My College Fund
Video USMFC vs Pos Malaysia semalam
Alhamdullah, berbekalkan henfon yg tak power untuk merakam video, saya berjaya merakan semua gol-gol dalam perlawanan USMFC menentang seteru utama Pos Malaysia malam tadi. Video dah diedit dan upload dalam youtube.
Kenny Rogers Roasters Offer - Buy 1 Get 2
Esok... pakai benda merah, pergi Kenny Rogers, beli meal dia, dapat free satu lagi... TAK PERLU BAUCER...
Nak tahu macam mana keadaannya dan kemeriahan Kenny Rogers... lihat entry saya tentang peristiwa ini tahun lepas.
4 Pizza Hut = RM27
Maaflah, lambat tahu tentang offer Pizza Hut ni. sibuk melayan student dan staf yang kalut (gabra/gelabah) nak password. So enjoy yor pizza
Juruteknik Komputer (FT17) jawab FAQ SBPA dengan memorandum
Memorandum berikut saya salin daripada laman FACEBOOK INI untuk perhatian rakan-rakan Juruteknik Komputer FT17.
MEMORANDUM CADANGAN DAN TUNTUTAN KESERATAAN JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17) DENGAN JURUTEKNIK (J17) BERKENAAN PENGGREDAN SEMULA SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) MALAYSIA.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Seluruh warga Juruteknik Komputer Malaysia secara sebulat suara bersetuju menyatakan pendirian kami berkenaan penggredan baru SBPA.
Sebagaimana semua pihak telah sedia maklum, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 yang diedarkan baru-baru ini mengenai Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Pengiktirafan Sijil Politeknik atau sijil-sijil yang setaraf dengannya diiktiraf setaraf dengan STPM. Jadi berlakulah penambahbaikan skim perkhidmatan Juruteknik daripada gred J17, J22, J26 kepada JA3-1,JA3-2 dan JA3-3. Selain dari itu, Pembantu Pertanian, Pembantu Verterinar, Renjer Hutan dan Pengajar Membalak daripada gred G17, G22, G26 kepada GA3-1,GA3-2 dan GA3-3. Tentulah disambut dengan begitu gembira oleh mereka yang terlibat.
Meneliti semula syarat-syarat yang ditetapkan untuk pelantikan Juruteknik, didapati terdapat persamaan dengan Jawatan Juruteknik Komputer iaitu berkelayakkan Sijil Politeknik dan setaraf dengannya.
Dalam pekeliling SBPA lampiran B4, Jadual pemindahan gred. Juruteknik di letakkan dalam Kumpulan Pelaksana Berkelayakan STPM manakala Juruteknik Komputer diletakkan dalam Kumpulan Pelaksana Berkelayakan SPM. Adalah menjadi satu kemusykilan mengapa JPA harus membeza-bezakan kelayakan pemegang sijil daripada politeknik, apa istimewa dan apa kurangnya kelulusan untuk sesetengah jawatan.
Sehubungan itu, kami yang menjawat jawatan sebagai Juruteknik Komputer yang memiliki sijil dalam bidang berkaitan memohon dan merayu supaya JPA, CUEPACS, atau badan berkaitan meneliti semula skim perkhidmatan kami atas sebab-sebab berikut:
Meskipun syarat lantikan minima untuk menjawat jawatan Juruteknik Komputer gred FT17 adalah SPM, namun salah satu syarat lantikannya adalah sijil daripada politeknik atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. Ini menjadikan salah satu syarat lantikannya bersamaan dengan jawatan Jurukteknik J17 yang syarat lantikannya juga sijil dari politeknik atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Alasan yang diberikan iaitu syarat lantikan minima skim perkhidmatan Juruteknik Komputer FT17 adalah SPM untuk tidak dimasukkan skim perkhidmatan tersebut dalam Kumpulan Pelaksaan Berkelayakan STPM adalah tidak tepat. Ini kerana untuk Pembantu Pertanian, Pembantu Verterinar, Renjer Hutan dan Pengajar Membalak gred G17, G22, G26 juga syarat lantikan minima memerlukan kelulusan SPM. Tetapi dimasukkan ke dalam Kumpulan Pelaksaan Berkelayakan STPM.
Merujuk dokumen jawapan JPA melalui soalan-soalan lazim (FAQ) SBPA, muka surat 9 soalan 18. “Kenapa skim perkhidmatan Juruteknik Komputer tidak dinaik taraf ke kelompok kelayakan masuk minimum STPM seperti skim perkhidmatan Juruteknik walaupun memperuntukkan syarat kelayakan masuk sijil politeknik?” “Skop fungsi tugas Juruteknik melibatkan tugas-tugas teknikal meliputi aspek pembinaan, keselamatan kenderaan/jentera, ubah suai bangunan serta kerja-kerja pemetaan yang memerlukan kelayakan masuk Sijil Politeknik. Manakala skop fungsi tugas Juruteknik Komputer pula adalah meliputi perkara-perkara seperti mengurus stor dan rekod alat ganti, membaik pulih tetikus atau pencetak, menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini dan melaksanakan instalasi program mengikut keperluan pengguna komputer yang mana ianya cuma memerlukan kelayakan masuk SPM. Walau bagaimanapun penyandang skim perkhidmatan Juruteknik Komputer yang mempunyai kelayakan Sijil Politeknik telah diperuntukkan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi.”
Dari jawapan tersebut bolehlah dianggap jawapan tersebut diberikan dengan tidak tepat dan teliti. Skop tugas Juruteknik Komputer adalah seperti :
- penyelenggaraan/pembaikan computer
- penyelenggaraan/pembaikan mesin pencetak
- penyelenggaraan/pembaikan mesin pengimbas
- penyelenggaraan/pembaikan pusat data (server), Keselamatan (Virus dan lain-lain)
- pemulihan bencana
- penyelenggaraan/pembaikan rangkaian/wireless
- pengurusan web hosting/laman web
- pengurusan inventori/pelupusan peralatan ICT
- pengurusan makmal komputer
- pengurusan emel dan automasi pejabat
Sangat berbeza dengan jawapan di atas yang boleh diringkaskan seperti berikut :
- mengurus stor dan rekod alat ganti
- membaik pulih TETIKUS dan PENCETAK (sahaja?)
- menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini
- melaksanakan instalasi program
Sejauh mana JPA mengkaji dan mendapatkan skop tugasan FT17. Adakah hanya memantau di pejabat-pejabat kerajaan atau secara keseluruhannya. Melalui penerangan dalam FAQ tersebut, seolah-olah skop tugasan FT17 yang diterangkan SANGAT-SANGATLAH DITAHAP MINIMA, tetapi skop tugasan J17 adalah ditahap maksima sehingga membolehkan J17 dinaiktaraf kepada J3-1. Diharap JPA lebih peka dalam mengumpul maklumat dan memberi jawapan seterusnya memantau dengan lebih mendalam perkara ini.
Dengan penambahbaikan dan perubahan skim tersebut sudah tentulah gred J17 berpeluang mendapat gaji akhir, kenaikan gaji tahunan dan pangkat yang lebih tinggi. Di dalam SBPA nanti Juruteknik JA3-1 menikmati gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150 manakala Juruteknik Komputer FT4-1 menikmati gaji RM980-RM2805 KGT RM95. Bukankah ini akan mewujudkan satu jurang yang besar antara Juruteknik JA3-1 dan Juruteknik Komputer FT4-1.
Lanjutan daripada itu juga, kami yang berada di skim perkhidmatan Juruteknik Komputer gred FT17/22/26 seramai 4004 orang ingin menuntut dan merayu supaya JPA membuat semakan semula penggredan dan penjadualan tangga gaji agar ia lebih relevan dengan kelulusan, pengalaman serta keadaan ekonomi semasa seperti mana yang telah diberikan kepada skim perkhidmatan yang lain khususnya yang terbaru bagi skim perkhidmatan Juruteknik gred J17/22/26 yang telah pun ditambahbaikan.
Sekian, terima kasih.
Juruteknik Komputer Seluruh Malaysia

Guna e-mel USM boleh menang laptop, HTC, KFC
Ya memang sukar dipercayai. Benda yang anda buat hari-hari boleh membantu anda mendapatkan hadiah Notebook.
Grand Prize: 1 x set Acer Notebook
First Prize: 1 x set HTC Windows 7 Smartphone
Second Prize: 1 x set Acer Netbook
Consolation: 10 x RM 50 KFC voucher
Apa yang anda perlu buat adalah sertai peraduan "Email and Win". Dan menghantar seberapa banyak penyertaan sebelum 29 Februari 2012.
Layari laman web ini >>KLIK SINI<< untuk menyertai.
How to send your entry:
(1)
Login at outlook.live.com / www.outlook.com/student.usm.my
Username:
Password: Your password
(2)
Type and complete the information below:
Full Name:
Matric. Number:
Location of Campus/Branch:
(3)
Slogan: I like my university email because ……..(No longer than 100 words)
(4)
Send your entry to: EmailAndWin@student.usm.my
SELAMAT BERJAYA!
Langgan:
Catatan (Atom)