My College Fund

Program Merakyatkan Budaya & Festival Kesenian Rakyat di KADUN N38 Bayan Lepas




Program Merakyatkan Budaya & Festival Kesenian Rakyat ini telah diadakan di Tempat Letak Kereta Desaria Sri Merpati, Sungai Ara, KADUN N38 Bayan Lepas. Program 'kerajaan persekutuan' ini mendapat kehadiran yang menakjubkan. Tak pernah terfikir yang program sebesar ini diadakan di tempat seperti ini. Apa pun acara ini memang meriah, dengan bermacam bersembahan budaya dan diserikan lagi dengan artis jemputan Nasier Wahab.

Doa Awal Tahun 1430

Datang tahun baru. Memperbaharui azam yang lama



(klik gambar untuk yang lebih jelas)

Doa Akhir Tahun 1429

Berakhirnya 1429 dengan penuh pancaroba



(klik gambar untuk yang lebih jelas)

Aidiladha - 1 per 7


Sebuah surau di kampung ku turut mengadakan majlis korban. Korban untuk 1/7 bahagian lembu di surau tersebut = RM 330.00 . Daging lembu korban ni memang sedap, sebab fresh... berbanding daging beku yang banyak diimport

Aidiladha - Tukar tayar kereta


Masa aku balik raya korban baru ni kereta aku pancit kat lebuhraya. Nasib baik la aku sedar masa kat RnR, bolehlah paksa bawak kereta tu sampai ke stesen minyak. Tengok-tengok kat stesen minyak, tayar flat. terpaksalah tukar tayar. Bila nak tukar, ceh ellen key takde la pulak. terpaksalah telepon Plus Ronda. Anyway thanks kepada staf Plus ronda yang datang menolong.

Keesokkan harinya aku tukar tayar. Alahai kena tukar empat2 sekali. Hai kopak RM 550 aku. weh...

Since dah kopak nie, aku amiklah gambar. Tokeh Cina tu tanya tujuan aku amik gambar tu. Nasib baiklah perkataan 'blog' ni dah popular di kalangan masyarakat. Kalau ta jenuh la...

Shirt On - Fear Off


Despite ranking team nasional kita yang semua orang dah tahu. Website NikeFootball tetap power. Sebab website NikeFootball yang power nie, aku pun minat la kat team Malaysia.

Itulah kelebihan marketing! benda yang tak best pun nampak best

Spa Ikan di Pesta Pulau Pinang



Sedang penat2 jalan-jalan kat Pesta Pulau Pinang, ternampaklah aku Spa Ikan. Di situ kami dok relax sat rejuvenate kaki yang lenguh berjalan. Harga servis Spa Ikan ni RM 5.00 untuk 15 minit (Fish Spa kat sebelah Spa Ikan ni terpaksalah juga turunkan harga). Mula-mula tu rasa sakit gak, lama-lama rasa cam geli jer, tapi syurr... Since murah, kenalah juga bagi orang lain join dalam kolam kami nie... takleh nak conquer sorang-sorang.

Business Idea & Plan Competition



Earlier this month, Multimedia Development Corporation, MSC, with USM (tapi macam PPKT sorang je yang buat) telah mengadakan MSC Institute of Higher Learning Business Plan & Idea Competition peringkat Universiti Sains Malaysia.

Pasukan yang menang dalam pertandingan ini telah mempersembahkan pelan / idea mereka dengan OUTstanding, lancar (fluent), tanpa gagap. Ditambah pula dengan slaid persembahan yang amat menarik. Mereka yang menjenguk presentation pastinya dapat mengambil inspirasi apabila membuat pemsembahan impress/powerpoint kepada boss kelak.

I believe this team will bawa USM kepada kemenangan dalam Business Idea / Plan Competition peringkat nasional yang akan diadakan di KL kelak.

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang



Recently aku pergi ke Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia terletak di aras 3 dan ke atas. KOMTAR, Pulau Pinang. Kat sinilah korang nak bayar bil air PBA yang dah merah tu. Kat sini pun ada kaunter MPPP.

Ruzaimi ajar PHP kat staf PERDA



Recently my friend Ruzaimi telah mengajar staf PERDA. Kelas tersebut mengambil masa 4 hari. Cehh... kalau aku tau, awal2 aku dah masuk belajar kelas dia secara pirate.

Ubuntu Official

Recently I have bought a book about Ubuntu. Ubuntu Official. Baru seminggu beli tiba-tiba hilang. Lepas 3 hari mencari baru dapat tahu ada staf 'pinjam'. Still staf tu belum jumpa aku lagi kata dia pinjam buku aku.

INCOSSH 2008


Recently I was chosen (ar asked / forced) to went to the International Conference on Open Source Software in Healthcare.

The events was organized by:
USM's AMDI ~ UNDP's IOSN ~ UNU-IIGH ~ Inwent gGmbH

with the cooperation of:
MAMPU ~ OSHCA ~ Jururawat.net


Acara ini telah diadakan di Bayview Beach Resort, Batu Feringghi. Di sini saya berjumpa dengan Kaeru. Kaeru banyak melibatkan diri dengan aktiviti berkaitan Free Software / Open Source Software (selalunya dalam pembangunan FreeBSD)


Open Source Competency Centre (di bawah MAMPU) tidak ketinggalan untuk mempromosikan usaha kerajaan menggalakkan penggunaan Free Software / Open Source Software di dalam perkhidmatan awam. OSCC tidak salah mengambil seseorang seperti Miss Independent menjadi staf OSCC.


Yang first ni gambar bahagian reception. Yang tengah tu gambar masa tengah makan tengah hari. Dan yang last ni gambar members from OSHCA tengah sembang sesuatu (tak pasti sebab mereka speaks in chinese)


Berbincang sesuatu dengan Le Ngoc Anh, Pengurus IT, Hanoi Medical University, sambil itu bergambar pakar ICT dari Vietnam dan antarabangsa.


Bermesra dengan awek dari Malaysia, dan kemudian Indonesia. Pastu penat, relax sat sambil hisap rokok (ditaja oleh AMDI).


Macam biasa, bila event dah habis, peserta bergambar beramai-ramai. Kemudiannya peserta bukan Malaysia bergambar bersama. (mungkin dah ada jalinan sejak turun dari KLIA kot)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...