My College Fund

Alhamdulillah, masuk surat khabar

Assalamualaikum wmt. wbt.

Di kesempatan ini, saya nak beritahu penafian sedikit: Saya ni taklah pandai sangat, tapi ilmu yang ada tu saya kongsilah sedikit bersama. Segala puji bagi Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kelebihan yang ada ini adalah dari Kekuasaan Allah, dan kekurangan itu datang dari kelemahan saya.

Alhamdulillah, baru-baru ini, pada 4 Januari 2016, iklan saya masuk dalam akhbar Berita Harian. Tak ada apa yang perlu dibanggakan sangat. Perniagaan sambilan saya ni masih lagi berskala mikro, atau kata orang kecil-kecilan sahaja.

Sebenarnya saya dapat masuk ini adalah kerana New Straits Times Press (NSTP) ada buat promosi pada bulan lepas. Saya diberi diskaun yang sangat murah oleh NSTP. Tapi diskaun ini untuk yang ada perniagaan sahaja. Dan saya hanya perlu berikan bukti dengan mempuyai cop yang mempunyai nama syarikat dan nombor SSM. Saya berjimat (senang cakap) RM3000* ringgit!
iklan di Berita Harian 4 Januari 2016 muka 39
Sama juga pada tahun 2013, saya telah diberi geran perniagaan online RM1000. Selain daripada dikenakan syarat-syarat lain, saya perlu membuktikan saya berniaga. Yang bestnya, saya cuma diminta nombor pendaftaran SSM sahaja sebagai bukti. Tak payah fotostat sijil SSM, tak payah penyata bank.

Kalau saya tidak mendaftar SSM yang memang wajib itu... tak berpeluanglah merasa jimat dekat RM4000.

Sekian terima kasih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...