My College Fund
Merdeka Wang: Bhgn 0
MERDEKA KEWANGAN
Assalamualaikum wmt. wbr.
Julai 2018, dua minggu selepas raya, saya dimasukkan ke wad kerana mendapat serangan jantung kali pertama. Dalam kesakitan, terfikir yang banyak perkara yang saya belum buat. Apa yang saya tinggalkan untuk dunia ini bila saya tiada. Maka dengan itu, saya berfikir untuk berkongsikan pengetahuan saya yang tidak seberapa ini kepada dunia.
Pengetahuan ini mungkin telah diketahui, dan boleh difikirkan oleh orang ramai walaupun tidak perlu membaca buku-buku kewangan tokoh-tokoh besar. Tetapi saya percaya yang perkara-perkara yang saya ingin berkongsi ini akan memberi manfaat kepada lepasan sekolah yang masih belum merasa duit gaji atau yang masih belum terkena hutang sana-sini.
NIAT/RANCANGAN/MATLAMAT
Saya percaya, bila anda mula membuka blog ini, anda mungkin terfikir tentang kewangan anda atau menyimpan wang. Bagaimana untuk menyimpan wang, kenapa sebelum ini bagaikan tak berjaya menyimpan. Pada saya masalah ini mungkin daripada tiada niat, matlamat dan perancangan.
Saya teringat yang tingkatan saya perlu mengadakan hujung minggu bekas pelajar pada 2016. Pada 2006 kami dah mula berkumpul dan mula berbincang dan merancang. Dan entah pada tahun bila kami merancang untuk mengutip RM 1,000 daripada setiap kami.
Bayangkan lebih kurang 100 orang kami untuk belanja semua yang pernah belajar di sekolah kami dari 1957 ke 2015. 59 tahun darab 100 orang!
RM1,000 seorang bukannya jumlah yang sikit untuk kumpul diberi kepada orang. Kadang-kadang nak simpan RM50 dalam ASB pun rasa berat. inikan pula RM1000, tambahan pula bila ada hutang-hutang lain.
Bila tinggal tiga tahun lagi, saya mula gusar berfikir bagaimana untuk kumpul RM1000 ini. Bagaimana nak simpan tiap-tiap bulan. Kemudian saya terperasan, ada 365 hari setahun dan saya ada 3 tahun untuk capai RM1000, jadi saya ada lebih daripada 1095 hari untuk capai sasaran. Maknanya dalam masa 3 tahun ini, saya cuma perlu simpan tak sampai RM1 sehari. Dan kalau saya simpan RM1 sehari, saya bakal ada RM1095! Saya boleh beri RM1000 3 bulan awal dan RM95 tu bolehlah buat duit tol ke sekolah saya.
Di sini bolehlah diringkaskan yang nak buat apa benda pun kena ada niat. untuk ini niat saya adalah untuk simpan. matlamat: RM 1000 (dalam masa 3 tahun) dan caranya (rancangan) adalah dengan menyimpan RM1 sehari selama 1000 hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan