My College Fund

Buatkan pelanggan tengok iklan kita selalu


Pelanggan tak buang iklan kita, malah siap gantung / tampal lagi kat dalam rumah atau pejabat dengan teknik ini. Apakah teknik tu? Nak tau ke?

Sebenarnya senang je, ambil pen dan kertas, salin yer...

Jeng-jeng-jeng, bagi je kalendar syarikat anda kat pelanggan / bakal pelanggan. Pelanggan akan simpan kalendar kita tu 365 hari. Biasanya pelanggan akan simpan kalendar kita tu 365 hari. Pelanggan akan rujuk kalendar kita setiap kali nak cek tarikh, cuti, dan sebagainya.

Nak lagi orang selalu tengok, buatkan kalendar islamik yang ada waktu solat tu. hehe.

Jangan lupa masukkan informasi-informasi berkenaan dengan syarikat anda seperti nombor telefon, alamat internet (nama domain) dan laman web.

Papan kecil kat kalendar tu tak mampu nak masukkan semua maklumat perniagaan, senarai barang-barang faedah/khasiatnya, dan tawaran-tawaran jualan untuk pelanggan. Sebab tu anda perlukan laman web. Dalam laman web pelanggan dan bakal pelanggan boleh mengetahui lebih banyak lagi. Untuk memudahkan pelanggan datang ke laman web pula, gunakan nama domain (alamat internet) yang mudah diingat (contohnya: abc.xyz, azdirazlan.com, kechix.com, takaful4you.me, kerangbakar.com, perodua.top, khemah.top, aurawangi2u.com, tehrerama.asia, amara.group)

Selamat mencuba & selamat maju jaya.


tips keselamatan menaiki uber / grab / teksi


Teksi memudahkah kita untuk berkomuter, begitu juga dengan perkhidmatan Uber dan Grab. Tapi kita juga perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan.

Klik di bawah untuk mendapatkan petua dari:

62,399 graduan pilih berniaga #senangonline


27.3% graduan memilih untuk berniaga jika tiada peluang pekerjaan / menerima pekerjaan dengan gaji yang diharapkan. Jika maklumat dari Utusan Malaysia sini diambil kira, bermakna setiap tahun 62,399 daripada 228,568 graduan akan memilih perniagaan. Sudah tentunya, cara termudah untuk mereka menyertai perniagaan adalah dengan bermula secara online.

Bisnes Online buat RM170 Bilion


'Kerajaan' mengunjurkan yang e-dagang dan bisnes online mampu memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara dari RM 114 Bilion (tanpa campur tangan kerajaan) hingga RM 170 Billion (dengan sokongan dan suntukan kerajaan) pada tahun 2020 nanti.
Soalannya, sebagai rakyat Malaysia, berapakah dari RM170B ni akan masuk poket anda. Sudah tentu, jika anda tak buat apa-apa, anda takkan dapat apa-apa. Tapi jika anda lambat bertindak, besar kemungkinan anda dapat sedikit daripada anda bertindak sekarang.

Bawa Uber boleh rugi?

Video dari Amerika Syarikat ini menjelaskan bagaimana anda mungkin rugi jadi pemandu uber. Anda mungkin perlu membayar lebih dari yang anda dapat. Jadi sebelum anda membuat pinjaman kereta hanya semata-mata hendak jadi pemandu Uber, saya syorkan anda buat jangkaan pengiraan dahulu.

Perlu diingat yang pada pertengahan tahun ini, di Malaysia, pemandu Uber pernah mogok senyap membantah caj Uber yang menurut mereka, 'terlalu rendah'.

Najib salam Rafizi? Biar betul!!


Seperti yang diketahui, Rafizi adalah dari parti yang membangkang kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Memang saya terkejut bila gambar ini keluar di laman sosial Perdana Menteri kita.


Rupa-rupanya. PM kita menyambut kedatangan Presiden Turkeministan...

tu la, asyik baca yang sensasi di media sosial ja sampai ingatkan salam dengan Rafizi. lain kali saya kena baca betul-betul dulu...

MyCyberSale catat dagangan kasar RM 211 juta

#MYCYBERSALE 2016, ekspo jualan dalam talian yang terbesar negara merekodkan nilai dagangan kasar (GMV) sebanyak RM211 juta tahun ini naik 79 peratus berbanding tahun lepas.

bersama plak penghargaan
#MyCyberSale 2016
Angka ini adalah 105.5 peratus daripada sasaran RM 200 juta yang disasarkan tahun ini.

45 peratus daripada jumlah GMV itu, iaitu lebih kurang RM94 juta, disumbangkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding RM61 juta pada 2015.

Program jualan anjuran MDEC yang diadakan pada 26-30 September di seluruh negara, telah menarik seramai 688,478 pembeli menyaksikan peningkatan 153 peratus berbanding tahun sebelumnya.
 Pada tahun ini, sebanyak 607 laman web mengambil bahagian dalam #MYCYBERSALE 2016, 54 peratus lebih banyak berbanding 2015 dengan hampir 14,000 peniaga terlibat merupakan PKS.

Kira-kira 60 peratus daripada pembeli dan pesanan telah didorong oleh PKS.

SENANG.ONLINE tahun ini merupakan Rakan Inisiatif Rasmi bagi MyCyberSale 2016

sumber: https://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mycybersale-2016-catat-gmv-rm211-juta-1.404476

Bahtera 2016

barisan penganjur & pengendali kursus Senang Online di Bahtera 2016

barisan penganjur dan pengendali Kursus Senang Online di Bahtera 2016 


pengendali 
.



Kursus

Pendaftaran peserta





Bersama Paralimpian jutawan yang telah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio











bersama Angkawan Negara





SENANG je nak ONLINE... Senang.Online kan ada


ikuti kami untuk maklumat lanjut
Facebook: http://senang.online/FB
Instagram: http://senang.online/IG
Telegram: http://senang.online/TG
Twitter: http://senang.online/TT

.
dahulunya dikenali sebagai
Salah satu cara pemasaran adalah menggunakan nama domain internet dan laman web. Nama domain internet membolehkan pelanggan anda lebih mengingati jenama dan perniagaan anda. Antara contoh nama domain yang telah digunakan pelanggan kawtim.com adalah: kerangbakar.com, pearlquintet.com, anashamka.com, adrywina.com, kechix.com, engkuserikelantan.com, khemah.top, perodua.top. Anda boleh mendapatkan nama domain pada harga yang sangat mampu milik di KAWTIM.COM
* nama domain internet ** laman web ***berbanding menggajikan pakar IT

Azizan Osman dengan Hantu Orang Minyak?

"Patutlah kaya, dengan hantu rupanya".

Video filem 2012 ini dengan jelas menunjukkan Dr. Azizan Osman bersama-sama dengan hantu. Hantu yang disebutkan adalah dari kalangan orang minyak.

Ini adalah sedutan dari filem "Pontianak vs Orang Minyak" atau "Ponti vs Omi" oleh Afdlin Shauki. Dalam filem ini. Dr. Azizan berkongsi tips untuk menjadi "orang minyak" berjaya.

Nak tau apa tips tersebut, kenalah klik video di bawah :D


5 cara buat lebih keuntungan - Dr. Azizan Osman


Beberapa bulan lepas Dr. Azizan Osman ada merakam video menceritakan banyak tips untuk usahawan. Antara bahagian kecil yang diceritakan adalah  "5 cara bagaimana usahawan buat duit" dalam sebuah video rakaman beliau.

Tanpa menceritakan panjang lebar, berikut adalah 5 cara yang dikatakan beliau:

  1. Mempunyai jualan yang tinggi atau banyak
  2. Mempunyai pelanggan yang ramai
  3. Mempunyai pembeli/pengguna berulang
  4. Meningkatkan harga
  5. Mengurangkan kos

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...