My College Fund

Langkawi 2010 - Hari 2 - Island Hopping


Lepas sarapan pagi di hotel, van pelancongan menunggu aku pukul 8:30AM untuk pakej sesi Island Hopping. Naik bot ramai-ramai, yang sedih nye aku sorang je solo, yang lain semua couple baru kawen tengah honeymoon.




Persinggahan pertama = Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting. Untuk ke Tasik Dayang Bunting, perlu naik bukit, sampai 'puncak' kemudian turun. Sementara nak sampai ke puncak, bersiap sedialah menghadapi monyet di kiri kanan yang nak mengattack makanan anda.



Laluan turun ke tasik pula, curam... nasib baik ada tangga, tapi hati-hati sebab pemegang tangga tu berkarat, silap-silap tangan anda boleh terluka. Sampai di platform barulah boleh berehat, mandi manda (awas! air dalam), naik bot kayuh / solar. Kalau tengok kat bentuk pergunungan, nampak la macam bentuk perempuan mengandung.

Sampan tour tu bagi sejam je kat Pulau ni.


Pastu naik bot, pergi bagi makan burung helang di Pulau Singa Besar. Tak lama sangat pun, basic package... tengok je la tokey bot ni baling makanan dalam air, helang turun menderu nak makan.



Kemudiannya ke Pulau Beras Basah. Tempat ni tempat orang mandi dan watersport. Kalau korang pandai kautim, boleh la dapat offer...


Dah habis, balik lunch... Lunch di Restoran Kampung Siam (or whatever namanya) sebelah je dengan Underwater World Langkawi.


Hotel tempat aku tinggal turut menyediakan makanan ala kedai mamak di luar hotel. Pricing: dua hingga tiga kali ganda harga di kedai.


Tapi malam tu aku makan di Jai Cafe.

Langkawi 2010 - Hari 1 - Half Day Tour

Flight aku dijadualkan berlepas 1:15PM. Kaunter daftar masuk buka pada 11:15AM hingga 12:30PM. 45 minit sebelum penerbangan berlepas. Penerbangan dijangka tiba dalam 1:50PM.

Malangnya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ada masalah sikit. Dah la penumpang kena tunggu jauh daripada gate, penerbangan pula terlewat. Dalam bil penerbangan aku menunjukkan aku dikenakan yuran keselesaan. Well Air Asia ... i tak selesa menunggu ni, i want my refund.

Penerbangan AirAsia dari PEN ke LGK amat singkat. Dikhabarkan yang waktu penerbangan di udara adalah selama 22 minit. Penumpang hanya sempat lebih kurang 5 minit untuk ke tandas / jalan-jalan atas flight.



Sempat amik gambar dengan flight attendant. Cun siot.

Setiba aku di Langkawi. Aku disambut, dan terus dibawa ke Underwater World Langkawi.



Masuk-masuk je ada fotographer nak tangkap dan cetak gambar aku untuk RM 35.00. Yang cuma berlatar belakangkan 'scenery tiruan'. Sorry la fotographer, baik aku amik gambar sendiri.



Di Underwater World sempat la tengok penguin... jalan dalam terowong bawah air... dan karikatur diri sendiri. Macam yang staf jabatanku kata, memang ada Anaconda di sini.



Lepas itu aku dan ada couple yang satu van dibawa ke Atma Batik dan Makam Mahsuri. Oleh kerana dulu aku dah pergi Terengganu tengok kilang batik, dan aku pernah masuk makam mahsuri, so kali ini aku tak berapa syok ada di tempat itu. Tapi di luar kompleks makam mahsuri, sempat la aku beli cenderamata untuk parents dan adik beradik aku.

Selepas itu kami pergi ke Dataran Lang.



Sebelum aku makan malam, check in dulu kat hotel. Masa aku tempah online, aku apply yang dua bintang atau setaraf je... tak sangka plak duduk di Hotel Bayview Langkawi.

Then aku dibawa ke makan malam yang lari daripada yang dicadangkan tour agency. Kedai JAI ni boleh sampai dengan jalan kaki je daripada hotel aku.



Sedap la gak. Menu dia gila gedabak... berat!! Musim world cup ni boleh la layan di kedai ini. ada skrin besar lagi. Sayangnya kedai ni tutup pukul 12:00 tgh malam.

Bila balik ke hotel balik rasa sunyi jer, dah la katil muat empat orang. Sabar je la...


My First Ride

Semalam aku try ride di USM. USM tu luas. USM yang berbukit itu membawa cabaran besar terutamanya yang berbadan besar, dan dah lama tidak berbasikal seperti aku ini. Perit rasanya bila terpaksa menaiki bukit (yang bermula dari logo bukit). Aku sampai terpaksa berhenti mengayuh dan berjalan kaki aja. Bila sampai di depan Pusat Bahasa & Terjemahan (tanda KOM dalam peta di bawah). Bila lengkap satu round, memang pecah peluh.

Route : Pusat Komputer to Pusat Komputer via Pusat Bahasa and CIMB
Distance : 1.7km
Tire setting : Kingstone Chroy
Number of students : 0 (cuti semester daa)
Riding Mood : Semput giler...!

Balada Basikal Jalanan

Dah berbulan lama aku nak beli basikal, tapi pendam je. Semangat nak ada basikal mula membara kembali bila Rezdrake asyik duduk cerita pasal basikal dia dalam blog.

Suatu malam yang berhujan rintik-rintik dalam dua tiga bulan lepas, aku terserempak dengan sebuah kedai basikal. Aku singgah dan bertanyakan basikal yang termurah. Tokeh kedai tu tunjuk la yang made in Malaysia RM299. So aku kata next time sebab malam tu aku datang naik motor je.

Aku dahulukan duitku untuk perkara yang lain. 'Investment' yang tidak menjadi.

Semalam aku datang ke kedai tersebut dengan kereta. Basikal RM290 tu dah tiada stok, kemudian aku ditunjukkan dengan yang RM400. Akhirnya aku membeli basikal yang RM600.

Inilah dia basikal tersebut. Yang muat komplete masuk kereta aku. Tak perlu cabut tayar atau sangkut belakang kereta. Lepas ni bolehlah datang ke kerja naik basikal je.


Bike by Raleigh (unknown model)
Gear by Shimano
Tyre by Kingstone

Counter Strike di USM



Satu pertandingan Counter Strike telah dianjurkan di Universiti Sains Malaysia bersempena Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-29. Pertandingan yang berlangsung selama tiga malam (4, 5, dan 7 Jun) menyaksikan 14 buah IPTA berentap untuk berebut untuk gelaran jaguh counter-strike.

DaLapan buah IPTA telah melayakkan diri

Universiti Malaysia Perlis akhirnya dinobatkan menjadi juara setelah membelasah Universiti Malaysia Sarawak dengan kemenangan 17-0. Tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Teknologi Mara yang menewaskan Universiti Tun Hussein Onn.

Sebagai penutup tirai, perlawanan persahabatan telah diadakan antara finalis PALAPES menentang Urusetia dari USM dengan kemenangan berpihak kepada USM.

Jalur Gemilang 'ditawan' Israel

TERKINI / LATEST
2 Jun 2010: 14:00PM
12 Warganegara Malaysia telah dibebaskan (The Star)

1 Jun 2010: 8:30PM
Flotilla Attack: 18 detained Malaysians Safe. Najib directs Wisma Putra to save Malaysian Volunteers (The Malay Mail)

1 Jun 2010: 8:30PM
Wisma Putra: 12 M'sians on ship attacked by Israeli forces Monday morning are alive and not injured, but their whereabouts are unknown (@staronline) for more latest, see the MAVI MARMARA (twitter) section

Jalur Gemilang atas Mavi Marmara



31 Mei – Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini. (Lifeline4Gaza)


  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, chief of Malaysian delegation
    HALUANPalestin* (UIA lecturer)**

  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal,
    HALUANPalestin* (medical doctor)**

  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad,
    HALUANPalestin* (medical doctor)**

  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi,
    HALUANPalestin* (religious teacher)**

  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang,
    HALUANPalestin* (engineer)**

  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus,
    Aqsa Syarif* (full time NGO personnel)**

  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias,
    Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)*, (Klang councillor)**

  8. Dr Selamat bin Aliman,
    Jemaah Islah Malaysia (JIM)*, Businessman**

  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan,
    Muslim Care* (executive with Syabas)**

  10. Mustafa bin Mansur, #
    MAPIM*

  11. Ashwat bin Ismail,
    Wartawan ASTRO* (jurnalist)**

  12. Shamsul Kamal Latif,
    Juru kamera ASTRO* (Astro Awani Cameraman)**


# Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan. (sumber Lifeline4Gaza

*sumber / sources from Lifeline4Gaza

** sumber / sources from The Star

VIDEO


.

.

.
Watch live streaming video from insaniyardim at livestream.com

Berita baik untuk perokok

Kerajaan menangguhkan pengharaman jualan rokok 14 batang berikutan lambakan rokok haram.

tapi ada juga berita buruk... Bangunan pejabat swasta yang mempunyai centralized aircond kini merupakan kawasan larangan merokok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...