My College Fund

No.1 - Malaysia mempunyai perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik dunia?

pelajar jururawat 1998 - oleh Rizman Suzaidi / Jururawat.net (boleh salin percuma dengan menyertakan teks Rizman.net dan/atau Jururawat.net)

Dalam banyak-banyak negara yang mempunyai perkhidmatan kesihatan terbaik dunia ini, cuba teka negara kita terletak nombor mana?

Artikel dari laman web TV amerika, CNBC menyatakan bahawa laman web International Livings mengeluarkan senarai 4 negara yang mempunyai perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik dunia pada tahun 2017!

Dan tidak disangka-sangka mereka meletakkan Malaysia di Nombor 1!!!! (ape pulak corot... nombor satu weh! nombor satu!)

Antara (terjemahan) dari yang ditulis adalah:

"Malaysia mempunyai beberapa doktor-doktor terbaik di Asia. Majoriti daripada mereka mempunyai kelulusan dari Amerika Syarikat, Australia, atau UK. Malahan, kesemua mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini mengurangkan banyak tekanan (tekanan tambahan dari segi bahasa) dari keadaan (pesakit) yang memang tertekan (dengan kesakitannya)."

"Pada 2016 Malaysia telah dikunjungi oleh lebih daripada 1,000,000 pelancong perubatan dari seluruh dunia, satu angka yang tertentu meningkat pada tahun 2017."

Dalam Indeks Persaraan Global 2017, Malaysia menerima 97 mata mengalahkan Columbia (96), Costa Rica (94), Mexico (91), Filipina (90) & Thailand (90) dalam bidang penjagaan kesihatan, manakala secara keseluruhannya Malaysia berkedudukan No.6 sebagai 'syurga' persaraan (tempat terbaik untuk bersara) 2017.

Sudah tentunya sokongan dari jururawat dan team paramedik yang lain turut menyumbang kepada perkara ini. Tahniah kepada doktor, jururawat, pasukan paramedik, dan lain-lain kerana meletakkan nama negara di NOMBOR SATU_!!!!

Matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk menjadi 20 terbaik kini telah tercapai!

RM215,000 - nilai sponsor website

Sebuah kelab bolasepak negeri, Melaka United menerima penajaan perkhidmatan laman web bernilai RM215,000 dari Shekinah PR. Penajaan tersebut untuk semua perkhidmatan laman web, nasihat berkenaan media, dan lain-lain selama 3 tahun untuk kempen Melaka United dalam kancah liga bola di Malaysia.

keratan akhbar dari Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...