My College Fund

Laptop kastam RM 600 (trick)

Berita Kampus minggu ini melaporkan yang jabatan keselamatan menerima sehingga empat laporan melibatkan pelajar ditipu oleh lelaki yang menyamar sebagai penjual komputer riba, sejak awal semester 2007/下.

Menurut Berita Kampus, Mangsa di-approach oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas. Pelajar akan diberitahu yang laptop tersebut laptop lelong kastam yang dijual pada harga RM 600 seunit.

Kemudian pelajar akan dibawa ke pondok kawalan Kastam dan diminta menunggu tidak jauh dari situ, yang konon-konon lepas ni nak tengok laptop tu kat dalam Kastam.

pastu suspek pergi cakap ngan pak guard, kononnya nak bagi persona kepada mangsa yang suspek ni memang orang biasa kastam... padahal mungkin dia tanya jalan kat pak guard.

Kemudian mangsa diminta menyerahkan dompet dan telefon bimbit kepada suspek untuk disimpan di suatu tempat kerana katanya barang-barang tersebut tak boleh masuk ke dalam bangunan kastam.

Mangsa menyedari ditipu setelah tiga jam menunggu dan suspek tidak muncul-muncul.


nota
上 = atas (awal)
下 = bawah (akhir)

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...