My College Fund

Tips berjimat 2014

Assalamualaikum, wmt wbr...

1 Januari 2014 nanti, banyak benda bakal naik. Kerajaan telah mendengar keluhan rakyat, dan malam tadi Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah penjimatan untuk sektor awam.

Selain itu, di sini saya berikan sedikit tips berjimat untuk menghadapi 2014. Maaflah, tulis main point je. (nak kena pulun siapkan kerja akhir tahun, sorry)

MAKAN DAN MINUM
  • orang kata masak di rumah menjimatkan, sebagai contoh, ada rakan sekerja saya suka makan Subway. Beliau tidak membeli di Subway, sebaliknya beliau ambil inspirasi dari subway dan buat sendiri sandwich beliau di rumah.
  • Bandingkan harga, beli yang murah. Menakjubkan, dengan tawaran yang dibuat oleh restoran makanan segera seperti KFC dan McDonalds, anda akan dapati set menu mereka lebih murah daripada yang dijual di restoran nasi kandar.
  • Beli di kedai yang menawarkan Menu Rakyat 1 Malaysia. Pada mula diperkenalkan, Harga makanan MR1M adalah: RM2.00 untuk Sarapan Pagi dan RM4.00 untuk Makan Tengah Hari ... Senarai restoran yang menawarkan MR1M boleh didapati di sini -- http://www.kpdnkk.gov.my/menu-rakyat-1malaysia
ASTRO
  • kaji balik penggunaan astro anda, anda mungkin tidak menonton pakej-pakej mahal. Mungkin anda boleh potong ke pakej terendah. Contohnya, jika anda selalu menonton bolasepak di kedai mamak, hinggakan tidak menonton di rumah, jadi apa perlunya pakej bolasepak?
MINYAK DAN PENGANGKUTAN
  • Mungkin boleh bertukar kepada motor atau naik basikal.
  • Ada rakan saya menambah tangki gas petroleum. Menurut beliau penggunaan gas menjimatkan kos pengangkutan.
  • Penggunaan kereta hybrid juga dapat menjimatkan minyak. 
  • rancang perjalanan.
    • rancang perjalanan anda untuk buat banyak persinggahan dengan satu perjalanan.
ELEKTRIK
  • tahukah anda yang bil elektrik anda jadi PERCUMA jika bil bawah RM20.00? Well ni zaman Pak Lah lagi dah kerajaan umumkan. Apa kata cuba jimatkan elektrik dengan off mana-mana yang tak perlu.
  • Saya berjaya kurangkan bil elektrik rumah saya kepada bawah RM20 sebulan. Nak tahu apa rahsianya? Saya tukarkan pemanas air 24jam dengan cerek elektrik biasa. 
  • menurut Encik Ruzaimi, plag elektrik yang telah dimatikan tetapi tidak dicabut juga menggunakan sedikit elektrik

TELEFON DAN INTERNET MUDAH ALIH
  • kini semakin banyak telco menawarkan komitmen rendah. Kini caj telefon yang tinggi sudah tidak memberi kesan kepada pengguna, asalkan internet rendah... jika anda tidak mengambilkira caj internet, anda kini boleh telefon dan SMS dengan PERCUMA menggunakan aplikasi seperti BBM, Line, Whatsapp, dan WeChat)
  • gunakan MIFI. ... menggunakan MIFI anda boleh berkongsi internet anda kebiasaannya hingga 5 peranti (jadi anda tak perlu ada 5 simcard yang ada internet). 
    • Sebagai perbandingan, sekiranya ada membayar internet minimum RM30 untuk 5 simkad (dan katalah telco tu bagi 1GB utk RM30), anda kena topup RM150 ... tetapi dengan satu simkad, ada boleh dapat 5GB dengan harga RM68 (amat beza dengan RM150 kan)
  • Ada telco bagi internet percuma, walaupun perlahan... sekurang-kurangnya cukuplah untuk anda whatsapp/twitter/facebook dari telefon low-end anda.
    • malah kini ada telco bagi 1GB internet laju PERCUMA setiap kali top-up.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...