My College Fund

GEORGETOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu satu-satunya universiti yang diberikan status Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex), akan menganjurkan Hari Terbuka USM selama tiga hari bermula Jumaat ini. Timbalan Pendaftar Pejabat Perhubungan Awam USM, Mohamad Abdullah berkata, program yang akan diadakan di Kompleks Eureka universiti itu bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat terkini berkaitan kemasukan ke institusi tersebut. "Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Matrikulasi, Diploma dan calon-calon di wilayah utara yang mengintai peluang untuk melanjutkan pengajian ke USM boleh menghadiri Hari Terbuka berkenaan mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata, USM turut menawarkan khidmat rundingan, permohonan aplikasi dalam talian dan taklimat kemasukan kepada orang ramai dan calon bagi kemasukan 2012-2013 sepanjang program berlangsung. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...