My College Fund

Bagaimana gandakan BR1M ke +6%, +120%, atau RM1,000,000 (RM1 juta)

Assalamualaikum wmt. wbr.

Bulan lepas, kerajaan telah mula mengagihkan BR1M. Ada yang mendapat RM200, ada pula yang mendapat RM400. Tapi BR1M kalau pakai gitu, habis la kan.

Berikut merupakan petua/idea untuk menggandakan wang BR1M anda.

1) Berniaga
Gunakan wang BR1M yang anda perolehi sebagai modal berniaga. Sebagai keselamatan, beli barang yang jika anda tidak boleh jual, anda boleh pakai. Sekurang-kurangnya tidak membazir. Sekiranya setiap bulan anda boleh untung 10%, jika anda menerima BR1M RM400... pada akhir tahun anda mencipta RM480 menjadi RM880 (kiraan ringkas).

2) Melabur dalam saham amanah,
Berniaga ada risikonya. Sekiranya anda takutkan BR1M anda hangus dalam perniagaan, anda boleh memilih jalan yang selamat dengan melabur dalam saham amanah PNB seperti Amanah Saham Bumiputera. Bagi yang bukan bumiputera, PNB telah menyediakan Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Wawasan 2020, dan Amanah Saham 1 Malaysia. Seingat saya, paling rendah dividen yang diberikan adalah 6%. Jadi, jika anda simpan BR1M RM400 anda, pada hujung tahun nanti duit itu nanti menjadi RM424 (kiraan ringkas).

3) Simpanan berperaduan (ni yang RM1,000,000 tu)
Kini banyak bank menyediakan simpanan berperaduan. Bank tidak memberi faedah rendah kepada setiap penyimpan, sebaliknya mengumpulkan faedah rendah tersebut dan memberikan hadiah yang tinggi nilainya kepada pelanggan bertuah. BR1M anda mungkin menjadi RM1,000,000 atau kereta mewah dengan menyertai simpanan ini. Sekiranya tidak berjaya, nilai BR1M anda masih selamat. Salah satu contoh simpanan yang anda boleh sertai adalah Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Itu sahaja tiga idea daripada saya bagaimana untuk anda meningkatkan BR1M anda. Semoga Allah menambah-nambahkan rezeki anda.

Sekian, terima kasih

dotcomkan perniagaan anda dengan KAWTIM.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...