My College Fund

Catur Bistari di USM


Dua bulan lalu aku dah beli Catur Bistari, so Aku, Nas, dan Hasman test try la main game ni dalam USM. Dalam rulebook catur tu kata, game ni tamat dalam 1 jam 45 minit hingga 2 jam. Tapi kami main dari 10:00pm hingga 6:00am.



Kami berhenti bermain pada jam 6 pagi, selepas Nas berjaya mengumpulkan wang sejumlah RM 1,000,000 seterusnya melayakkan beliau ke Jihad Bisnes. Nas tidak bermain Jihad Bisnes. Pada ketika itu Hasman mempunyai wang melebihi RM 1/2 juta, mana kala aku berjaya mengumpul wang melebihi RM 1/4 juta.


Dengan pengalaman bermain Catur Bistari, aku telah menganjurkan permainan Catur Bistari sempena Global Entrepreneurship Week 2008.



Ini gambar aku memberi hadiah kepada pemenang ke-4, ke-2, dan pertama. Aku mendapat kedudukan ke-3. Tapi sebagai penganjur, aku memberikan hadiah tempat ke-3ku kepada pemenang tempat ke-4.

By the way, Nas dan aku dah create Kelab Catur Bistari yang boleh diakses dari Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...