Tahun 2011, antara sebab Blackberry popular adalah kerana semua pengguna blackberry boleh SMS (atau istilah tepatnya BBM) tanpa had kepada semua pengguna blackberry tanpa terhad kepada telco tertentu. (telco adalah istilah untuk syarikat pengendali talian telefon seperti Maxis, Celcom, DiGi, TuneTalk, dan Umobile). Diinspirasi daripada kejayaan BBM. Beberapa perisian telah dicipta untuk membolehkan mesej tanpa had kepada semua telefon dan semua telco.
Dua daripadanya adalah Whatsapp dan Viber
lagi bagus kalau install WhatsApp dan Viber dalam telefon korang |
Whatsapp membolehkan pengguna 'sms' kepada telefon lain secara percuma. Mesej dihantar secara percuma melalui internet/wifi/3G. Tidak seperti SMS yang kalau ada percuma pun, terhad kepada telco atau bilangan tertentu... Whatsapp tiada had.
Anggaplah Whatsapp tu Yahoo Messenger dalam henset anda, tetapi menggunakan no telefon sebagai ID.
Whatsapp membenarkan anda try percuma perkhidmatan mereka selama setahun, kemudian langgan $1.99 setahun dikenakan.
Whatsapp ada dalam Android, Blackberry, iPhone, Symbian OS, Windows Phone.
VIBER
Hmm ada tak yang bagi free 'sms' dan free call? Ya! ada ... Viber.
Sama macam whatsapp, tapi korang boleh buat panggilan, siap panggilan antarabangsa lagi, percuma* lak tu
Whatsapp ada dalam Android, Blackberry, iPhone, Nokia, Windows Phone, dan BADA OS.
Tadi kata FREE! tapi bukan ke 3G tu kena bayar!
Ya memang kena bayar, tapi kalau nak free pun boleh, pergi la starbucks ke kedai mamak, atau tempat yang bagi wifi percuma. Korang dapat guna free kat situ.
Kurengs
- Kedua-dua WhatsApp dan Viber memerlukan internet / wifi / "2G ke atas" di kedua-dua belah pihak untuk berfungsi
- Mesej tidak selaju SMS
- Call tidak berapa clear
Tiada ulasan:
Catat Ulasan