My College Fund

Jutawan Internet Bongkar Rahsia 3P Memulakan Perniagaan Online

Biasanya semasa hari-hari biasa, saya tidak dapat menonton televisyen waktu siang. Tapi ada suatu hari itu, saya pergi ke klinik mengambil ubat, semasa menunggu ubat itu, maka saya menontonlah Malaysia Hari Ini di TV. Menariknya pada masa itu mereka membincangkan tentang pendapatan online.

3p
Kemudian muncullah Irfan Khairi membongkar rahsia formula 3P permulaan perniagaan online:

3P tersebut adalah: produk, platform. dan promosi.

1. Produk
menurut Irfan Khairi, adalah lebih baik kita menjual produk yang kita minat nak jual. Produk dalam hobi kita. Ini kerana, lepas kita balik kerja, kita penat... jadi bertambah penat lah kalau buat benda yang kita tak minat.

2. Platform
Mulakan perniagaan mengunakan platform yang anda sedia tahu. Sebagai contoh anda memang dah reti guna media sosial, dan membaca blog. Takde la nak serabut kepala masa nak start berniaga sangat. Lepas sebulan, (seperti yang disyorkan Dr. Azizan Osman) cepat-cepat beli nama domain internet. KAWTIM.COM menyediakan pelbagai nama domain dan perkhidmatan lain pada harga kompetitif. Yang 'italik' ni saya saja tambah, iklanlah sikit.

3. Promosi
Menurut Irfan Khairi, Semasa promosi dalam media sosial, jangan asyik post jual produk je. Orang pun tak suka asyik suruh beli je kan. (Komen saya: nanti lama-lama orang, unfriend/unlike... jadi dah kurang pelanggan berpotensi).

Menurut Irfan lagi,
"Ramai yang bertanyakan saya, bahawa mereka telah menggunakan facebook, instagram dan lain-lain tetapi masih sukar mendapat pelanggan. Jawapannya adalah mudah. Teknik dan strategi promosi yang digunakan adalah tidak efektif. Malah ada yang hanya menjatuhkan kredibiliti perniagaan sendiri oleh kerana melakukan teknik yang tidak beretika (tanpa disedari)"
Itu sahajalah yang saya faham masa tonton TV itu. Rupa-rupanya Irfan Khairi juga ada berkongsi tentang 3P ini dengan lebih lanjut lagi di dalam blog beliau. Kalau ada point-point yang saya terlepas, anda bolehlah baca di blog beliau.

Sekian, terima kasih.

dotcom-kan perniagaan anda dengan kawtim.com

"Ingat saya ni Indon(esia) & Bangla(desh) ke?" - Dr. Azizan Osman diherdik pengguna media sosial


Seorang netizen mengherdik Dr. Azizan Osman di media sosial apabila Dr. Azizan mensarankan untuk mengambil upah memotong rumput, atau mencuci permaidani, atau membasuh kereta untuk menambah pendapatan.

Dr. Azizan menulis demikian kerana menyarankan agar memulakan perniagaan secara dengan modal kecil-kecilan.

Menurut Dr. Azizan, "Orang ini marah bila saya cakap berniaga boleh berjaya dan bermula dengan modal kecil."

"Mulakan apa yang mampu. Saya beri contoh, dia boleh mulakan dengan ambil upah potong rumput, cuci karpet, basuh kereta kerana ini semua perniagaan yang boleh mula tanpa modal besar", menurut Dr. Azizan.

"Ha, itu jawabnya. Apa, hina sangat ke kerja potong rumput?", tulis Dr. Azizan Osman.

Dr. Azizan kemudiannya menyertakan imbas skrin dari media sosial.


Rasanya tak salah kalau buat part time potong rumput. Lagipun halal, dapat duit, tak perlu pun nak modal tinggi. Silap-silap tak perlu modal pun.

Modal yang dikumpul, boleh digunakan membina perniagaan. Untung yang dapat adalah 100% untuk kita. Sekiranya apa-apa terjadi. tiada perlu membayar apa-apa hutang.

Bayangkan kalau meminjam untuk memulakan perniagaan, sama ada perniagaan untung atau tidak, kita perlu membayar kepada bank. Bukan sahaja dikenakan faedah, malah jika perniagaan gulung tikar, kita terpaksa menanggung hutang,
-

Naib Canselor UiTM ditanya 3 soalan oleh lelaki misteri

Filem Chowrasta telah mula ditayang di pawagam pada Disember tahun lepas, dan kini boleh ditonton di dalam siaran Astro First. Filem ini diinspirasi dari kisah YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid b. Abu Bakar, FASc, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Lazimnya kita akan beranggapan yang orang yang berjaya tidak pernah gagal peperiksaan, apatah lagi untuk seorang yang bakal menjadi Naib Canselor sebuah universiti di masa hadapan. Dalam filem tersebut, diceritakan bahawa Tan Sri Prof. Sahol Hamid pernah gagal peperiksaan semasa belajar di Institut Teknologi Mara (nama lama UiTM). Bagaimana beliau boleh gagal? Kalau nak tau kenalah tonton filem Chowrasta. Jangan beli yang cetak rompak yer.

Berbalik kepada pasal kejayaan beliau...

Dalam keadaan dok monyok dengan kegagalan, beliau telah didatangi oleh seorang lelaki misteri yang akhirnya bertanyakan tiga soalan ini kepada beliau:
  1. Solat 5 waktu tak?
  2. Sayang ibu tak?
  3. Adakah anda akan membantu yang susah jika berjaya?
Dengan dibantu oleh pensyarah berbangsa Tionghwa, Beliau diberikan peluang kedua. Akhirnya beliau kini berjaya dan kini menjadi Naib Canselor UiTM

Tiga Soalan Lelaki Misteri yang mendorong kejayaan Naib Canselor UiTM
Hamid (Chem Amar) memikir jauh tiga pertanyaan seorang lelaki misteri (Mazlan Tahir).
Adegan filem Chowrasta ini dirakam di hadapan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

--

Alhamdulillah, masuk surat khabar

Assalamualaikum wmt. wbt.

Di kesempatan ini, saya nak beritahu penafian sedikit: Saya ni taklah pandai sangat, tapi ilmu yang ada tu saya kongsilah sedikit bersama. Segala puji bagi Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kelebihan yang ada ini adalah dari Kekuasaan Allah, dan kekurangan itu datang dari kelemahan saya.

Alhamdulillah, baru-baru ini, pada 4 Januari 2016, iklan saya masuk dalam akhbar Berita Harian. Tak ada apa yang perlu dibanggakan sangat. Perniagaan sambilan saya ni masih lagi berskala mikro, atau kata orang kecil-kecilan sahaja.

Sebenarnya saya dapat masuk ini adalah kerana New Straits Times Press (NSTP) ada buat promosi pada bulan lepas. Saya diberi diskaun yang sangat murah oleh NSTP. Tapi diskaun ini untuk yang ada perniagaan sahaja. Dan saya hanya perlu berikan bukti dengan mempuyai cop yang mempunyai nama syarikat dan nombor SSM. Saya berjimat (senang cakap) RM3000* ringgit!
iklan di Berita Harian 4 Januari 2016 muka 39
Sama juga pada tahun 2013, saya telah diberi geran perniagaan online RM1000. Selain daripada dikenakan syarat-syarat lain, saya perlu membuktikan saya berniaga. Yang bestnya, saya cuma diminta nombor pendaftaran SSM sahaja sebagai bukti. Tak payah fotostat sijil SSM, tak payah penyata bank.

Kalau saya tidak mendaftar SSM yang memang wajib itu... tak berpeluanglah merasa jimat dekat RM4000.

Sekian terima kasih


Memulakan perniagaan: kelebihan mendaftar di SSM berdasarkan pengalaman saya.

Assalamualaikum. SELAMAT TAHUN BARU 2016!
Apa azam baru anda tahun ini? Tentunya ada daripada anda ingin menambah rezeki. Antara cara menambah rezeki adalah dengan berniaga. Dan antara cara perniagaan adalah dengan berniaga secara atas talian.

Saya terbaca di media sosial yang ramai antara netizen, terutamanya yang berniaga atas talian merungut apabila diwajibkan mendaftar dengan SSM.

Sebenarnya benda ini bukannya baharu, tapi sebelum online-online ni ada, memang setiap perniagaan sudah wajib mendaftar dengan SSM.

Bukannya mahal, bermula dari RM30 setahun je. Kiranya RM5 sebulan lah. RM30 tu untuk pendaftaran nama sendiri (nama anda bin/binti nama ayah). Tapi kalau anda nak nama glamer macam drama-drama korporat tu, anda dikenakan RM60 setahun. Contoh nama seperti Kaya Rich Enterprise, Kaya Rich Marketing, atau Kaya Rich Trading. Tapi untuk pendaftaran baru, tambahan RM10 (tahun pertama) dikenakan sekali sahaja.

foto dari http://ruzanaibs.blogspot.my/2014/12/5-manfaat-peniaga-online-berdaftar.html
Berikut merupakan kelebihan yang saya perhatikan:

Kelebihan #1 - Nama Unik
Bila anda mendaftar di SSM, nama perniagaan itu sudah menjadi milik anda, orang lain tak boleh register selagi yuran tahunan itu dibayar. Contohnya sekiranya anda mendaftar Kaya Rich Enterprise, orang lain tak boleh nak nama sama. Kalau mereka nak juga nama "kaya rich" tu, terpaksalah tambah jadi "Kaya Rich Marketing, atau "Kaya Rich Trading". Mungkin juga terpaksa tukar susunan ke "Rich Kaya", atau mengubah ejaan ke "Kaya Reach"

Kelebihan No 2 - Perniagaan Anda Lebih Diyakini
Dengan banyak penipuan di internet ni, pengguna menjadi takut membeli di internet. Pembeli tegar akan beralih kepada nama-nama besar yang lebih diyakini. Dengan mendaftar di SSM, anda menunjukkan kepada pengguna yang anda serius berniaga. Nama perniagaan, pemilik, dan alamat akan tersimpan di SSM. Jadi ada masalah, senang sikit penguatkuasa nak cari. Dengan mendaftar, sekurang-kurangnya pembeli rasa lebih selamat.

Kelebihan No 3 - Bukti perniagaan yang sah di sisi undang-undang
Antara benda yang kerajaan tanya bila bagi geran atau bank bila bagi punjaman perniagaan adalah sijil pendaftaran perniagaan dari SSM. Pendaftaran perniagaan di SSM adalah salah satu bukti yang anda berniaga. Jika tidak, anda sama je macam orang lain. Bank swasta mungkin memberikan borang lain (contohnya borang kad kredit, atau borang pinjaman persendirian / personal loan)

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang SSM ni, bolehlah layari FAQ laman web SSM di https://www.ssm.com.my/ms/faq-view

KAWTIM.COM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...