My College Fund
ramalan dan harapan #BAJET2012
BAJET / belanjawan negara kini sudah kembali... kakitangan awam pastinya sedang berbincang hangat tentang bagaimanakah rancangan Perdana Menteri kita dalam menguruskan Ringgit Cukai (taxdollars) kita.
Rakan-rakan aku menjangkakan yang kakitangan awam bakal menerima kenaikkan gaji (ala zaman Pak Lah dulu) antara 17%-14% mengikut gred jawatan selaras dengan slogan KE ARAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI yang selalu dilaung-laungkan PM.
Ada yang menjangkakan 'kejutan' yang dikatakan oleh PM itu berupa kenaikan gaji dan bonus, yang mana bonus dan kenaikkan gaji ini tidaklah sebanyak mana, seimbang bagaikan timbangan dacing Barisan Nasional.
Ramalan sejak awal tahun menjangkakan kenaikan gaji disusuli dengan pemotongan elaun kos sara hidup COLA.
Cukai Rokok menjadi perbualan hangat di meja kopi. Dijangkakan yang rokok bakal naik lagi RM2.00 menjadikan DUNHILL dan MARLBORO = RM12.00 sekotak 20s.
Aku pula berharap ada pengumuman yang akan meringankan beban bakal pembeli rumah (macam aku) sebagai contoh... kategori B layak membeli rumah kos rendah. Di samping itu, jika kerajaan ada menawarkan pinjaman peribadi kakitangan awam ala PTPTN... fuhh... membolehkan aku save 50% bayaran bulanan yang dikenakan bank hari ini.
Dengan ura-ura pilihanraya semakin hampir, diharap PM kita bakal membentangkan bajet yang menggembirakan semua pihak dan tidak tertumpu kepada satu-satu kelompok sahaja.
BAGI YANG NAK TENGOK BAJET TAPI TAKDE TV, layarilah streaming ini
http://www.treasury.gov.my/streaming_moftv.htm
atau
http://www.rtm.gov.my/LiveStreamingTV1/
atau
http://live.tv3.com.my/bajet2012/live.asp
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan