My College Fund

Notebook vs Netbook vs Tablet

Satu hari ini ada pensyarah datang jumpa saya bertanyakan tentang komputer jenis mana yang boleh dia beli. Dia nak guna komputer ni untuk membuat kajian (research).

Hari ini komputer ada beberapa jenis, untuk pensyarah itu, dia boleh pilih dari beberapa jenis ini
  1. Desktop PC = Komputer Peribadi
  2. Laptop Notebook = Komputer riba
  3. Netbook
  4. Ultrabook
  5. Tablet

Desktop PC
  • Ini jenis komputer yang ada atas meja pejabat. Jenis yang orang beli pada 1990-an hingga pertengahan 2000-an. 
  • paling bagus untuk buat kerja
  • lebih berkuasa berbanding notebook dan tablet (pada harga yang sama)
  • lebih murah berbanding notebook dan tablet (pada power yang sama)
  • sukar dibawa merata

Laptop Notebook
  • Antara sebab wujudnya notebook ini adalah apabila adanya keperluan untuk buat kerja luar waktu pejabat, dan membawa kerja merata-rata
  • bagus untuk buat kerja
  • kurang berkuasa berbanding desktop (pada harga yang sama)
  • mahal berbanding notebook (pada power yang sama)
  • mobiliti tinggi

Netbook
  • Netbook ni ibarat laptop kecil, dengan benda yang paling cokia dan murah.
  • Walaupun idea ni dah lama wujud, tapi bila Acer Eee-PC laku di pasaran, maka syarikat2 IT lain pun berlumbalah buat netbook.
  • Komputer pertama kebanyakan orang pada 2005-2010 (sebab murahnya netbook, maka muncullah idea nak bagi netbook kat rakyat).
  • tak bagus untuk buat kerja
  • tidak berkuasa berbanding notebook
  • murah berbanding notebook
  • mobiliti: lebih kecil dan lebih ringan

Ultrabook
  • Bila orang nak power macam PC dan ringan macam netbook, maka munculnya ultrabook
  • masalahnya dengan ultrabook ni, ianya mahal berbanding notebook biasa
  • orang biasa (macam saya) paling kuat pun mampu beli notebook je

Tablet
  • Tablet pertama tidak dicipta oleh Apple. Bahkan saya memiliki tablet-PC keluaran HP. Saya memiliki touch screen lama sebelum Microsoft mengeluarkan Windows 8.
  • Bila Apple berjaya dengan iPad, maka syarikat IT sekali lagi berlumba membuat macam iPad, menggunakan OS Google Android yang percuma.
  • Kini sudah ada tablet yang lebih murah, maka orang dah tak beli netbook

So since pensyarah tadi kata dia nak buat untuk research yang biasa-biasa pakai Microsoft Office jer, so... saya sarankan beli NOTEBOOK biasa-biasa di kedai. Yang jenis RM1,500 hingga RM2,000 pun dah OK dah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...