My College Fund

Najib batal SBPA, tapi COLA dan gaji naik


Perdana Menteri pagi tadi telah mengumumkan pembatalan SBPA dan menggantikan dengan Skim Saraan Malaysia yang ditambah baik (SSM+) muat turun di sini untuk teks penuh beliau.

Menurut beliau, dalam SSM+ penjawat awam 1-54 akan mendapat kenaikan 13% disamping kenaikan
tahunan sepertimana yang dicadangkan dalam SBPA iaitu dari RM80 - RM360. Guru-guru tetap mendapat kenaikan secara time based sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012. Dan kenaikan RM50 bagi mereka yang menerima COLA (kawasan B dan C, kawasan A tiada kenaikan RM50)

Ringkasan Pelarasan Gaji

  • Gaji naik
    • 13% = Gred 1 - 54 (kita semua)
    • 9% = Gred Utama C,B,A 
    • 8% = Gred Turus 3 & 2
    • 7% = Gred Turus 1 & KSN
  • Kenaikan Gaji Tahunan
    • Gred 1 - 54 => ikut SBPA (naik RM80 hingga RM320)
    • JUSA => kekal ikut SSM
  • COLA (Elaun Kos Sara Hidup)
    • Kawasan A = kekal RM300
    • Kawasan B = naik RM50 kepada RM250
    • Kawasan C = naik RM50 kepada RM150

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...