Salah satu akaun e-mel percuma yang popular adalah Gmail oleh Google. Google membuka perkhidmatan ini (pada mulanya, atas jemputan sahaja) pada 1 April 2004 dengan kalpasiti e-mel permulaan sebanyak 1 GB (gigabyte/gibibyte GiB). Dengan 1GB, Google menawarkan storan lebih kurang 200 kali ganda daripada pendahulu e-mel percuma (beriklan) ketika itu, iaitu Hotmail.com dan Yahoo.com yang hanya menawarkan sehingga 5 MB (megabyte/mebibyte MiB) storan. Oleh kerana pengumuman tersebut diumumkan pada 1 April 2004, ramai yang menganggap ia adalah jenaka April Fool dari Google (Google hingga kini membuat pengumuman April Fool setiap tahun).
Selain dari menggunakan e-mel. Membuka akaun Gmail ibarat adalah akaun google yang lain. Ia ibarat pintu masuk kepada perkhidmatan Google yang lain seperti Youtube, Blogger, dan perkhidmatan buat duit Adsense.
Mari kita mula belajar buat e-mel Google.
.
Buka pelayar laman web dan pergi ke http://www.gmail.com.
Anda akan nampak website Gmail lebih kurang seperti di bawah.
Klik pada create an account untuk buat akaun e-mel baru.
Google akan meminta anda mengisi maklumat. Isikan maklumat dengan tepat.
Masukkan nama.
Alamat e-mel gmail yang anda mahu.
Cipta kata laluan anda.
Ulangi kata laluan anda.
Isikan tarikh lahir anda.
Jantina anda.
No telefon bimbit anda ( tambahkan +6 di depan no telefon bimbit 01X anda)
Masukkan alamat e-mel anda yang sedia ada (kalau anda lupa password gmail, password akan dihantar ke emel ini)
Masukkan ejaan (tanggang terbalik) yang ditulis, ini untuk membuktikan anda adalah manusia.
Klik next step.
Secara rawak, Google akan menghantar kod pengesahan.
Masukkan nombor telefon anda,
kemudian pilih text message (SMS)
kemudian tekan Continue
seperti gambar di bawah
Apabila anda menerima sms daripada google, masukkan kod pengesahan tersebut dalam kotak yang di sediakan.
Kemudian, klik continue.
Akaun e-mel anda telah disediakan
Klik Continue to Gmail untuk Google memproses permohonan anda
Yeay! permohonan anda sedang diproses
Sekarang, sudah siap e-mel anda
Macam mana nak tutup e-mel?
(Dalam gambar di atas) Klik pada akaun emel anda (dalam contoh ini sipolan@gmail.com).
Kemudian akan ada kotak muncul di sebelah kanan atas (seperti gambar di bawah).
Klik Sign Out untuk keluar akaun (supaya orang lain yang guna komputer anda tak boleh masuk).
Hello there, There's no doubt that your web site could be having web browser compatibility problems. When I take a look at your web site in Safari, it looks fine, however, if opening in Internet Explorer, it's got some overlapping issues. I merely wanted to give you a quick heads up! Besides that, excellent site! See this site: The Ninja Guide To How To Lock Files Better.
BalasPadam