Permohonan PJJ USM boleh dibuat di sini.
Lain-lain tentang PJJ:
tel: 04-6533219
tel: 04-6533219
PERMOHONAN KE PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (PPJJ)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PENDAFTARAN
- Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my/ppjj yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
- Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor PIN PJJ USM [RM60] di mana-mana cawangan BSN.
- Nombor PIN PJJ USM juga boleh dibeli melalui kaunter BSN atau mesin ATM/Internet Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja).
- Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut :-
- No. Kad Pengenalan / Mykad / No.Tentera / No.Polis
- Kata Laluan (ciptaan sendiri 5-15 aksara)
- Nama Ibu
- Alamat emel yang aktif dan betul
- No.Pin PJJ USM
- Nombor Rujukan akan dipaparkan dan juga diemelkan setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.
PERMOHONAN
- Anda perlu Login menggunakan Nombor Rujukan yang telah diberi dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan jika anda terlupa kata laluan dan hubungi nombor 1 300 888 876 sekiranya terlupa Nombor Rujukan.
- Pemohon mesti mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda * mesti diisi untuk membolehkan pemohon pergi ke langkah seterusnya.
- Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon perlu klik ”SETERUSNYA>>” untuk ke langkah seterusnya.
- Sila Sahkan maklumat / keterangan / data pada permohonan yang diberikan adalah benar dengan klik pada butang [SETUJU] atau [TIDAK SETUJU]. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Setelah butang [SETUJU] di klik sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
- Sila cetak dua (2) salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Satu (1) salinan adalah untuk simpanan pemohon dan satu (1) salinan perlu dihantarkan bersama-sama :-
- satu (1) salinan MyKad
- satu (1) salinan sijil SPM
- satu (1) salinan sijil STPM (jika berkaitan)
- satu (1) salinan sijil Diploma (jika berkaitan)
- satu (1) salinan lengkap transkrip Diploma (jika berkaitan) dan
- dokumen-dokumen lain yang berkaitan ke alamat seperti dibawah :
SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 USM,
PULAU PINANG.
** NOTA :
Semua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
Sila nyatakan nama program yang dipohon di luar sampul seperti berikut :-
Contoh : PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (SAINS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan