My College Fund

MyCyberSale catat dagangan kasar RM 211 juta

#MYCYBERSALE 2016, ekspo jualan dalam talian yang terbesar negara merekodkan nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM211 juta tahun ini naik 79 peratus berbanding tahun lepas.

bersama plak penghargaan
#MyCyberSale 2016
Angka ini adalah 105.5 peratus daripada sasaran RM 200 juta yang disasarkan tahun ini.

45 peratus daripada jumlah GMV itu, iaitu lebih kurang RM94 juta, disumbangkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding RM61 juta pada 2015.

Program jualan anjuran MDEC yang diadakan pada 26-30 September di seluruh negara, telah menarik seramai 688,478 pembeli menyaksikan peningkatan 153 peratus berbanding tahun sebelumnya.
 Pada tahun ini, sebanyak 607 laman web mengambil bahagian dalam #MYCYBERSALE 2016, 54 peratus lebih banyak berbanding 2015 dengan hampir 14,000 peniaga terlibat merupakan PKS.

Kira-kira 60 peratus daripada pembeli dan pesanan telah didorong oleh PKS.

SENANG.ONLINE tahun ini merupakan Rakan Inisiatif Rasmi bagi MyCyberSale 2016

sumber: https://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mycybersale-2016-catat-gmv-rm211-juta-1.404476

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...