My College Fund

heroes wuz ere in {Pulau Pinang}



Microsoft baru-baru ini telah mengadakan acara Heroes Happen Here di Pulau Pinang. Acara tersebut telah diadakan di Intel Technology Sdn. Bhd. (atau lebih dikenali dengan Kilang Intel), Zon Industri Bebas, Pulau Pinang.

Acara ini memperkenalkan kepada profesional ICT Pulau Pinang (peserta) tentang ciri-ciri dan fungsi-fungsi terkini dalam Microsoft Windows Server 2008, Microsoft Visual Studio 2008, dan Microsoft SQL Server. Disamping itu, teori keselamatan ICT dalam produk Microsoft juga dipersembahkan. Acara ini turut juga memperkenalkan komuniti-komuniti ICT seperti SPAN, ELITE dan MIND kepada (peserta).

Saya bertuah kerana telah diajak oleh kawan pada malam sebelum event ini diadakan. Kalau tak kerana dia, saya pun tak tau pasal event nie.

Sebelum pulang, saya melepas geram kat meja foosbal. Isk kalaulah office pun ada satu.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...