My College Fund

Langkawi 2010 - Hari 1 - Half Day Tour

Flight aku dijadualkan berlepas 1:15PM. Kaunter daftar masuk buka pada 11:15AM hingga 12:30PM. 45 minit sebelum penerbangan berlepas. Penerbangan dijangka tiba dalam 1:50PM.

Malangnya, di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ada masalah sikit. Dah la penumpang kena tunggu jauh daripada gate, penerbangan pula terlewat. Dalam bil penerbangan aku menunjukkan aku dikenakan yuran keselesaan. Well Air Asia ... i tak selesa menunggu ni, i want my refund.

Penerbangan AirAsia dari PEN ke LGK amat singkat. Dikhabarkan yang waktu penerbangan di udara adalah selama 22 minit. Penumpang hanya sempat lebih kurang 5 minit untuk ke tandas / jalan-jalan atas flight.



Sempat amik gambar dengan flight attendant. Cun siot.

Setiba aku di Langkawi. Aku disambut, dan terus dibawa ke Underwater World Langkawi.



Masuk-masuk je ada fotographer nak tangkap dan cetak gambar aku untuk RM 35.00. Yang cuma berlatar belakangkan 'scenery tiruan'. Sorry la fotographer, baik aku amik gambar sendiri.



Di Underwater World sempat la tengok penguin... jalan dalam terowong bawah air... dan karikatur diri sendiri. Macam yang staf jabatanku kata, memang ada Anaconda di sini.



Lepas itu aku dan ada couple yang satu van dibawa ke Atma Batik dan Makam Mahsuri. Oleh kerana dulu aku dah pergi Terengganu tengok kilang batik, dan aku pernah masuk makam mahsuri, so kali ini aku tak berapa syok ada di tempat itu. Tapi di luar kompleks makam mahsuri, sempat la aku beli cenderamata untuk parents dan adik beradik aku.

Selepas itu kami pergi ke Dataran Lang.



Sebelum aku makan malam, check in dulu kat hotel. Masa aku tempah online, aku apply yang dua bintang atau setaraf je... tak sangka plak duduk di Hotel Bayview Langkawi.

Then aku dibawa ke makan malam yang lari daripada yang dicadangkan tour agency. Kedai JAI ni boleh sampai dengan jalan kaki je daripada hotel aku.



Sedap la gak. Menu dia gila gedabak... berat!! Musim world cup ni boleh la layan di kedai ini. ada skrin besar lagi. Sayangnya kedai ni tutup pukul 12:00 tgh malam.

Bila balik ke hotel balik rasa sunyi jer, dah la katil muat empat orang. Sabar je la...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...