My College Fund

Dahulu kala - Kad prabayar telefon

Hmm hihi... Budak-budak zaman sekarang konfirm bingung dan blank apakah kegunaan dua keping benda ini. Kalau nak tahu, inilah dia kad prabayar telefon pada tahun 1990-an. Jangan ingat korang je tau apa itu reload dan top-up... Punyalah lama, masa tu masih lagi memakai simbol "$", sebelum digantikan Tun Dr. Mahathir dengan simbol "RM".



Kalau remaja zaman kini membeli kad prabayar untuk telefon bimbit mereka, di zaman 90-an, kami membeli kad prabayar untuk telefon awam. Hehe.



Unifonkad mendahului pasaran Malaysia pada masa itu, dengan Telekom Malaysia agak ketinggalan.



Kalau hari ni korang bising pasal topup prepaid nak kena tax 6%. Kami dulu sudah merasa... Pada awal perlaksanaan cukai ini ramai yang mendapati kredit mereka tinggal RM9.50.



Korang pun nanti macam ni ler, kalau syarikat telefon berkeras nak alihkan cukai kerajaan kepada korang, nanti korang topup RM10, tinggal RM9.40 je.



Kad-kad menjadi pupus dengan kemunculan prabayar telefon bimbit yang dipelopori Maxis (dengan jenama Hotlink). Tambahan pula bila telefon bimbit dah boleh SMS.



Kini kalau korang jumpa telefon awam, besar kemungkinan korang hanya jumpa yang pakai syiling sahaja. Nak jumpa yang pakai kad ni, kiranya amat jarang.



So itulah zaman 90-an

Cara Menyelesaikan Rubik's Cube (video youtube)

Vector Image by: Booyabazooka

3x3

Dalam banyak-banyak video yutube penyelesaian Rubik's cube, aku paling suka tuturial yang diberikan oleh lucatn. Jadi di sini saya letakkan link semua bahagian formula penyelesaian rubik's cube beliau.
  1. Bahagian 1
  2. Bahagian 2
  3. Bahagian 3
  4. Bahagian 4
Rubik's cube korang boleh beli dari macam-macam tempat... semurah RM3 pun ada (made in China punya) atau korang boleh beli yang original (di Toy's R Us) dalam harga RM 29.90 . Yang original punya tahan lasak la, takde la cepat sangkut atau cepat nak hancuss macam yang tiruan punya... kalau korang bertuah, boleh dapat kertas panduan penyelesaian.

Lain-lain

(Update 15 Mei 2015) Untuk yang lain-lain, akaun youtube TheSergsB juga menyediakan penyelesaian bagi 2x2, 3x3, 4x4, 5x5.

Laluan Malaysia ke Final Sukan SEA 2011

Video youtube semua perlawanan bolasepak Malaysia di dalam kempen Sukan SEA ke-26 (Jakarta vs Palembang)


Group-A #1: Malaysia vs Singapore (0-0)




Group-A #2: Malaysia vs Thailand (2-1)




Group-A #3: Malaysia vs Cambodia (4-1)




Group-A #4: Malaysia vs Indonesia (1-0)


Highlight - Astro Arena


Semi Final: Malaysia vs Myanmar (1-0)


Highlight - Astro Arena
Highlight - VTV

Nokia Hacks

Dalam facebook kini ada tips tentang NOKIA - RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET
... Jadi di kesempatan ini saya salin dan tampal dalam blog ini untuk memudahkan anda mencari dalam enjin carian.

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET
Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus?xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi.Kat sni aq akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

Ok,First skali kwang p buat air tgkat ali or kopi ker ikot ksukaan kamu lar..Second lak,yg jnis isap rkok tu isap ar luu puas2.Pastu kwang follow step bwah neyh k.Sblum tu pastikan enset kwang tu ckup bateri(full).

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu.
2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.
3. Dalam keadaan off,

- Tekan butang dail (green button)

- Butang bernombor 3

- Tekan butang bintang * (star)

- On handset korang

- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT

- Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.
5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda!


Butang Rahsia Nokia
Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.
Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.
Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.
Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.
Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan #
Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba….

Harga Ayam Goreng KFC 2011



Berikut merupakan harga ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) pada masa ini. aku perasan kenaikan harga ini selepas KFC memperkenalkan perisa Tom Yam.

---------------------_---------------------
|------ AYAM ------|-------- HARGA -------|
|------------------|-- KINI --|--- DULU --|
|------------------|----------|-----------|
| 2 PIECE CHICKEN. | RM. 6.70 | < RM 6.00 |
| 3 PIECE CHICKEN. | RM 10.00 | < RM10.00 |
| 5 PIECE CHICKEN. | RM 16.50 | ......... |
| THRIFT PLATE (9) | RM 29.60 | ......... |
| FAMILY PLATE(15) | RM 39.05 | ......... |
| BUCKET (15)..... | RM 48.30 | ......... |
| BARREL (21)..... | RM 67.05 | ......... |
------------------------------------------+

Betul ke kalau DAP menang pilihanraya, kita semua hilang kerja?


Itulah kesimpulan yang kemungkinan yang bakal dihadapi oleh aku sekiranya artikel MyNewsHub ini benar.

Artikel berkenaan boleh dibaca di bawah ini

KUALA LUMPUR – Kakitangan awam di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan hilang pekerjaan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Ini berikutan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee yang menyatakan bahawa separuh daripada jumlah kakitangan sektor awam akan dikurangkan bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan membayar gaji kakitangan awam setiap tahun.

Tindakan itu kata beliau boleh menjimatkan perbelanjaan bajet tahunan kerajaan dan dianggarkan sekitar 42 peratus kakitangan awam perlu diberhentikan.

Menjelaskan lanjut mengenai perkara berkenaan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ itu akan mengurangkan kakitangan awam secara berperingkat setiap tahun mengikut beberapa keutamaan yang ditetapkan.

Menurut kenyataan yang dibuat pada 1 November lalu di sebuah seminar anjuran DAP Johor itu, Tony menegaskan bahawa kakitangan awam yang sudah tua akan dinasihat dan dibiarkan berhenti kerja lebih awal dari sepatutnya.

Manakala bagi kakitangan awam lain yang dilihat sebagai tidak berprestasi tinggi akan diberhentikan dan hanya diberikan pampasan setengah bulan gaji.

Tony berkata, dasar mengurangkan kakitangan awam tersebut ditiru dari amalan di negara China.

Ahli Parlimen DAP itu berkata demikian ketika mempersoalkan imbuhan dan kelebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Ab Samad menyifatkan rancangan dan kenyataan Tony itu sebagai bersifat rasis memandangkan majoriti kakitangan awam adalah dari kalangan orang Melayu.

“Apa yang saya dapat lihat kenyataan tersebut seolah-olah berasaskan ekonomi tetapi apa yang tersirat adalah mereka hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Cuepacs ataupun kakitangan kerajaan sendiri.

“Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan bersetuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut segala telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju.

“Motif mereka hanyalah mahu menaikkan sentiment rasis dan bukannya berasaskan ekonomi. Sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka dan kita lihat apa yang akan terjadi selepas itu”, ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan Tony itu, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhimatan Awam (CUEPECS), Azih Muda meluahkan kebimbangannya mengenai masa depan kakitangan awam negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan,” katanya kepada media.

Menurut Azih, pendirian yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat itu bakal menyaksikan ramai kakitangan awam kehilangan mata pencarian dan membebankan mereka ekoran kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi di negara ini.

Jumlah terkini kakitangan awam adalah berjumlah 1.3 juta orang yang menyaksikan profesion guru sebagai kakitangan awam paling ramai iaitu 400,000 orang, diikuti oleh tentera seramai 200,000 orang, dan polis pula berjumlah 150,000 orang.

Baki dari jumlah tersebut adalah mewakili kelompok jururawat, bomba, penguatkuasa, pegawai-pegawai dan kakitangan berjawatan rendah yang lain.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...