My College Fund

Import? Tak payah kot

Kebelakangan ini ada individu tertentu yang mahukan FAM membenarkan semula kehadiran pemain import dalam kancah bola sepak. Kehadiran pemain import dikatakan akan menjadikan liga bolasepak Malaysia bertambah menarik.

Saya tidak menyokong cadangan di atas kerana dari pengamatan saya:

Ada yang berpendapat "jika tiada pemain import maka stadium tidak penuh". Betul ke? Pada pengamatan saya walaupun ada atau tiada pemain import, penyokong setia tetap datang ke stadium melihat pasukan kegemaran mereka beraksi. Yang kurang setia pula, pergi ke stadium bila pasukan mereka dalam keadaan sentiasa menang. Stadium pula tidak penuh bila team selalu kalah walaupun mempunyai pemain import. Ingat orang nak datang stadium ke pasal pemain import? Lainlah kalau tiru macam Liga Amerika import David Beckham tu.

Bila duit sewa stadium pun terpaksa minta kerajaan negeri lupuskan, dan gaji pemain pun kadang kala sangkut, macam mana nak bayar gaji pemain import yang mahal tu. Inilah yang dikatakan anak kera disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Tambahan kepada point di perengggan di atas, bolehlah dikatakan yang nasib periuk nasi pemain bolasepak Malaysia ni nampak macam insecure. Macam mana nak hidup kalau gaji kejap ada, kejap putus. Tunas-tunas muda, yang form five, yang pakar bolasepak nak tak nak mesti memfokuskan kepada bidang lain (selalunya akademik) yang dilihat lebih menjamin masa depan.

Kita selalu sebut tentang zaman Allahyarham Supermokh dan hero-hero bolasepak yang lainnya. mereka berjaya membawa bolasepak Malaysia ke sukan olimpik. Saya mungkin salah tapi jika saya betul, saya percaya zaman ini kita tiada pemain import. Ini membuktikan Malaysia cemerlang tanpa pemain import.

Bila FAM buka peluang kepada player import masa liga Semi Pro. Bolasepak kita start merudum. Ini ditambah lagi dengan kehilangan ramai pemain-pemain berbakat. Hasilnya lepas kita menang emas Sukan SEA di KL 1989. Kita tidak menang emas dah. Hinggalah tanpa disangka-sangka 20 tahun kemudian, lepas player import 'diharamkan' semula, Malaysia menang pingat emas bola Sukan SEA 2009 di Laos.

Kesimpulannya... liga tempatan merupakan tempat player kita nak test skill. Kalau ini pun nak bagi kat orang luar, macam mana kita nak lahirkan star bolasepak Malaysia? Fikirlah, nak syok sendiri team sendiri kalahkan team tempatan ke atau nak ada team yang pernah buat Manchester United gelabah walaupun seketika?

Lastly tengoklah gol Amri Yahya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...