My College Fund

Soalan Lazim SBPA telah dikeluarkan JPA ( SBPA FAQs )


Jabatan Perkhidmatan Awam telah mendengar dan meng-compile-kan jerit-perih, keluh-kesah, dan kebingungan rakan-rakan penjawat awam sekelian di dalam sebuah fail PDF yang boleh dimuatturun di SINI ... ye download soalan lazim (FAQ) SBPA di sini.

Bagi rakan-rakan FT17, soalan anda telah dijawab

Kenapa skim perkhidmatan Juruteknik Komputer tidak dinaik taraf ke kelompok kelayakan masuk minimum STPM seperti skim perkhidmatan Juruteknik walaupun memperuntukkan syarat kelayakan masuk sijil politeknik?

Skop fungsi tugas Juruteknik melibatkan tugas-tugas teknikal meliputi aspek pembinaan, keselamatan kenderaan/jentera, ubah suai bangunan serta kerja-kerja pemetaan yang memerlukan kelayakan masuk Sijil Politeknik. Manakala skop fungsi tugas Juruteknik Komputer pula adalah meliputi perkara-perkara seperti mengurus stor dan rekod alat ganti, membaik pulih tetikus atau pencetak, menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini dan melaksanakan instalasi program mengikut keperluan pengguna komputer yang mana ianya cuma memerlukan kelayakan masuk SPM. Walau bagaimanapun penyandang skim perkhidmatan Juruteknik Komputer yang mempunyai kelayakan Sijil Politeknik telah diperuntukkan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi.


Yang soalan-soalan lain bolehlah anda baca di dalam soalan-soalan lazim SBPA tu nanti ye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...