My College Fund

USM ke Liga Perdana


Kesebelasan utama Kelab Bolasepak Staf USM semasa final match menentang Pos Malaysia


(dari laman web USM)

PULAU PINANG, 21 Dis – Universiti Sains Malaysia (USM) muncul universiti awam pertama yang diberikan tiket untuk bertanding dalam kancah Liga Perdana, iaitu liga kedua tertinggi dalam saingan bola sepak negara selepas Liga Super.

Pemilihan USM melalui pasukan yang dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Staf USM (KBSUSM) dibuat berdasarkan kecemerlangan pasukan itu dalam aksi Liga FAM musim lalu yang menyaksikan KBSUSM muncul pasukan ketiga terbaik selepas Pos Malaysia dan Tambun Tulang.

Pengurus pasukan, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff berkata, pemilihan KBSSUSM untuk bersama 11 lagi pasukan dalam merancakkan lagi aksi Liga Perdana musim depan adalah satu pencapaian yang tidak diduga.

Katanya, KBSUSM yang dipilih Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) untuk menyertai Liga FAM musim lalu pada mulanya hanya mahu melakukan yang terbaik memandangkan peluang seumpama itu bukan mudah untuk diperoleh.

"Namun, setelah kita mula beraksi, keyakinan pemain-pemain kian bertambah dan pada akhir saingan kita berjaya merangkul kedudukan tiga teratas liga dan seterusnya diberi peluang beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

"Justeru, KBSUSM akan terus komited dalam mempersembahkan permainan bermutu bagi menaikkan nama universiti sebaris pasukan-pasukan hebat yang lain,’’ jelas beliau ketika ditemubual di USM, baru-baru ini.

USM bersama 11 lagi pasukan akan mengharungi 22 perlawanan dalam sainga Liga Perdana dan turut tersenarai beraksi dalam pertandingan Piala FA yang dijadualkan bermula awal tahun depan.

Antara pemain yang akan mewakili KBSUSM termasuk beberapa bekas pemain Liga Super Pulau Pinang seperti penyerang, Nor Affendi Md. Yatim dan Amirul Omar, bekas ketua pasukan, M. Prakash dan penjaring terbanyak Liga FAM untuk USM, Mohamad Baser Mahamad Napae.

KBSUSM akan dikemudi bekas jurulatih Pulau Pinang, S. Veloo dan dibantu dua lagi penolong jurulatih iaitu Rosli Ali dan K. Ramajayam.

Aksi pertama Liga Perdana di antara KBSSUSM menentang Pos Malaysia dijadualkan berlangsung pada 11 Januari depan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang (sebarang perubahan tertakluk pada pindaan FAM).

Pasukan lain yang turut tersenarai dalam Saingan Liga Perdana termasuk Sabah, Sarawak, Melaka, Felda United, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kuantan Port dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...