My College Fund

MyGOSSCON Hari 0.5 - Road to MyGOSSCON

Datuk Azalina dalam Press Conference tiket ERL
Emi, MAS stewardess
Putrajaya Sentral
Hari setengah. Gambar di atas di ambil semasa saya dalam perjalanan ke MYGOSSCON yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre. Maknanya belum sampai lagi la.

Perjalanan dari Sungai Buluh ke Putrajaya mengambil masa yang agak lama. Anda kena ke stesen komuter Sungai Buluh dan membeli tiket ke KL Sentral (RM 2.10). Melainkan jika ada masalah seperti tanah runtuh, anda tak perlu menunggu komuter lama-lama.

Kemudian bila di KL Sentral, turun, tukar tren, naik ERL pula. Kebetulan hari itu, Menteri Belia dan Sukan ada buat Sidang Media di KL Sentral.

Lepas tangkap gambar, aku beli tiket ERL. Tiket ERL KL Sentral - Putrajaya harganya RM 9.50. Tak seperti komuter, anda perlu menunggu lama untuk tunggu ERL. Kalau terlepas ERL, biasanya paling lama kena tunggu 1/2 jam. Berbanding komuter, semasa dua hari saya di KL, tidak terdengar langsung pasal masalah dengan ERL.

Lagi satu yang bestnya, ERL ni ada penyeri mata. 'Penyeri' dalam foto ini namanya Emi. Foto ini asalnya ada muka aku dalam tu, Emi kat background. Aku edit gambar ni supaya tinggal Emi yang cute sahaja. Emi pada hari itu, dalam perjalanan untuk penerbangan ke Taipei. Di sana, dia akan menetap di 'asrama' yang disediakan MAS selama dua hari. Bilik 'asrama' untuk anak kapal MAS ni selalunya berada dalam bangunan perkataan hotel di depannya. Cheh, cakap la hotel. Menurut Emi lagi, untuk menjadi peramugari MAS, dia perlu melalui empat saringan temuduga.

Lepas turun di Putrajaya 'Sentral'. Putrajaya 'Sentral' ni macam KL Sentral sikit cuma yang bezanya, Putrajaya Sentral ni lengang. Takde kedai dan kiosk seperti mana dalam KL Sentral. Binaan bangunan ini ada la ala-ala macam airport sikit. Di sini aku boleh pilih antara bas atau teksi. Jika nak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), saya sangat sarankan anda naik teksi. Dengar ceritanya, jika naik bas, anda terpaksa menapak jauh untuk ke PICC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...