Nak buat duit melalui pelaburan bitcoin, emas, saham, forex, rumah dan lain-lain tapi tak mau pelaburan hangus kena tipu?
Baguslah, berwaspada... tatkala layan bernama, saya ternampak iklan ini, jadi saya pun carilah maklumat lanjut...
Suruhanjaya sekuriti telah memperkenalkan formula T.I.P.U. untuk memudahkan anda melihat tanda-tanda yang satu pelaburan itu memang dicipta untuk menipu anda. Jadi apa itu formula T.I.P.U. itu? Jom layan video ini.
In case kalau video ini dipadam dari dunia ini, inilah dia formula T.I.P.U. itu, berserta pandangan dari saya.
T = Takkan rugi
Anda kena faham, mana-mana pelaburan, asal nama pelaburan je, walaupun sah dari segi undang-undang, pasti dan confirm berisiko. Maknanya duit pelaburan anda boleh jadi kosong.
I = Indah khabar dari rupa
menawarkan janji-janji bombastik. biasanya akan cerita pasal untung yang maksimum jer, dan mengambil contoh kalau untung hari-hari, dan tak pernah rugi. ingat yer, rumah pun boleh jatuh harga sampai RM 0.
P = Peluang hanya sekali
yang ni biasalah, tektik menakut-nakutkan anda agar anda kurang berpeluang berfikir secara rasional, dan membiarkan tamak menguasai anda.
U = Untung Besar
menjanjikan untung yang tak masuk akal. Kalau untung besar, bank pun dah join kan... Actually memang ada yang boleh bagi untung 80000% dalam setahun, saya dah nampak... tapi siap sedialah untuk RM80k jadi RM25k... so, kena study dulu
so itulah jer formula T.I.P.U ... ok bai chow
Tiada ulasan:
Catat Ulasan