My College Fund

Jadi macam blog politik gara-gara Suara13.com


Gara-gara iklan rentang laman web parti politik, blog saya ini kelihatan seperti blog parti politik. Laman web Suara13 Online ni saya perasan mula terbit sejak negara dalam kehangatan nak pilihanraya ke 13.



Berdasarkan logo Janji Ditepati, anda tentu tahu laman web Suara13 mewakili berita, ulasan dan pendapat nasional tentang 'kebenaran' isu politik semasa.



Takpe la, nak buat macam mana... dah Suara13 dah bayar kat Google, dan Google akan bayar kat aku. Apa pun aku wish all the best to UMNO dan PAS ... may the best man wins.

macam ni la blog aku bila ada iklan Suara13.com

Awas! emel tipu Paypal

Pagi ini buka emel, terima emel seperti diatas.

Musykil, takde pun aku shopping baru2 ni.

Actually memang aku ada akaun PayPal tapi bukan atas akaun emel ni.

So apa aku buat?
  1. Aku TIDAK klik apa-apa kat emel tersebut, sebab link emel yang dia tulis kat situ tipu ja... Kalau klik confirm pergi website lain (lagi best ntah-ntah 100% sebijik macam Paypal)
  2. Check kat Paypal.com dengan MENAIP SENDIRI di browser. Aku dok perati ramai yang malas nak taip alamat laman web kat browser... suka klik jer... memang kena la depa
  3. Report kat Paypal.com. Paypal kata forward emel tersebut ke Spoof@paypal.com ... so aku forward la
  4. Bubuh dalam blog dan facebook supaya orang lain yang berkerja keras susah payah nak cari sesuap nasi tak terkena tipu oleh penyangak ni

15 Mac - Tarikh Akhir BR1M 2.0


Apa khabar! Anda semua sudah isi borang BR1M 2.0?

Untuk pengetahuan anda semua, borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)2.0 perlu diserahkan selewat-lewatnya 15 Mac 2013.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang-borang tersebut boleh dihantar ke semua pejabat Jabatan Hasil Dalam Negeri dan agensi-agensi kerajaan lain yang menguruskan bantuan tersebut.

Sehingga kini, tujuh juta rakyat telah memohon bantuan RM500 ini.

Datuk Seri Ahmad Husni berkata lagi, permohon yang berjaya akan diberi baucar yang boleh ditunaikan di semua cawangan Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank.

Bagi yang tidak mendapat borang, BORANG BOLEH DIMUAT TURUN DI LAMAN WEB LHDN (www.hasil.gov.my).

p/s: harap Perdana Menteri dapat naikkan BR1M dan masukkan warganegara Malaysia tiada anak berpendapatan kurang RM3500 sebulan dalam senarai penerima BR1M
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...