My College Fund

Tips menabung & berjimat ala kerajaan PAKATAN HARAPAN


Kini sudah lebih sebulan rakyat telah memilih gabungan parti baru untuk mentadbir Malaysia. Banyak inisiatif-inisiatif diperkenal dengan tujuan untuk memulihkan ekonomi negara. Apa kata kita ambil inspirasi ini untuk menabung membantu ekonomi keluarga sendiri.

Berikut adalah cara untuk kita menabung yang difikirkan saya diinspirasikan daripada inisiatif-inisiatif kerajaan Malaysia pimpinan Pakatan Harapan.

Potong gaji 10%

Seperti yang kita tahu, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan yang gaji baginda dipotong 10%. Menteri-menteri pun ambil keputusan untuk potong gaji. Jadi apa salahnya kita gunakan ilham ini untuk potong 10% gaji kita dan masukkan terus ke dalam tabung. Anda boleh potong sendiri 10% dari keseluruhan pendapatan, atau 10% dari gaji sahaja tidak termasuk elaun-elaun macam menteri-menteri Pakatan buat tu.

Masuk tabung sebulan gaji

Ada pemimpin-pemimpin politik mengishtiharkan 100% gaji pertama mereka dimasukkan ke dalam tabung harapan. Anda boleh juga menggunakan ilham dari cara ini iaitu memasukkan 100% ke dalam tabung anda. Tapi kalau 100% sebulan, tak makan lah kita...

Jadi saya cadangkan panjangkan tempoh. contohnya sekiranya gaji sebulan RM1,800, simpan RM150 sebulan selama 12 bulan untuk capai RM1800 dalam masa setahun, atau simpan RM50 sebulan selama tiga tahun.


100% pertama masuk tabung.

Sama macam di atas, . Anda boleh juga menggunakan ilham dari cara ini iaitu memasukkan 100% ke dalam tabung anda. Tapi kalau 100%, teruklah kita...

Jadi saya cadangkan simpan duit lain... contohnya simpan 100% terus 'duit raya' yang diberi kerajaan itu. Bagi yang tak dapat duit raya, cuba tak guna elaun bulan ini, dan simpan 100% elaun bulan ini sahaja.

Pinjam Duit macam Tun Dr. Mahathir

Tun M ingin meminjam duit dari Jepun untuk antaranya membayar hutang negara. Ada pihak yang menghentam ini sebagai perbuatan menambah hutang. Bagi yang mengetahui (terutamanya jika anda baca buku biografi Tun Mahathir), Jepun memberikan pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah, ada kalanya tak sampai 1%. Jadi apa salahnya jika pinjam dari yang 'bunga' 1% untuk bayar yang 'bunga' 5-7%.

Bagi yang ada hutang, gunakan teknik ini. Buat pinjaman dari pihak yang memberikan kadar 'keuntungan' atau faedah rendah, untuk membayar pinjaman yang kadar faedah tinggi. Sebagai contoh, buat pinjaman peribadi untuk bayar kad kredit.

Simpan perbezaan 'keuntungan' yang diselamatkan.

Buat Tabung Harapan Keluarga

Hehe, oleh kerana kini musim raya, buat tabung ini dan minta anak-anak turut menyumbang duit raya ke dalam tabung ini untuk meringankan hutang keluarga.



Nak buat duit tapi takut kena tipu? Guna formula senang ini.

Nak buat duit melalui pelaburan bitcoin, emas, saham, forex, rumah dan lain-lain tapi tak mau pelaburan hangus kena tipu?

Baguslah, berwaspada... tatkala layan bernama, saya ternampak iklan ini, jadi saya pun carilah maklumat lanjut...

Suruhanjaya sekuriti telah memperkenalkan formula T.I.P.U. untuk memudahkan anda melihat tanda-tanda yang satu pelaburan itu memang dicipta untuk menipu anda. Jadi apa itu formula T.I.P.U. itu? Jom layan video ini.


In case kalau video ini dipadam dari dunia ini, inilah dia formula T.I.P.U. itu, berserta pandangan dari saya.

T = Takkan rugi
Anda kena faham, mana-mana pelaburan, asal nama pelaburan je, walaupun sah dari segi undang-undang, pasti dan confirm berisiko. Maknanya duit pelaburan anda boleh jadi kosong.

I = Indah khabar dari rupa
menawarkan janji-janji bombastik. biasanya akan cerita pasal untung yang maksimum jer, dan mengambil contoh kalau untung hari-hari, dan tak pernah rugi. ingat yer, rumah pun boleh jatuh harga sampai RM 0.

P = Peluang hanya sekali
yang ni biasalah, tektik menakut-nakutkan anda agar anda kurang berpeluang berfikir secara rasional, dan membiarkan tamak menguasai anda.

U = Untung Besar
menjanjikan untung yang tak masuk akal. Kalau untung besar, bank pun dah join kan... Actually memang ada yang boleh bagi untung 80000% dalam setahun, saya dah nampak... tapi siap sedialah untuk RM80k jadi RM25k... so, kena study dulu

so itulah jer formula T.I.P.U ... ok bai chow

Tips berjimat kedekut tengok piala dunia

Raya dah start, world cup pun dah start... huhu... macam mana ni? duit kat guna utk beraya... berikut adalah tips berjimat untuk menonton piala dunia.

1) Tidak melanggan siaran berbayar Piala Dunia
Dengan tidak melanggan siaran berbayar piala dunia, anda telah jimat RM106 (RM100 + RM6 sebab GST sifar).

2) Kurangkan tonton di kedai
Dengan tidak menonton di kedai, anda boleh berjimat RM3 (untuk teh tarik dan roti canai) hingga RM10 (nasi kandar berlauk) atau kurang RM100 (kalau pi gatal ambil macam-macam special punya). Tengok je kat rumah, rugi woo RM30 juta kalau tak tengok.

Untuk yang non muslim, Kurangkan menonton di 'pusat hiburan / pub / kelab malam' ... tempat lepak-lepak chill minum jual arak for sure jual arak lagi mahal daripada harga korang beli kat 7-eleven. so faham-faham ler kalau nak jimat macam mana kan

3) Tonton di tempat yang ada buat offer, kalau team korang menang, minum free
Biasanya tempat macam ni kalau bagi offer, diorang bagi offer yang dah siap pakai jersi team yang menang tu. Tengok match, team mana yang menang, korang pakai baju team yang menang tu...

4) Tengok kat rumah kawan
hahaha ni lagi kejam save... tengok kat rumah kawan sambil melantak makan minum rumah kawan... hati-hati, silap-silap putus kawan.

inilah faedahnya cipsket:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...