti Nurhaliza dan 10 agensi/individu lagi telah memenangi Anugerah ICT NEF-Awani 2013.

bersama pemenang Anugerah ICT NEF-Awani 2013


untuk kawan-kawan yang selalu kata muka saya sama macam Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ... hah! OK, sekarang... sama tak?


post award party

Selain daripada Dato' Siti Nurhaliza, 10 lagi pemenang berjaya memenangi anugerah dalam kategori masing-masing. Berikut adalah antara senarai pemenang yang mengungguli kategori masing-masing. Majlis Anugerah ICT NEF-Awani berlangsung malam tadi.

Anugerah Khas Tun Dr. Mahathir:

  • Azrul Rahim

Usahawan Bumiputera Anugerah ICT NEF-AWANI dalam kategori ICT:

  • Perisian Terbaik: ETicketing.my, Energetic Point Sdn Bhd
  • Penyelesaian ICT Terbaik Untuk SMEs: OfficeCentral, Authentic Venture Sdn Bhd
  • Animasi/Permainan Terbaik: Giggle Garage Sdn Bhd (Origanimals TV Series 3D Animation)
  • Aplikasi/Kandungan Telefon Mudah Alih & Media Baru Terbaik: SARTAMS 5.5, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Business
  • Usahawan ICT Muda/ Startup Terbaik: Sonnebaum Sdn Bhd (Lagisatu Travel Sdn Bhd)
  • Perniagaan e-Dagang Terbaik: Sonnebaum Sdn Bhd (Lagisatu Travel Sdn Bhd)
  • Usahawan ICT Wanita Terbaik: Madcat World Sdn Bhd

Pemenang Kategori Pilihan Ramai adalah:

  • Penyelesaian e-Servis / e-Kerajaan Pilihan Ramai: Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Perbankan Dalam Talian Pilihan Ramai: Maybank2u.com
  • Portal/Blog Hiburan Pilihan Ramai: Rotikaya.com
  • Selebriti@ICT Tempatan Pilihan Ramai: Dato' Siti Nurhaliza
  • Syarikat Telekomunikasi Pilihan Ramai: Telekom Malaysia (TM)
  • Komuniti Dalam Talian Tempatan Pilihan Ramai: BoBoiBoy


Gunting Rambut percuma di Pulau Pinang

Balik Pulau, - Musim persekolahan yang bakal bermula ni, perihatin dengan beban ibu bapa dalam persekolahan anak-anak, ada pihak yang sudi memberi gunting rambut percuma.

Usaha yang dijalankan oleh ADUN Pulau Betong, Sr. Hj. Muhamad Farid Hj. Saad dengan kerjasama Pusat Giat MARA Balik Pulau merupakan satu inisiatif yang baik dalam membantu mengurangkan beban persekolahan.

Program diadakan pada Khamis 19 Disember 2013, jam 10:30 pagi hingga 2:30 petang di Pusat Khidmat KADUN Pulau Betong.

Bantuan RM2500 Dari KWSP Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Ramai! Sebarkan!


Kematian memang menyedihkan, apatah lagi kepayahan kepada keluarga si-mati yang terpaksa menguruskan kematian tersebut. Tahukah anda, yang KWSP menyediakan bantuan kematian berjumlah RM2500>

Berikut adalah petikan dari Laman web KWSP.

Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran Kematian dibuat. Bayaran kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli adalah mengikut budi bicara KWSP. Jumlah Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian;
  • Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian ahli.

Maklumat ini saya dapat daripada http://networkedblogs.com/S27gs melalui faxcebook HazamaKazama

StartupMalaysia D-Code Tech It Up ajar guna ICT untuk memantapkan perniagaan

Ahad baru-baru ini saya telah ke Kuala Lumpur menghadiri StartupMalaysia.org D-Code Tech It Up. Seminar ini diadakan di Universiti Tun Razak (Unirazak), Kuala Lumpur. 

D-CODE "Tech it-Up" merupakan bengkel satu hari yang diadakan sebahagian daripada inisiatif D-Code. Matlamat bengkel ini adalah untuk membantu perniagaan untuk mengadaptasikan teknologi yang meliputi penggunakan aplikasi online percuma, demonstrasi bagaimana menggunakan aplikasi-aplikasi ini untuk mempertingkatkan operasi perniagaan, kursus-kursus online percuma, dan bagaimana menggunakan media social untuk pemasaran perniagaan.

Oleh kerana malam sebelumnya saya terlepas tren (Putra LRT dan KTM Komuter) dan terpaksa menetap di hotel yang jauh, pagi tersebut saya terlepas sesi...
  • Inspirational Talk “How Technology Can Boost Your Small Business” by Evan Tan, Regional Director for Southeast Asia, Freelancer.com
  • Benefiting Free Tools from Google by Marcus Foon, Founder, Google Business Group (Malaysia)
  • Virtual Meetings – Get more done FOC by Evelyn Samuel, Manager, Google Business Group (Kuala Lumpur)
Walaubagaimanapun, saya sempat mendengar tentang
  • Reduce admin costs with Google Apps by Lingesh Sathasivam, Trainer for Google Web Academy & Founder of Google Business Group (Kuantan)
  • Leverage Social Media by Marcus Foon, Founder, Google Business Group (Malaysia)
  • Free Online Learning by Wemel Cumavoo, co-founder & CEO, MyMobileUni.com

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web StartupMalaysia

bersama Edina Manuel, dari ZenMondays

foto bersama Marcus Foon dari Zocial Inc yang mencipta ZocialRank dan ZocialEye

Blogrrr 2013 - Himpunan Blogger terbesar di Malaysia?!


Tahniah .mynic kerana menganjurkan BLOGRRR, sebuah acara BLOGRRR terhebat sebelum 2013 melabuhkan tirainya.

Whooh! penat datang dari Pulau Pinang!

Hip hip horay Mynic

BLOGRRR bukan sahaja menarik ramai pengunjung, malah majlis perkongsian ilmu turut juga diadakan.

Selain itu, pekedai-pekedai online (atau lebih dikenali dengan blogshop) turut diberi peluang untuk membuka meja perniagaan online mereka di BLOGRRR.

Kemuncaknya penulis-penulis blog dihargai dengan penyampaian hadiah.

Senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my

Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
Best Personal Blog – Denaihati
Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
Best Blogshop – EightDesignsBoutique
Best IT and Gadget Blog – JomPHP
Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
Best Entertainment Blog – RotiKaya
Best Sports Blog – Sokernet
Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
Best Automotive Blog – Paultan

Sayang sekali, tak berjaya masuk ke Malaysia Books of Records... takpe, mungkin lain kali pihak penganjur boleh buat di Pulau Pinang... mungkin nak lagi best sekalikan dengan Blogfest.Asia

Pada pengakhirannya penulis-penulis blog dapat membuat rangkaian sesama kami disamping berkongsi teknik-teknik rahsia kejayaan masing-masing.

Jom saksikan antara gambar yang kameraku rakam.

Bergambar sempena kempen Restoran Thai Express

Thai Express Malaysia baru dibuka di The Mines, Seri Kembangan.

Apa yang dibuat oleh Restoran Thai Express merupakan satu cara menarik untuk meningkatkan kesedaran orang ramai atas jenama anda. Anda boleh buat kempen foto seperti mereka.

1. gunakan model yang berkaitan dengan perniagaan anda.
2. buat kempen di lokasi strategik
3. tangkap gambar pengunjung bersama model
4. minta pengunjung ambil gambar mereka di restoran Thai Express


untuk banyak lagi gambar-gambar kempen mereka (untuk idea perniagaan anda) kunjungi facebook Thai Express - Malaysia

Bina sendiri poster motivasi anda


Anda semua mungkin pernah tengok poster motivasi sebegini bukan? Sebenarnya anda boleh buat sendiri untuk paparan komputer di http://wigflip.com/automotivator

Selain download hasil kerja anda tadi secara percuma, anda boleh beli poster yang anda bina dengan harga berpatutan.

AutoMotivator is for making printable motivational posters or parody demotivational posters. You choose the picture, colors, and text, and we make your poster.

You can put the poster on your website, or even get a print for at http://wigflip.com/automotivator

Get Malaysian Business Online di YouTube

Get Malaysian Business Online (GMBO) oleh Google ini sedikit berbeza berbanding GMBO oleh SKMM. Free hosting dan domain yang Google punya dah tutup. tapi yang dapat RM1000 (melalui SKMM) tu masih belum tutup. Anda masih boleh isi borang untuk mendapatkan RM1000 online di http://gmbo.skmm.gov.my (hingga hujung tahun 2013 sahaja)




Promo GMBO





Kajian Kes GMBO menggunakan Google Market Place - kedaiummie.com.my





Kajian Kes GMBO menggunakan Google Market Place - byhandbyheart.com.my





Kajian Kes GMBO menggunakan Google Market Place - zeenithdivas.com.my





Kajian Kes GMBO menggunakan Google Market Place - livingquarterslaundry.com.my


Misi RM1,000,000 memperkasa ekonomi bumiputera

Syukur kepada Allah swt. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w...

Terima kasih kepada ibu dan (arwah) bapa yang telah membesarkan saya dengan kasih sayang...

Didikan guru-guru...

Sokongan adik-beradik dan keluarga...

Rakan-rakan...

Baru-baru ini saya dah berjaya menaiktarafkan perniagaan orang Melayu, Cina, dan India. Saya rasa happy dapat membantu mengupgrade perniagaan ceruk kampung rakyat. Kita telah tolong menaik tarafkan perniagaan ceruk kampung kepada perniagaan e-dagang antarabangsa. Saya bersama dengan geng-geng da ri BizCS telah membantu hanpir 1000 orang. Ini bermakna, kami telah berjaya menolong mengagihkan RM1,000,000 kepada setiap perniagaan, dengan setiap perniagaan menerima RM1000 setiap seorang. Dana RM1000 diagihkan terus ke dalam akaun bank penerima oleh SKMM.

Kampung Bujang, Kedah memerupakan antara beberapa tempat yang telah dilawati untuk membantu meningkatkan ekonomi usahawan.
ini la contoh permohonan yang berjaya

Yang tak dapat tu bukan pasal apa... malas nak buat laman web dan register

Gambar hiasan: bersama bakal MB Kedah


Orang lain dapat RM1000, aku dapat nasi lemak dan kopi-O ja...

Onlinekan perniagaan anda dan dapat 'BR1M' RM1000

Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan geran RM1000 kepada usahawan untuk upgrade perniagaan mereka dari perniagaan tradisional kepada perniagaan online. Program ini dinamakan Get Malaysian Business Online atau GMBO.

Apa itu GMBO?

Ni saja nak kongsi ni, bukannya aku dapat duit apa pun...

Senang cerita GMBO ni BR1M untuk peniaga ... ye, BR1M, bukan pinjaman... duit bagi terus... OK kalau tak faham lagi kalau BR1M yang korang dapat tu korang kena bayar balik tak? tidak bukan!

Kalau tak percaya ni bukti...

Contoh: Permohonan Geran RM1000 yang telah diluluskan oleh SKMM

Contoh: Screencapture akaun Maybank blogger Ariff Shah yang telah menerima RM1000 dari SKMM
Untuk maklumat lanjut, baca di sini . Tapi kalau malas jugak tak mahu nak ambil tahu, hmm tu tak boleh nak buat apa la... orang nak bagi duit pun tak mau.

Rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia dibuka semula

Wow rebat RM200 yang telah ditutup kini dibuka semula...
poster Pakej Komunikasi Belia
klik untuk muat turun poster PDF
    Berikut adalah petikan dari laman sesawang SKMM

    PEMBERITAHUAN

    SKMM ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Pakej Komunikasi Belia (PKB) akan diaktifkan semula pada 26 September 2013. Pendaftaran kali ini hanya boleh dilakukan melalui wakil-wakil penjual yang dilantik syarikat telekomunikasi.

    Pendaftaran dalam talian PKB telah ditutup beberapa minggu lalu kerana ia telah mencapai kuota yang ditetapkan iaitu 1.5 juta belia. Namun, setelah pengiraan semula, didapati masih ramai yang tidak menebus rebat RM200 tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

    Mana-mana rebat RM200 yang tidak ditebus akan dimasukkan semula ke dalam jumlah besar 1.5 juta rebat untuk diagihkan semula kepada pemohon lain. Pemohon yang telah tamat tempoh sah rebat boleh terus memohon semula pada 26 September 2013. Setiap permohonan rebat RM200 yang telah lulus harus ditebus dalam masa dua minggu dari tarikh kelulusan permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

    PKB telah diputuskan dalam Bajet 2013 oleh YAB Perdana Menteri dan ianya akan terus berjalan sehingga 1.5 juta belia mendapat manfaat daripadanya seperti yang dijanjikan.

    Tolong orang dapat RM1000

    Dengan kepandaian IT, saya dah berjaya menaiktarafkan perniagaan orang Melayu, Cina, dan India. Perniagaan ceruk kampung yang telah berjaya dinaiktarafkan kepada perniagaan e-dagang antarabangsa, menerima RM1000 setiap seorang.

    Kampung Bujang, Kedah memerupakan antara beberapa tempat yang telah dilawati untuk membantu meningkatkan ekonomi usahawan.
    ini la contoh permohonan yang berjaya

    Yang tak dapat tu bukan pasal apa... malas nak buat laman web dan register

    Gambar hiasan: bersama bakal MB Kedah


    Orang lain dapat RM1000, aku dapat nasi lemak dan kopi-O ja...

    Bagaimana nak ada e-mel Google GMail (How to open GMail account)

    Salah satu akaun e-mel percuma yang popular adalah Gmail oleh Google. Google membuka perkhidmatan ini (pada mulanya, atas jemputan sahaja) pada 1 April 2004 dengan kalpasiti e-mel permulaan sebanyak 1 GB (gigabyte/gibibyte GiB). Dengan 1GB, Google menawarkan storan lebih kurang 200 kali ganda daripada pendahulu e-mel percuma (beriklan) ketika itu, iaitu  Hotmail.com dan Yahoo.com yang hanya menawarkan sehingga 5 MB (megabyte/mebibyte MiB) storan. Oleh kerana pengumuman tersebut diumumkan pada 1 April 2004, ramai yang menganggap ia adalah jenaka April Fool dari Google (Google hingga kini membuat pengumuman April Fool setiap tahun).


    Selain dari menggunakan e-mel. Membuka akaun Gmail ibarat adalah akaun google yang lain. Ia ibarat pintu masuk kepada perkhidmatan Google yang lain seperti Youtube, Blogger, dan perkhidmatan buat duit Adsense.

    Mari kita mula belajar buat e-mel Google.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...