My College Fund

cara nak dapat rebat RM200 telefon pintar

Wow kerajaan bagi RM200 untuk beli henset...
poster Pakej Komunikasi Belia
klik untuk muat turun poster PDF
    Cara nak dapat:
  1. Penuhi syarat terlebih dahulu
  2. Pergi ke http://nbi.skmm.gov.my, kemudian klik Pakej Komunikasi Belia
  3. Isi borang online, lepas tu cetak, print...
  4. kertas yang korang print tu bawa ke kedai yang ada logo oren..
  5. Pilih henset... beli, tolak RM200, dan bayar balance...
Tapi bukan bagi saja... mengikut FAQ korang kena "melanggan pakej jalur lebar" terlebih dahulu sebelum boleh dapat rebat ini... Yang aku faham, kalau dah "melanggan" maknanya "postpaid" la... 

Semua telefon 3G dapat rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia

Kalau hari itu cuma telefon dibawah ini sahaja yang layak mendapat rebat RM200...
kini...

Hmm... macam mana nak dapat potongan harga telefon pintar 3G ini? Kerajaan telah membuat poster panduan seperti di bawah ini

The Krystal Suites Hotel

Penat bekerja, sekali sekala nak la pergi cuti juga...
Tak sangka, tahun ni dapat tidur di The Krystal Suites. Penginapan penginapan dua (2) hari satu (1) malam ini adalah hadiah yang ditaja oleh The Krystal Suites sempena cabutan bertuah konvokesyen baru-baru ini. Saya menginap di 1 Bedroom Suites.

Ingatkan biasa-biasa je, rupanya besar... Actually, 1 bedroom suite dan 2 bedroom suite sama je besar. Aku terjumpa brosur The Krystal Suites yang berconteng. Rasanya yang 1 Bedroom harganya RM188/malam, dan 2 bilik RM248. Kalau nak tambah tilam, kena RM40/malam. (Update: masa aku balik, aku confirmkan yang harga penginapan dan diberitahu yang harga kerajaan & USM adalah RM150 dan RM200)

Hmm luas pun luas... Bayangkan korang dapat living room, dining space, mini kitchen, study... pendek kata, satu suite ni sebesar sebuah rumah kos rendah lah...










Bagaimana nak masuk USM

Ada yang bertanya bagaimana nak masuk USM. Jadi setelah saya mengkaji saya jumpa panduan di dalam Bahasa Inggeris di dalam laman web berikut

http://afterschool.my/news_details.php?nid=116

Di lain masa saya akan tulis dalam Bahasa Malaysia

TEDx Gurney Drive


TED merupakan sebuah event antarabangsa yang membolehkan individu berkongsi idea mereka dalam syarahan / (presentation) selama 20 minit. Bagi yang lainnya, mendengar ceramah mereka ini. TED asalnya merangkumi bidang Teknologi, Entertainment, dan Design. Kini ia bercambah merangkumi bidang lain antaranya seperti Bisnes, Sains, dan Isu Semasa.

Saya sempat mendengar beberapa penceramah berucap. Antara idea yang dikemukakan adalah action tagging. Kalau dalam facebook kita buat social tagging (kita tag nama orang), yang ni kita tag perbuatan orang. Pendek cerita kita tag sesuatu projek. Ceramah Georgetown Festival pula menjemput penduduk Pulau Pinang berkongsi idea untuk menjadikan Georgetown Festival sebagai festival kita, bukannya festival organisasi tertentu.
TED: ideas worth sharing

main komputer guna otak je...


Mungkin di suatu hari pada masa depan, saya akan berkata, "Dulu kami guna tikus dan tangan nak gerak cursor, sekarang korang pakai otak je, apa susah.."

Sebenarmya saintis kini semakin menghampiri ke arah itu seperti yang ditunjukkan di dalam video di bawah



henfon Android je, tapi macam henfon Windows8 terkini

LauncherWP8

Kini Pengguna Android 2.1 ke atas boleh tunjuk gempak konon-kononnya anda pakai WindowsPhone dengan LauncherWP8 oleh 乐讯.

Nak cari apps ni dalam Google Play susah sikit. Korang selalunya akan jumpa yang kena bayar. Anda perlu cari menggunakan kata kunci "LauncherWP8" atau "乐讯". Yang kedua tu dalam tulisan Cina.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.lx.launcher


Windows Phone 8 style Launcher for android

Bored of Android's User Interface? Do you like the new Windows Phone 8 start screen? If you do, then wait no more!

LauncherWP8 is a great app for you to experience the brand new Modern UI by an Android mobile phone. You can resize into the new small and large tiles, "install" apps and change theme colour! We provide 8 different sizes, colors and themes for you to choose so you can design your own favourite layout and show off to your friends!

LauncherWP8 is made by anall.cn, a website that provides you with tons of thousands of free apps, games, rom,ringtones and wallpapers. You can get anything you want in anall.cn. Please remember us!

Pusat Data Google


Setiap kali anda menggunakan produk google, anda disambungkan kepada salah satu pusat data Google yang berada di seluruh dunia.

Pekerja Google berkerja di pusat-pusat data ini. Mereka memastikan pusat data ini sentiasa menjalankan tugasnya 24 jam setiap hari.

Klik video youtube di atas untuk mendapat ilham bagaimana mereka melakukannya.

Jom tengok kat mana depa simpan video youtube, carian, emel, dan lain-lain data yang bersepah-sepah di seluruh dunia.

92 episod awal Oshin (sarikata BI) di youtube



Jom kembalikan kenangan masa kecil-kecil dahulu dengan menonton drama bersiri popular Oshin percuma di Youtube. Drama ini pernah ditayangkan di TV3 pada tahun 1987 dan ke atas pada waktu senja. Rasanya pukul 6 kot. Drama ini diulangtayang pada 1990an oleh TV3 juga lama sebelum demam JDrama pada tahun 2000an. Sehingga 2009, Yaman merupakan negara ke 65 yang menonton Oshin menurut NHK

Pada tahun 80an TV bukannya 24jam macam sekarang. Malah seingat saya siaran RTM bermula 4:00pm atau mungkin 3:00pm pada Isnin hingga Khamis. TV Pendidikan pula disiarkan menggunakan frequensi siaran RTM2 (TV2 kini). Pada sebelah pagi ada siaran TV pendidikan, pada sebelah petang hingga malam, TV2.

So boring-boring x tau nak buat apa, mai la layan Oshin... kali ini dengan pemikiran anda yang telah dewasa.

Can you create money by blogging?



Yes you can!. Imagine getting a cheque from Google Inc. Isn't it wonderful? You do not have to be some technology guy or a ICT scientist. You just only need to know how to put advertisement to your blog.

The same application can be use for your other blog, that is if you have more then one blog. When your blog (or website) is famous enough, people might ask to put their advertisement directly to their website.

Here is some basic step to start make money from your blog.
  1. Register yourself to a blogging service website. I recommend Google's Blogger
  2. Start blogging. Write in English first eventhough you plan to make a Bahasa Malaysia or other language blog. (This is because internet advertising service provider such as and especially Google will read your blog first before accepting you to their payment system.)
  3. Register yourself to internet advertising services such as Google Adsense, Adsense, or Nuffnang.
  4. Get advertisement code from them, and put it in your blog.
  5. After you've been accepted by those company, cents (sens) will start pouring each time unique visitor clicks at the advertisement.





Bolehkah menulis blog / laman web menghasilkan wang?

Boleh. Cuba bayangkan anda mendapat cek daripada Google Inc. Kan syok. Sebenarnya anda tak perlu jadi pakar ICT, atau ambil jurusan ijazah IT untuk mula mendapat hasil daripada internet. Anda hanya perlu sekurang-kurangnya tahu bagaimana menulis blog, dan meletakkan iklan dalam blog tersebut.

Dalam tahun 2006. Saya mendapat cek pertama saya bernilai lebih US$100 daripada Google Inc.

Anda bukan sahaja boleh meletakkan iklan dalam satu blog sahaja. Anda boleh kongsi (satu akaun) iklan anda dalam semua laman-laman blog atau laman web anda yang lain. Bila blog atau laman web anda cukup terkenal (ramai orang datang baca setiap hari). Orang mungkin akan bertanya kepada secara terus untuk pengiklanan. Sebagai contoh, dalam Oktober 2008, saya menerima cek pertama untuk urusan meletakkan iklan dalam salah satu website yang dikendalikan aku.

BPS Hairan masuk Berita Harian


Rezeki berbasikal... Alhamdulillah
Bicycling pays off as my picture in newspaper


kini masuk Berita Harian, dahulu masuk Kwong Wah Yit Poh
this is from Kwong Wah Yit Poh's 2010 FIFA World Cup Finals 'respond' talk about Paul the sotong

Tarikh Gaji Kerajaan Persekutuan 2012



Berikut adalah tarikh gaji bagi kakitangan awam, badan berkanun dan kerajaan persekutuan.
BulanTarikhCatatan
Januari16 Januari 2012
Isnin
Tahun Baru Cina
23 & 24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012
Khamis
Mac22 Mac 2012
Khamis
April25 April 2012
Rabu
Mei23 Mei 2012
Rabu
Pesta Menuai
30 & 31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012
Isnin
Hari Gawai
1 & 2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012
Rabu
Ogos13 Ogos 2012
Isnin
Hari Raya Puasa
19 & 20 Ogos 2012
September25 September 2012
Selasa
Oktober22 Oktober 2012
Isnin
Hari Raya Haji
26 Oktober 2012
November6 November 2012
Selasa
Deepavali
13 November 2012
Disember18 Disember 2012
Selasa
Hari Krismas
25 Disember 2012

Petua jimatkan bateri telefon pintar 3G anda


Petua ini ada seorang rakan sekerja saya share semasa kami menggunakan Blackberry tahun lepas. Beberapa bulan kemudian, setelah dibuat kajian sendiri, petua ini terpakai untuk Nokia Xpressmusic 5800, dan Samsung Galaxy W. Saya berpendapat tips yang sama juga boleh digunakan untuk telefon-telefon lain.

Caranya mudah.

TUTUP 3G jika tidak guna. Gunakan 2G sahaja untuk menanti mesej dari whatsapp, twitter atau BBM. Bagi Nokia XpressMusic, dia tak kata 3G. Anda perlu cari HSPA / HSDPA.

Gunakan 3G bila anda memerlukan internet kelajuan tinggi seperti sedang berfacebook, upload gambar, main instagram, atau tengok video online.

Pro & Con BlackBerry Messenger

PRO

  • sms free*
  • mms free*
  • tak perlu risau orang pakai telco apa kalau nak jimat kredit sms
  • boleh tukar simkad dan no telefon tanpa ganggu akses BBM**
  • ada keypad
  • semurah 50sen sehari
  • cepat walaupun dengan 2G
  • Jenama Blackberry sahaja membuatkan orang lain respect

* asalkan bayar BlackBerry
* kena on (bayar) pakej Blackberry di simcard yang lain

CON

  • kena bayar sekurang-kurangnya pakej BBM
  • Kena pakai Blackberry

Blackviper howto

Start > Setting > Ctrl Panel

klik system

pilih tab hardware

copy profile yd sedia ada dan namakan profile baru itu

klik properties

pilih (x) Always include this profile as an option when Windows Starts
close


Start > Setting > Ctrl Panel

klik ikon Administrative Tool
klik ikon Services

double klik service yang anda nak ekjas (eg: atlerter)
pop-up win "Alerter Properties" akan muncul
<---salah--- anda="anda" disable="disable" inginkan="inginkan" kalau="kalau" kepada="kepada" salah---="salah---" startup="startup" tukar="tukar" type="type" yang="yang">

klik pada hardware profile Game, pilih disable
apply

lakukan pada yang lain

...
profile mesin game anda dah dioptimize untuk gaming aje

Bagaimana nak baca fail .PDF

Sepanjang anda berjinak-jinak dan menceburkan diri dengan ICT, anda pastinya akan terjumpa fail-fail dalam format PDF. Antara contohnya adalah dokumen-dokumen, manual-manual, slaid persembahan dan e-buku (e-book).

Untuk membaca fail pdf, anda perlu muat turun ADOBE READER.

Adobe Reader boleh dimuatturun dan digunakan secara PERCUMA di http://get.adobe.com/reader

Selamat membaca fail PDF.

iPhone, BlackBerry, vs Android (LG, Sony, Samsung, etc)

Kerana rakan-rakan tengah syok kata yang mana OK sama ada Telefon Pintar Android (Samsung, Sony, LG) vs Apple iPhone, RIM Blackberry, so saya pun nak melahirkan pandangan saya dalam blog ini.

Saya pernah menghadiri ceramah oleh Richard M. Stallman (RMS) bertajuk "Free Software and The danger of Software Patent". Dalam ceramah beliau, beliau menceritakan ke'kureng'an perisian proprietary (contohnya Windows dan keluaran Microsoft dan Apple) dan kelebihan perisian bebas (contohnya GNU+Linux). Bagi orang biasa, mereka tidak dapat nampak dunia IT ini selain daripada Microsoft dan Apple. Kini dengan adanya Blackberry dan Android (atau lebih tepat lagi, perbincangan ini merebak ke dunia telefon), saya dapat memberikan contoh yang lebih nyata.

Produk Proprietary seperti apple dan blackberry best atas keseragaman dan support professional. Produk yang dikeluarkan biasanya boleh dipercayai dan berkualiti. Bila ada apa-apa yang kureng, anda tahu kepada siapa anda nak blame dan bertanggungjawab.

Menurut RMS dalam dunia proprietary, produk dan perkhidmatan yang anda gunakan dimonopoli oleh satu pihak itu sebagai contohnya Apple dan BlackBerry ... tak banyak pilihan yang anda boleh beli. Anda kena sabar. Buruk dan baik bergantung kepada company company ini.

Dengan perisian bebas dan terbuka seperti android, berdasarkan ceramah RMS, anda boleh pilih provider mana yang lebih baik dengan pakej yang anda mahu, dalam erti kata lain anda boleh pilih sama ada samsung, sony, LG, atau brand yang lain yang membuat telefon android. Malah anda boleh pilih telefon yang sesuai dengan bajet anda. Malah jika anda tidak suka dengan OS yang dibekalkan, anda mempunyai kuasa untuk tukar dengan mod OS yang lain. ANDA BEBAS MEMILIH

Kekurengan dengan OSS ini adalah, terlalu banyak pilihan hinggakan anda tidak tahu mana satu mahu pilih... selang beberapa bulan aja ada je telefon yang baru keluar.

Daripada pandangan saya, iPhone ni best kat banyaknya apps. Apps yang dibina akan sampai kat iPhone dan iPad dulu. Yang kureng pula kat bateri dia. Ya bateri dia x boleh tukar... so memang kalau bateri out kena beli yang baru la. Lagi satu harga dia, dan yang tak bestnya setiap 12-18 bulan ada je iPhone baru.

Blackberry pula, TERBAIK UNTUK BEKERJA. Keyboard dia great, especially curve. Lepas tu kalau bab emel memang dia No1. Blackberry Messenger (BBM) pula, buat pertama kali pengguna blackberry dapat sms free henfon lain (blackberry sahaja) tanpa mengira sama ada orang tu guna meksis/celcom/digi... tapi kemudian ada pula perisian lain seperti Whatsapp dan Viber yang boleh menghantui BBM. Yang tak best pula adalah BIS. Bukan pasal BIS tu tak best, tapi sebab kena bayar. Maknanya kalau nak fully utilize pakai Blackberry kena bayar internet (walaupun korang boleh dapat wifi free kat kedai starbucks). Apps pula x banyak untuk main dan hiburan.

Android pula, sama macam iPhone, kalau korang x mau internet bayar korang boleh pakai wifi. Apps pula, lepas ada kat iPhone, baru ada kat dia at least boleh la dapat apps daripada banyak yang tak dapat macam blackberry. Yang tak best entahlah... malas dah nak tulis aih... len kali la sambung





klik untuk gambar besar

McDonald's Chicken Foldover Percuma

Alhamdulilah rezeki. Anda juga boleh dapat beli 2 McDonald's Chicken Foldover pada 1 harga dengan mendapatkan kupon di laman web dan facebook McD atau imbas kod QR menggunakan telefon pintar di restoran McDonald yang berdekatan.

Doa bertemu jodoh (untuk wanita)

Ada orang share dalam facebook. Saja saya post dekat dalam blog supaya di lain masa senang anda Google. Selamat Bertemu Jodoh.

kecik ke? klik gambar. Anda akan dibawa ke gambar asal di darussyifa.org

Android Samsung Galaxy W cant connect to PC (MTB USB)


Saya ada problem dengan USB ... so lepas cari internet ... dapati penyelesaian di bawah ini adalah paling senang dan menjadi. Terima kasih Veivien Chuan

ok....i got a new phone....about less than a month ago......it's my 1st smartphone that my bro have bought for me....samsung Galaxy W....yay.....same functions as S2 but smaller n not Amoled screen....still ok for me.....at 1st dl apps n using them will make ur phone a little big lag due to some apps that will not close properly...sigh.....hey...but then my friend fix it by installing that advance task killer apps.....since then....my phone works kinda smooth...not lag ald....

then i still lookin a way to fix that USB problem that seems to be fail connecting to my window 7 pc....sigh.....searching through those internet n advise about fixing it.....but none seems good enough...i tought of giving myself a try to fix it myself n hey...i did it...yay.....

ok...1st time...when u plug in...usually will run itself rite??? but most will encounter saying that fail to install......

my solution...
1.open ur phone setting then chooses wireless and network ...
2.then click USB mass storage device.....(okay by this time...ur phone cable will not be connecting to the PC yet....i repeat......DO NOT connect that USB port to ur PC yet)
3.then continue in that USB mass storage... click Connect storage to PC.....(ok...by this time...it will appear a box stating that connect USB cable to use mass storage....then only connect by this time)
4. after plug in tht USB....ur PC will auto fix that prob that u have n now press
5.Connect USB storage from ur phone.....
6.then....tada...... u r connected....now u can view files ald.......settle...that's just it....don't have to install those software....

Pergi ke blog beliau di mana beliau ada menyediakan video untuk anda.

Hati-hati bila berurusan di ATM Maybank

actually dapat ini dalam facebook

PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMEGANG AKAUN MAYBANK

gambar oleh Nicholas Chan
Semua pemegang Kad ATM Matbank diminta berhati-hati ketika mengeluarkan wang dari mesin ATM.

  1. Apabila anda memasukkan nombor PIN, anda akan mendapat mesej "invalid pin number" pada skrin mesin ATM tersebut.
  2. Kemudian anda masukkan kembali nombor PIN untuk kedua kalinya. Mesej "invalid PIN number" dan "please call this number 'XXX-XXXX' akan terpapar pada skrin.
  3. Jika anda memanggil nombor tersebut, anda akan kehilangan wang anda.


Jika anda menghadapi keadaan seperti di atas, JANGAN PANGGIL NOMBOR TERSEBUT.

Sebar dan kongsikan maklumat ini di kalangan kawan-kawan anda.

untuk lebih jelas, sila lihat link ini :-
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=379757705412158&set=a.168895599831704.50060.166695493385048&type=1&theater

KFC percuma dalam 60saat

KFC menawarkan seketul ayam goreng Flaming Crunch (pengganti Hot & Spicy) percuma sekiranya mereka gagal menyediakan (maksimum 2) pesanan Lunch Treats anda dalam masa 60saat.

Cik KFC terselamat percubaan saya kali ini dengan 0.11saat ceh...

101 Great Goals 2011/2012


Three Malaysian goals was among this 101 (season 2011/2012) top goals. In order of match date.

Utusan buktikan Celcom Xpax lebih jimat


Utusan Malaysia semalam membandingkan caj antara syarikat-syarikat telekomunikasi ternama. Teks penuh boleh dibaca di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm . Utusan walau bagaimanapun tidak membuat perbandingan terhadap caj BlackBerry atau caj internet prabayar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...