TEMPAH (RESERVE)
- Untuk menempah (reserve) kemaskini (upgrade) percuma anda, klik pada ikon Windows 10 yang terletak di sebelah kanan bawah dulang sistem.
- Sekiranya anda tidak dapat melihat ikon Windows 10, cuba jalankan kemaskini Windows (Windows Update). Pasang sebarang kemaskini yang disyorkan dan yang diperlukan Windows 7 atau Windows 8 PC anda. Sekiranya anda masih tidak dapat melihat ikon tersebut, sila dapatkan bantuan dari Microsoft (klik sini).
Right bottom corner of the desktop with a circle around the Windows icon - Setelah anda berada di dalam aplikasi Get Windows 10, klik “Reserve your free upgrade” dalam tetingkap aplikasi (app window).
- Masukkan e-mel anda jika anda mahu pengesahan tempahan ini.
- Windows 10 akan dimuatturunkan ke dalam peranti anda. Anda akan diberikan notifikasi apabila ia siap. Anda boleh membatalkan tempahan anda pada bila-bila masa. (Rujuk microsoft untuk maklumat lanjut (1))
KEMASKINI (UPGRADE)
Setelah anda membuat tempahan untuk memuat-turun Windows 10, anda akan diletakkan dalam senarai menunggu. Tunggu untuk pemberitahuan daripada aplikasi Get Windows 10 yang akan tiba dalam masa beberapa hari atau minggu. Setelah dapat, anda boleh menaik taraf serta-merta (atau pada masa yang sesuai).
NIKMATILAH WINDOWS 10 (ENJOY)
Anda kini mempunyai Windows 10 percuma. (tanpa perlu me-lanun)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan